Monday, April 23, 2007

Maulidurrasul Oxford 2007

Gambar kenangan sebahagian dari rakan2 yg hadir

14hb April 2007 sy dan rakan2 warga Malaysia Muslim Oxford telah mengadakan sambutan Maulidurrasul bg tahun 1428H. Alhamdulillah semuanya berjln lancar dgn penuh kegembiraan dan kerahmatan. Sy dpt lihat wajah2 yg tersenyum gembira dan ceria sepnjg program berjln selama 5 jam. Sekali lg sy bersyukur pdNYA kerana sy byk menerima maklumbalas yg positif bg program sy kali ini. Syabas dan terima kasih kpd semua yg membantu sy dlm menjayakan prog ini. Alhamdulillah kehadiran kali ini membuatkan sy sgt teruja kerana jumlah yg hadir termasuk rakan2 dr luar Oxford seramai 60 org lebih. Satu jumlah yg sgt besar bg sy utk Oxford. Yg paling penting bg sy ialah manfaat dan kepuasan rakan2 dlm mengikuti prog yg suci ini.

Majlis dimulakan dgn bacaan Surah al-Baqarah oleh Adik Hafiy Syafiqy Habibullah

Wajah ceria pengerusi majlis & Qari Oxford

Majlis diteruskan dgn ceramah Ustaz Habibullah Hj Ali

Para hadirin khusyuk mendengar ceramah

Beberapa persoalan yg sy nak bangkitkan utk renungan kita bersama;

  • Kenalkah kita dgn pesuruh Allah swt yg bernama Nabi Muhammad saw?
  • Adakah kita benar2 kenal & sejauh manakah kita kenal Nabi saw?
  • Sayangkah kita pada baginda & sedalam manakah kasih syg kita pdnya?
  • Tahukah kita bgmn utk menyayangi Rasul saw?
  • Apakah bukti sekiranya kita mengaku kita beriman & cintakan Nabi saw?
  • Adakah kita mempraktikkan ajaran Rasulullah saw dlm kehidupan kita?
  • Adakah kita menjadikan Rasul saw sebgi 'role model' kita dan ahli keluarga kita?
  • Adakah kita mengamalkan sunnah Rasul saw?
  • Tahukah kita bgmn utk menghormati Rasul saw dlm erti kata yg sebenar?

  • Sekiranya soalan2 di atas telah dijawab, boleh teruskan dgn persoalan2 seterusnya;
    • Kenalkah kita dgn Islam?
    • Tahukah kita apa itu Islam?
    • Tahukah kita apa kehendak Islam?
    • Tahukah kita apa maksud ajaran Islam?
    • Tahukah kita maksud Islam agama fitrah?
    • Tahukah kita bhw masa depan dunia di tangan Islam?
    • Tahukah kita bhw Islam agama yg sempurna tanpa cacat?
    • Sedarkah kita bhw semua sistem ciptaan manusia telah terbukti gagal?
    • Sedarkah kita bhw hanya Islam yg boleh membaiki kegagalan ini?
    • Sedarkah kita bhw Islam akan membawa kita kpd keamanan dunia & akhirat?
    • Sedarkah kita bhw manusia/muslim sekrg telah mula meninggalkan Islam?
    • Sedarkah kita bhw kita akan menemui mati dan dunia akan kiamat?
    • Sedarkah kita bhw segala amalan kita akan dihitung di akhirat kelak?
    • Sedarkah kita bhw syurga menanti org yg taat & beriman?
    • Sedarkah kita bhw neraka menanti org yg derhaka & tdk beriman?
    • Sedarkah kita bhw kita semua wajib kembali mengamalkan Islam dlm setiap aspek?
    Semua persoalan2 ini sedikit sebyk sy dah huraikan dlm ceramah Maulidurrasul saw yg lalu. Semoga ia menjadi ingatan & pengajaran kpd sy dan rakan2. Pelajarilah sedlm2nya Agama Islam & kembalilah kpd corak kehidupan yg Islam telah gariskan dan kejarlah keredhaanNYA insyaAllah kita semua tdk akan menyesal dikemudian hari.

    Firman Allah swt : "Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam"(Aali-Imran : 19).
    Hadirin berselawat & bernasyid dgn penuh semangat

    Para hadirin beramah mesra menguatkan silaturrahim di Oxford

    Jutaan terima kasih kpd semua rakan yg membantu menjayakan dan menceriakan prog sambutan Maulidurrasul saw bg tahun 1428H/2007M. Tanpa kerjasama & sokongan semua prog ini tdk akan berjaya.

    Akhirnya, teruskanlah menghayati lirik lagu Rasulullah saw yg telah kita nyanyikan bersama & hayatilah tema sambutan Maulidurrasul Oxford kali ini iaitu 'Sunnah Rasulullah saw Ikutanku'

    * Gambar2 adlh sumbangan dari Wan Muhamad & Nash