Friday, May 26, 2006

Bakar! Bakar! Bakar!


Ini bukan kisah Abu Bakar, tp ttg sekolah terbakar. Kes2 bakar sekolah ni dah byk berlaku di Malaysia. Dulu kita pernah dikejutkan dengan beberapa kejadian bakar sekolah oleh pelajar2 sekolah menengah. Pd Hari jumaat yg lepas kita dkejutkan lg dgn kejadian cubaan membakar sek di sebuah sek menengah di N. Sembilan. Tp cubaan pelajar2 tersebut berjaya dipatahkan oleh pakcik jaga yg menjaga sek terbabit. Mrk telah berjaya mencerobohi sek dgn persediaan yg cukup utk membakar. Mrk telah ditahan reman oleh polis dan telah pun dibebaskan.

Kes2 bakar sek belum pernah berlaku di sek rendah. Pd mlm jumaat yg lepas Oxford dikejutkan dgn kes bakar sek di sek rendah. Sek yg lengkap dgn CCTV, sistem alarm yg canggih dan kawalan securipol dgn anjingnya telah berjaya dicerobohi dan dua kelas telah dibakar. United Kingdom negara yg telah maju dgn sistem pendidikan antara yg tercanggih di dunia lebih hebat masaalah disiplin dan masaalah moralnya. Sistem pendidikan yg dikagumi dan byk dijadikan model oleh negara2 yg sedang membangun, termasuklah negara2 Islam.

Bukan sistem pendidikan mrk tdk bagus, tp sebagai Muslim yg berada di sebuah negara yg agama rasminya agama Islam, takkanlah kita tdk yakin dgn sistem pendidikan yg bertunjangkan Islam. Allah swt telah memberi jaminan bahawa Islam merupakan agama yg lengkap dan tiada sebarang kelemahan, ini jaminan ilahi yg mencipta manusia dan alam, DIA tahu apa yg terbaik utk dunia ini dan DIA tahu apa yg akan berlaku dan apa kesudahannya. Tp sayang seribu kali sayang org Islam sendiri tdk yakin dgn jaminan Allah swt dan bangga sekiranya dpt meniru sistem yg digunakan oleh org kafir yg telah gagal di dunia dan akan gagal di akhirat, org Islam semua tahu hakikat ini, tp kerana kekurangan ilmu ttg agama sendiri dan kelemahan iman org2 Islam, akhirnya mrk tak nampak kehebatan agama mrk sendiri.

"Pd hari ini AKU lengkapkan kpd kamu agama kamu dan AKU sempurnakan ke atas kamu nikmat2KU dan AKU redha kpd kamu Islam sebagai agama".(al-Quran)

Namun, walau apa pun sistem pendidikan yg ada sekrg di Malaysia sy lebih suka utk fokuskan kpd peranan guru2 kerana guru yg mempraktikkan proses pendidikan anak2 bangsa kita. Sy menyeru semua guru utk mendidik pelajar menggunakan pendekatan Islam walau apa subjek sekali pun yg diajar bukan hanya guru2 agama shj, budaya Islam hendaklah dipupuk di semua sek di Malaysia oleh pentadbir2, guru2 dan kakitangan2 sek serta sokongan dan kerjasama yg padu drpd ibubapa dan masyarakat, yakinlah, hasilnya pasti tdk mengecewakan. Itu janji Allah.

Utk menggunakan pendekatan Islam dlm mendidik, semua guru wajib teruskan pembelajaran ttg Islam dan mengamalkan cara hidup Islam. Inilah yg susahnya. Bgmn guru nak membentuk budaya Islam pd pelajar sekiranya ada yg tdk tahu apa itu budaya Islam. Kementerian Pendidikan perlu sedar perkara ini dan hendaklah menganjurkan byk kursus ttg cara pendidikan yg berteraskan Islam. Cukuplah kita mengagumi sistem org kafir, sedarlah yg kita mempunyai sistem tercanggih di dunia, cuma kita perlu berani utk mengkaji dan mengubah serta mempraktikkannya dlm dunia pendidikan kita. Utk melakukan kita mestilah mempunyai keimanan yg utuh kpd Allah swt dan yakin terhadap Islam.

Kpd guru2 agama sendiri, mrk jgnlah hanya memfokuskan kpd kejayaan dlm peperiksaan semata2, yg paling utama yg perlu diberi perhatian ialah mengamalkan apa yg telah dipelajari ttg Islam. Jgn sampai mrk mendapat A dlm subjek Pend Islam tp E dlm kehidupan mrk sebagai org islam. Sepanjang sy mengajar subjek Pend Islam di sek menengah di Malaysia, sy mengajar bukan utk peperiksaan semata2, sy mendidik pelajar bgmn utk hidup sebagai seorg muslim dan mati sebagai muslim yg diredhai olehNYA. Alhamdulillah, wlpn target sy bukan semata2 peperiksaan tp peratus kelulusan sentiasa meningkat dan tak pernah turun selama 7 tahun sy mengajar di 4 buah sekolah menengah. Bg sy yg penting keberkatan dlm pembelajaran, insyaAllah kejayaan akan dtg. Kalau ditakdirkan gagal dlm peperiksaan di dunia, insyaAllah pelajar yg berkat akan lulus cemerlang dlm peperiksaan di akhirat.

Akhirnya, sama2lah kita terus mempelajari, mendalami dan membudayakan Islam dlm kehidupan kita, insyaAllah kita semua akan yakin dgn Islam dan akan mempraktikkan Islam dlm apa shj urusan kita di dunia.