Friday, February 23, 2007

"Duk UK Ni Bantai Je Apa2 Pun"


Lama dah rasanya sy takde entry baru, sibuk betul sy bulan ni. Kesibukan kerja sy yg 7 hari seminggu sudah menjadi satu kebiasaan kpd sy sekeluarga, begitu juga dgn kelas mengaji al-Quran sekali seminggu dan prog bacaan yaasin, tahlil dan tazkirah 3 minggu sekali. Cuma dlm bulan ni byk perkara yg berlaku yg menambahkan lg kesibukan sy dan keluarga, dgn kedatangan keluarga baru di Oxford dan kenduri kahwin hujung minggu ni sudah pasti memenuhkan lg jadual harian sy. Alhamdulillah Oxford semakin meriah. Semoga Allah swt merahmati kami di Oxford.

Perkara yg menarik perhatian sy pagi Jumaat kali ini ialah berkenaan tazkirah sy dlm prog yaasin, tahlil dan tazkirah 3 minggu lalu. Perkara yg byk sy sentuh ialah berkenaan dgn prinsip. Persoalan yg sy bimbangkan pd muslimin dewasa ini ialah mrk semua bijak, berprinsip dan berkeyakinan diri serta mrk selalu merasakan prinsip mrk betul. Masa sy di Malaysia dulu pun sy rasa bukan senang utk menidakkan prinsip seseorg muslim terutama dikalangan bijak pandai yg selalu merasakan diri mrk betul.

Bagi sy senang shj, dr segi teorinya prinsip yg bertepatan dgn al-Quran dan Sunnah itulah prinsip yg tepat utk dipegang dan dipraktikkan serta yg berlawanan dgn kedua2nya mestilah ditolak tanpa tolak ansur. Ini merupakan asas bg setiap muslim dlm membina prinsip diri. Tp timbul pula persoalan besar dlm kepala sy. Tahukan muslim apa itu prinsip dlm Islam? Utk membina prinsip Islam mestilah belajar dan tahu ttg Islam dgn mendalam, bukan ikut2, dengar2, agak2, guna logik akal berdasarkan ilmu duniawi yg ada dan ambik yg mana kita suka dan sesuai dgn kita. Ini merupakan kelemahan besar setiap muslim, mrk membina sahsiah diri dgn pemikiran yg cetek ttg Islam.

Adalah menjadi kewajipan fardhu ain bg setiap muslim utk mempelajari Islam walau dlm apa keadaan sekalipun tanpa sebarang alasan. Sbb jika seseorg itu faham ttg Islam dgn mendalam mrk akan pandai utk membina sahsiah diri berdasarkan prinsip yg diiktiraf oleh Islam. Bukannya buat ikut suka kita aje dan bantai je mana yg kita rasa boleh dgn tdk melihat adakah Islam mengatakan boleh. Prinsip semua boleh ni kadang2 merisaukan sy, sbb dlm Islam bukan semua benda samada yg baik atau tidak boleh main bantai je.

Tajuk yg sy pilih di atas adalah ayat yg biasa kita dengar di UK ni dikalangan muslimin. Ini merupakan satu bencana yg buruk sebenarnya. Puncanya senang shj, tentulah kerana muslimin kekurangan ilmu ttg Islam, kelemahan aqidah dan kurangnya amal ibadah. Jika kelemahan2 tersebut dpt diatasi insyaAllah dunia Islam akan lebih murni dgn muslimin yg tahu apa yg perlu mrk lakukan. Bukan main bantai je.

Dlm kehidupan muslim ada Allah swt dan Rasulullah, ada al-Quran dan Sunnah, ada malaikat dan Syaitan, ada dosa dan pahala, ada neraka dan syurga. Jika kehidupan yg kita lalui dgn prinsip yg kita bina dan pegang tepat dgn kehendak Allah swt dan Rasul saw maka selamatlah kita tetapi jika ia bertepatan dgn kehendak syaitan laknatullah malanglah kita kerana azab neraka yg amat pedih tdk pernah melupakan hambaNYA yg alpa. Wassalam