Friday, June 30, 2006

Tidurlah Putera Dan Puteriku

Alhamdulillah, Puteraku Hafiy sekrg dah tak payah suruh baca doa sebelum tidur, dia akan membacanya sendiri sebelum dia tidur. Begitu juga dgn Puteriku Hannan, dia pun dah pandai ajuk2 abgnya membaca doa tidur. Seronok papa dan mama dgn perkembangan mrk berdua.


Dulu di mana shj sy berceramah, berkuliah dan mengajar sy selalu mengingatkan pendengar2 dan anak2 murid sy ttg doa tidur, sy akan mengajak mrk semua menghayati maksud doa sebelum dan selepas tidur secara sepintas lalu, tp maksudnya sgt mendalam.

Doa sebelum tidur : "Allahumma bismika ahya wa amut". Ertinya, Ya Allah dgn namaMU aku hidup dan aku mati.

Melihat pd erti doa sebelum tidur ini nampak macam takde apa2, ada org membacanya hanya sekadar membaca tanpa memikirkan apakah maksudnya dan tak kurang juga manusia yg tdk membacanya sebelum tidur serta ada juga yg tak tau doa ini. Kesian.

Dalam doa ini menunjukkan kpd kita sebagai seorg Islam bahawa seluruh kehidupan kita adalah milikNYA, tdk ada satu pun milik kita, semuanya pinjaman drNYA serta hidup dan mati kita ditentukan olehNYA. DIA telah menentukan cara hidup yg bgmn yg wajib kita turuti, bukan mengikut kehendak kita.

Pilihan yg ada mudah shj, jika kita mengikut ketentuanNYA melalui hukum atau syariatNYA maka kita akan dirahmatinya dgn kebahagian selama2nya yg telah DIA janjikan. Dan jika kita memilih utk mengingkari ketentuannya dan hidup mengikut apa yg kita suka dan apa yg kita fikir logik dan baik utk diri kita serta tdk menepati hukum dan syariatnya, maka bersedialah dgn janji azabNYA yg amat2 dahsyat yg menanti kita di akhirat.

Sebab itulah sebelum kita mati (tidur) sebaiknya kita bermuhasabah kembali apa yg telah kita lakukan sepanjang hari. Adakah kehidupan kita hari ini mengikut kehendak Allah atau kehendak syaitan? Adakah dlm hidup kita hari ini kita berjasa pd Islam atau hanya memikirkan keseronokan utk kita dan ahli keluarga kita shj, tanpa mempedulikan org Islam lain? Adakah kita bersedekah sebagai salah satu amal jariah kita? Adakah kita mengajar ahli keluarga kita apa yg telah diwajibkan kpd kita? Apakah kehidupan kita hari ini diredhaiNYA? Dan bermacam2 soalan muhasabah lg yg kita semua boleh tanya pd diri kita.

Soallah diri kita sebelum kita di soal olehNYA. Soalan yg kita tanya sekrg mungkin kita mampu utk menjawabnya atau kita boleh membetulkan kesilapan yg kita telah lakukan, tapi adakah kita mampu utk menjawab soalan2 Allah di akhirat nnti dan adakah kita mampu membetulkan kesilapan kita apabila kita telah mati utk selama2nya. Jika kita rasa kita tdk berada di atas landasan syariat Allah swt, maka segeralah bertaubat dan melakukan perubahan pd diri kita dan jika kita telah pun berada di landasan syariatNYA, bersyukurlah, tambahlah, perbaikilah dan istiqamahlah dgn apa yg kita lakukan serta bergembiralah dgn ganjaranNYA suatu hari nnti.

Doa selepas tidur sy akan huraikan pd minggu hadapan, insyaAllah.

Thursday, June 22, 2006

Ingat Senang Ke Jadi Bapak



Firman Allah Taala yg bermaksud "Wahai orang2 yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu berhala.. (at-Tahrim/6).

Jika kita perhatikan maksud ayat di atas, jelas menunjukkan kpd kita bahawa itulah tanggungjawab utama setiap bapa. Bapa bukan shj menyediakan tempat tinggal, makanan dan pakaian, malah yg paling utama ialah menyelamatkan ahli keluarganya drpd dibakar oleh api neraka Allah Taala.

Tanggungjawab yg utama dan wajib inilah yg selalu manusia yg mengaku beriman lupa dan buat2 lupa. Sesetengah drpd mukmin tdk mempelajari apakah tanggungjawab mrk yg utama dan sebenar sebagai seorg bapa muslim. Kdg2 manusia lebih mengutamakan kehidupan berkeluarga secara logik akal mereka shj, tanpa memikirkan apakah yg wajib mrk lakukan kpd anak2 dan isteri.

Antara cara2 utk menyelamatkan ahli keluarga drpd neraka Allah Taala ialah dgn memastikan ahli keluarga benar2 yakin beriman kpd Allah Taala, mengajar mrk bgmn utk solat dgn sempurna dan cukup lima waktu serta amal ibadah yg lain, memastikan ahli keluarga tahu semua ilmu agama yg dikategorikan sebagai ilmu fardhu ain (setiap muslim wajib tahu), memastikan setiap ahli keluarga menutup aurat dgn sempurna, menjaga maruah ahli keluarga dan memastikan perjalanan hidup keluarga mengikut syariat Islam bukan teori2 yg difikirkan betul atau cara2 yg tdk berasaskan Islam.

Sy selalu mengingatkan diri sy bahawa apa shj yg sy lakukan seharian kesannya pasti akan melibatkan ahli keluarga sy samaada secara langsung atau tidak langsung. Sy berhati2 dgn setiap tindakan yg sy ambil, adakah ia bertepatan dgn syariat Islam atau tdk, ini semua menjadi perkiraan utama sy dlm memimpin ahli keluarga. Sy tdk sanggup berhadapan dgn Allah di akhirat kelak dlm keadaan yg hina jika sy gagal melaksanakan tanggungjawab mengikut syariat Islam.

Sebagai bapa sy bertanggungjawab atas setiap perbuatan samaada benar atau salah ahli keluarga, jika seseorg anak atau isteri melakukan kesalahan atau dosa atau tdk mengikut peraturan Allah maka seorg ayah akan berkongsi dosa tersebut jika dia berdiam diri dgn tdk menegur atau mengajar anaknya apa yg betul. Jika seorg isteri atau anak perempuannya tdk menutup aurat maka suami atau ayahnya akan berkongsi dosa tersebut dgn isteri dan anaknya. Maka rugilah seseorg ayah yg tdk menegur dan menasihati isteri dan anak2nya apabila mrk melakukan dosa kerana mrk bukan shj terpaksa menanggung dosanya sendiri yg mmg dah byk, malah terpaksa menanggung dosa2 isteri dan anak2nya. Fikirkanlah. Jgnlah sampai di akhirat nanti semua pahala amal ibadah yg bapa lakukan di dunia diambil oleh ahli keluarganya kerana mrk menyalahkan bapa sebab tdk mengajar, menegur dan menasihati mrk semasa di dunia.

tetapi menjadi bapa yg soleh byk kelebihannya, kerana bapa akan mendapat pahala bg setiap amal ibadah dan perbuatan baik yg dibuat oleh ahli keluarganya. Bapa yg sentiasa memastikan dirinya dan ahli keluarganya benar2 mengikut syariat Allah akan membawa dirinya dan ahli keluarganya tinggal bersama di dlm istana yg indah yg tersedia utknya di syurga Allah s.w.t, alangkah indahnya.

Semoga semua kaum Adam akan menjadi bapa yg beriman yg memimpin keluarganya ke arah kejayaan di dunia dan akhirat. Bukannya bapa yg menghumban dirinya dan ahli keluarganya ke lubang neraka Allah s.w.t.

SELAMAT HARI BAPA KEPADA BAPA SAYA ALLAHYARHAM HAJI ALI BIN AWANG (AL-FATIHAH) DAN BAPA MERTUA SAYA HAJI MANSOR BIN HASSAN.

Friday, June 16, 2006

Makan? Halal Ke Tak?

"Wahai manusia! Makanlah apa sahaja yg ada di bumi ini, yang halal dan baik, dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya mereka merupakan musuh kamu yang nyata" (al-Baqarah/168).

Pemakanan merupakan perkara yg sgt penting bg sy, bukan shj makanan yg baik tp yg lebih sy utamakan ialah halal, kalau sy rasa was2 je mmg sy tak beli atau makan, ini mmg sy jaga semenjak sy budak2 lg sehinggalah sy dah berkeluarga, sebagai ketua keluarga, sy lg risau sbb dulu apa yg sy makan hanya perut sy shj yg menerima makanan tersebut, tp bila menjadi suami dah bapa, bermakna apa shj yg sy beli atau makan ia akan memberi kesan secara langsung dan tdk langsung kpd isteri dan anak2 sy. Jadi utk menjadi ketua keluarga yg soleh sy perlu berhati2 dlm soal ini. Kerana sebarang kesilapan sy akan menyebabkan kemurkaan Allah swt kpd sy sekeluarga.

Mmg sejak dr dulu lg sy mengamalkan membaca isi kandungan setiap makanan yg sy beli dan memastikan ada logo halal yg dikeluarkan oleh JAKIM, kalau takde mmg sy takkan beli, jadi bila dtg ke Oxford ni, sy lg kena berhati2 kerana takde logo halal. Jadi membaca isi kandungan makanan sudah menjadi perkara wajib, mujurlah ada lambang seperti 'V' utk vegetarian byk membantu cara membeli makanan di sini.

kalau di Malaysia dulu sy mmg tak beli makanan dr kedai bukan Islam, tp kdg2 sy hairan kerana ramai org Melayu Muslim yg suka beli kek di kedai Cina Non Muslim, kalau Islam takpe lah. Tp sy tak pasti halal ke tidak, tp sy tak beli sbb ramai kawan2 sy yg berbangsa Cina memberitahu, biasanya kedai kek mrk meletakkan arak atau bahan dari b***, maybe bukan semua kedai kek Cina begitu. Tp sy mmg takkan beli melainkan ada logo halal JAKIM. Semoga org Islam lain pun boleh berhati2.

Macam kat oxford ni ada byk kedai makanan yg nampak macam boleh makan tp dlm hati sy was2. Contohnya kedai seafood Cina non muslim, halal ke? Mungkin sy terlalu berhati2, adakah pisau dan bekas yg digunakan tdk digunakan utk makanan yg tdk halal, terfikir juga sy. Lg satu macam kentang goreng di Mc donald atau KFC, mmglah kentang tu halal tp kuali dan minyak yg digunakan halal ke? Sy mmg tak berani nak beli. Mungkin sy terlalu berhati2. Tp bg sy apa shj yg dtg dr org bukan Islam mesti diselidiki dahulu, kerana mrk tdk akan membuat sesuatu yg boleh menjaga keimanan umat Islam, berhati2 lah. Tp kalau kita dah selidik dan terbukti halal bolehlah kita membelinya.

Kenapa sy terlalu berhati2 dlm soal ini? Jawapan sy mudah shj. Sy selalu mengingatkan diri sy sekeluarga ttg satu hadis rasul s.a.w yg bermaksud "setiap daging yg tumbuh dari sumber/makanan yg haram maka hanya api neraka yg layak baginya". Atas alasan inilah sy tdk akan merelakan walau seinci daging atau setitik darah yg berada dlm tubuh sy sekeluarga tumbuh dr sumber/makanan yg haram.

Sekrg sy rasa lega sikit, sbb apabila dtg ke Oxford ni yg negaranya bukan negara Islam, yg lg merisaukan sy, sy terjumpa web halal food ni, so sy akan rujuk di sini bila sy rasa was2 dgn sesuatu makanan yg hendak dibeli. Jadi hari ini sy kongsikan web ni dgn semua pembaca blog sy.

Semoga kita semua berusaha dan berjaya menyelamatkan darah daging kita dari dibakar oleh api neraka Allah swt yg kita sudah tahu akan kepedihan azabnya. Selamatkanlah diri dan iman masing2.

Friday, June 09, 2006

Sayangnya Allah Pada Wanita

Blogger ada problem semalam, nasib baik pagi ni dah ok, dapatlah sy menunaikan rutin sy menulis tazkirah utk setiap hari jumaat, alhamdulillah.

Pagi ni sy nak kongsikan artikel yg pernah diforwardkan pd sy dulu, cerita ttg kehebatan kejadian wanita, sy rasa semua wanita muslimah wajib membacanya agar semua wanita tahu kehebatan mereka apabila bergelar wanita Islam dan apabila mereka mengikuti syariat Islam sepenuhnya.

Perbezaan lelaki dan wanita dalam Islam:

 Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

 Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

 Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

 Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

 Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

 Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya.

 Talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

 Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.

Tetapi…pernahkah kita lihat sebaliknya??

 Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

 Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

 Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak.

 Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.

 Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

 Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu. Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

 Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Subhanallah...sayangnya ALLAH pada wanita !!

Dipetik dari: WANITA September 1999

Thursday, June 01, 2006

Cabaran Spring dan Summer

“Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya sesungguhnya ia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkannya maka ia telah meninggalkan agama.” ( hadis)

Cuaca di UK sekrg ni dah tak sejuk sgt, maybe ini masa yg paling best di sini, tp biasalah kena pakai jaket jugak, sbb kdg2 tu sejuk juga. Dah setahun sebulan sy di sini, so dah kenal dgn 4 musim, lambat lg nak balik nampaknya, so 2 tahun lebih lg la nampaknya sy di perantauan ni, insyaAllah.

Yg paling menarik yg sy nak cerita pasal 4 musim ni ialah waktu solat. Kalau masa autumn dan winter dulu mmg la sejuk tp waktu solatnya ok, sbb siang pendek dan malam panjang, so waktu solatnya pun biasa shj, lebih kurang di negara kita, tp bila masuk spring dan summer ni siang makin panjang dan malam makin pendek, so waktu solatnya mmg kita org Malaysia tak biasa.

Di sinilah sy rasa cukup menguji kita sebagai Muslim, mana taknya waktu isya' pd jam 11.22 pm dan waktu subuhnya 2.31 am dan habis subuh pd jam 4.52 am. Kalau berpuasa sunat pasti penat sbb waktu berbuka 9.14 pm, 2.31 am dah kena mula berpuasa. Hebat sungguh cabaran spring dan summer ni. Di sini sy ingin mencadangkan kpd pembaca khususnya di Oxford utk mendownload
athan software agar kita dpt mendengar azan 5 kali sehari di rumah masing2.

Tetapi sebagai Muslim kita tetap wajib menunaikan solat 5 waktu dlm apa keadaan sekalipun, selagi kita belum mati atau gila atau tidak sedarkan diri atau murtad. Tanggungjawab ini mmg susah utk dilaksanakan sekiranya iman kita lemah. Muslim yg mempunyai keimanan yg tinggi shj yg mampu menghadapi cabaran ini. Sy mendoakan saudara2 seagama di UK ini tdk lalai drpd kewajipan ini dan dpt meneruskan solat seperti biasa.

Jika berdasarkan pengalaman sy, mrk yg tdk pernah meninggalkan solat akan bersolat walau di mana shj mrk berada, yg mmg dah biasa meninggalkan solat dan tak cukup solat bukan masaalah spring atau summer tp mrk mmg selalu tinggalkan solat wlpn berada di Malaysia, mrk mmg tdk mengambil berat akan kewajipan ini. Ini merupakan satu tanda kelemahan iman seseorg muslim.

Kalau sesiapa yg ada membaca akhbar utusan 2 minggu lepas, ada laporan ttg satu kajian yg dijalankan di sekolah rendah di Terengganu yg menunjukkan bahawa seramai 51,000 org pelajar tahun 2 hingga 6 yg tdk tahu bersolat
(laporan penuh). Sungguh memalukan.

Wlpn solat 5 waktu adalah wajib dan kita berada di negara yg agama rasminya agama Islam, perkara sebegini boleh terjadi, bayangkan jika kajian diadakan di seluruh negara di semua sekolah di Malaysia, berapa juta agaknya yg tdk tahu atau selalu meninggalkan solat. Perkara sebegini perlu diambil berat oleh semua muslim di negara kita.

Sekarang ini sejak sy berada di Oxford ni, antara nasihat sy kpd pelajar2 sy di Malaysia ialah jgn tinggalkan solat dan perkukuhkan keimanan sebelum pergi ke luar negara, kerana byk lg cabaran yg menunggu di sini. Mmg kita akui di Malaysia pun byk cabaran utk hidup sebagai Muslim samaada godaan dari syaitan yg direjam dan dari syaitan yg bertopengkan manusia. Hanya yg mempunyai jatidiri Islam yg kuat shj yg boleh menghadapi semua cabaran ini.

Akhirnya, bersama2lah kita menjaga kewajipan solat kerana ia sudah pasti akan menggembirakan kita suatu hari nanti. Jgn jadikan waktu spring dan summer ini sebagai salah satu dari alasan2 kita yg beribu utk meninggalkan solat.

** Gambar dari Magnum Photos dan Getty Images