Wednesday, May 03, 2006

Muhasabah Blog

"Demi masa, sesungguhnya manusia di dalam kerugian, melainkan mereka yg beriman dan beramal soleh, berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran" (Al-Asr).

Rasanya hampir seminggu blog sy ni dah dipublishkan, tibalah masanya sy membuat sedikit muhasabah blog, ini sudah menjadi rutin sy dlm melakukan sesuatu di dunia agar setiap yg sy lakukan akan menjadi lebih baik di masa hadapan dan mendapat keredhaanNYA di Akhirat.

Biar sy kongsikan dgn pembaca bagaimana sy bermuhasabah, mungkin ada yg boleh mengambil pengajaran darinya. Blog ini merupakan hasil penulisan sy yg pertama, sebelum ini sy banyak berceramah dan tak sempat nak tulis. Oleh itu sy amat mengharapkan sebanyak mungkin komen2 yg membina utk meneruskannya, kerana sy rasa penulisan blog ini satu cara yg terbaik utk sy meneruskan dan memanjangkan lagi usaha dakwah.

Setiap kali menulis sy akan perbetulkan niat sy kerana Allah SWT, bukan mencari glamour atau saja2 nak tulis, kerana sy sedar jika niat bukan keranaNYA setiap tulisan sy akan menjadi sia2. Sy akan membaca blog sy secara berterusan setiap hari utk meminimakan kesilapan, kerana tidak ada manusia yg tidak melakukan kesilapan.

Selepas itu sy akan meneliti setiap komen yg diberikan oleh setiap pembaca, alhamdulillah dlm seminggu ni 'hit counter' sy dah hampir 300. Biasalah bila dapat komen tu ada yg positif dan negatif, tapi bg sy semua komen adalah positif, kerana ia akan memberikan sy kekuatan dan semangat utk meneruskan kerja sy ke arah yg lebih baik.

Antara rutin sy apabila mendapat komen2 ialah sy akan beristighfar kepadaNYA, berdoa dan melakukan solat hajat, sy memohon agar dosa sy yg lepas, sekrg dan akan dtg akan diampunkan oleh Allah SWT, lepas tu sy akan berdoa dan melakukan solat hajat agar sy akan lebih bersemangat utk meneruskan usaha dakwah sy kpd masyarakat pembaca, utk terus berkongsi perkara2 baik dgn semua muslim dan memohon Allah SWT menunjukkan kebenaran kpd sy dan pembaca ke arah kebenaran yg hakiki. Sy juga akan memohon kpdNYA agar sy dijauhkan drpd godaan syaitan dan segala anasir2 negatif. Aamiiin.

Selepas sy melakukan amalan2 rutin sy, sy akan membaca balik semua hasil kerja sy dan membuat pembetulan mana yg sy rasa perlu berdasarkan komen2 yg sy terima, alhamdulillah sy rasa semakin ok. Mungkin gagal memuaskan hati semua pihak. Akhirnya sy akan serahkan (bertawakkal) kpd Allah SWT atas segala hasil kerja sy.

Bg pembaca2 yg prihatin, sy ucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca dan memberi komen pd blog sy, sy menghargainya, semoga hasrat suci anda semua diberikan ganjaran pahala olehNYA. Sekiranya ada pembaca yg ingin bertanya apa2, berkongsi sesuatu dan inginkan penjelasan terperinci boleh berhubung terus dgn sy melalui email ini (
abu_hafiy@yahoo.com ). Jazakumullahu khairan kathira.