Friday, May 12, 2006

Belajar. Berjaya. Berkat ke?

" Menuntut ilmu merupakan kewajipan bagi setiap muslim" ( Hadis)

Tazkirah kali ini sy tujukan khusus untuk semua pelajar sy di Malaysia dan mereka yg pernah belajar dgn sy serta pernah mendengar dan mengikuti ceramah, kuliah dan program sy, juga semua muslim yg berminat utk belajar.

Dlm kehidupan sy yg masih baru ini, sy telah bertemu dgn ramai manusia yg berada di alam pembelajaran, samaada kanak2, remaja, dewasa dan tua. Kesungguhan mrk menuntut ilmu amatlah terpuji, kerana bertepatan dgn hadis Nabi saw yg bermaksud " Tuntutlah ilmu dr buaian hingga ke liang lahad". Ramai yg belajar sampai ke tua terus belajar dan akhirnya berjaya. Soalan sy utk direnungi bersama ialah berkatkah pembelajaran kita selama ini? Berkatkah kejayaan yg kita kecapi? Tepuk dada tanya iman kita sendiri. Muhasabahlah diri sendiri. Adakah kita korbankan akhirat kerana mengejar cita2 kita yg sudah pasti sementara shj. Atau adakah kita bijak menggunakan proses pembelajaran dan kejayaan kita sebagai satu jambatan utk membodek Allah SWT menuju kejayaan yg kita yakin akan kekal utk selama2nya. Fikirkan.

Di sini sy kongsikan beberapa amalan yg sy pelajari drpd bekas guru sy, Ustaz Wan Sulaiman dan yg sy tambah sendiri, semasa sy belajar di SMA Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu Kelantan dan telah menjadi amalan sy bermula dr SRP hinggalah ke peringkat Sarjana. InsyaAllah sampai ke akhir hayat kerana sy telah pun merasai kehebatannya. Perlu sy ingatkan, amalan ini biasa shj, yg menghebatkannya adalah istiqamah (berterusan).

  1. Bgn sebelum subuh utk solat tahajjud dan solat sunat lain kalau sempat.
  2. Mulakan pagi anda dgn membaca surah Yaasin setiap pagi, sebaiknya dihafal utk memudahkan amalan.
  3. Solat subuh berjemaah di surau atau masjid, begitu juga solat2 fardhu yg lain.
  4. Sewaktu bersiap utk ke sekolah atau universiti sy amalkan membaca surah al-Insyirah sebanyak 7 kali
  5. Sebelum keluar rumah sy akan membaca 4 Qul iaitu, surah al-Kafirun, surah al-Ikhlas, surah al-Alaq dan surah an-Nas.
  6. Dlm perjalanan ke sekolah atau universiti sy akan berzikir iaitu, bertasbih (Subhanallah), bertahmid (Alhamdulillah) dan bertakbir (Allahu Akbar).
  7. Begitu juga dlm perjalanan balik ke rumah.
  8. Lg sekali diingatkan, semua solat fardhu mesti dilakukan di masjid atau surau.
  9. Selepas maghrib sy akan mendengar kuliah maghrib setiap hari utk belajar perkara yg tak diajar di sekolah dan mengambil keberkatan majlis ilmu.
  10. Kalau tdk ada kuliah maghrib sy akan membaca al-Quran dan membuat amalan2 sunat sementara menanti waktu isya'.
  11. Memulakan setiap kali belajar dgn A'uzubillahiminassyaitonirrajim dan bismillahirrahmanirrahim, boleh ditambah dgn bacaan ayat Qursi.
  12. Berdoa sebelum setiap kali mula belajar dgn doa belajar. (Boleh email utk dptkn doa ini).
  13. Mengucapkan Alhamdulillah selepas tamat belajar dan bertawakkal (Boleh email sy utk dptkn cara bertawakkal).
  14. Boleh solat sunat sebelum tidur agar boleh tidur dlm keadaan berwudhu'.
  15. Membaca surah as-Sajadah sebelum tidur, elok dihafal utk memudahkan amalan.
  16. Jgn lupa membaca dan menghayati maksud doa sebelum dan selepas tidur.
  17. Pastikan anda membaca al-Quran setiap hari, sekurang2nya satu muka surat dan pilihlah waktu yg sesuai dgn anda.
Ini hanyalah rutin harian sy sebagai seorg pelajar, insyAllah dikesempatan lain sy akan kongsikan amalan tahunan, menjelang peperiksaan dan utk hari peperiksaan serta selepas peperiksaan. Perlu sy ingatkan bahawa ini bukan cara yg terbaik, mungkin para pembaca ada cara yg lebih baik dr apa yg sy nyatakan di atas. Sekiranya sudi bolehlah dikongsikan dgn sy.

Akhirnya, sy berpesan pd diri sy dan pembaca semua jgnlah kita korbankan masa pembelajaran kita dgn hanya berfikir utk keuntungan di dunia shj kerana sudah pasti kita akan menyesal dan rugi suatu hari nanti. Jadikanlah proses pembelajaran kita walau di tahap mana sekali pun kita belajar sebagai tempat utk mencari keuntungan di dunia dan di akhirat yg kekal utk selama2nya. Semoga kita semua terhindar dr bala api Neraka Allah SWT yg pedih azabnya.


Sekiranya pembaca ada sebarang kemusykilan atau ingin berkongsi amalan bolehlah beremail dgn sy melalui abu_hafiy@yahoo.com