Tuesday, May 16, 2006

Terima Kasih Cikgu


Hari ini merupakan hari yg paling menggembirakan bagi sesiapa shj yg bergelar guru, terutama mereka yg berjiwa guru dan mungkin hari yg mendukacitakan bagi guru2 yg mmg terpaksa jadi guru. Kenapa sy berkata begitu? Persoalan pertama yg sy nak tanya ialah tentang niat seorg guru. Adakah kita menjadi guru kerana Allah swt atau sbb2 lain ? Adakah kita mmg nak menjadi guru atau itu merupakan pilihan terakhir kita. Tugas guru bermula di sini (niat), sebagaimana hadis Rasulullah saw yg bermaksud " Sesungguhnya segala perbuatan itu bermula dgn niat dan sesungguhnya bg setiap perkara itu bergantung di atas niat seseorg". Jika niat seseorg guru itu baik maka baiklah segala perbuatan yg guru lakukan, insyaAllah.

Tugas guru tugas mulia kerana ia merupakan tugas Rasul saw, guru bukan shj menyampaikan ilmu kepada pelajarnya malah lebih bertindak sebagai pendidik (murabbi dan muaddib), jika konsep ini yg dipakai guru, kesannya sgt mendalam kpd seseorg pelajar. Jadi setiap guru perlu bekerja dgn ikhlas dan bertugas berlandaskan syariat Allah swt, tak kira subjek apa sekalipun yg di ajar oleh seseorg guru.

Tugas guru mmg mencabar, kerana guru membentuk manusia, bukannya robot, jadi pasti ada cabaran2nya, setiap guru perlu byk bersabar. Antara cabaran yg pernah sy hadapi selama 7 tahun menjadi guru dtgnya dr pentadbir, rakan2 guru, pelajar, ibubapa dan masyarakat, terutama tugas sy sebagai guru agama dan guru disiplin. Ini tugas yg biasanya diamanahkan kpd sy. Alhamdulillah sy mmg happy dan enjoy dgn tugas ini, wlpn sekali sekala diuji, tp apabila sy sedar yg sy lakukan ini kerana Allah swt, sy akan lebih bersemangat.


Sy sedar tugas sy hanya sebagai pendidik dan pendakwah, sy cuba melakukan yg terbaik berlandaskan syariat Allah swt, kalau ada yg terima dgn positif, maknanya mrk telah diberi hidayah oleh Allah swt, kalau tdk diterima, itu bukan kuasa sy, hanya DIA yg memberikan hidayah sy hanya berusaha. Kpd guru2 jgn kecewa sekiranya apa shj perkara baik yg guru2 ingin ajar kpd pelajar tetapi mendapat tentangan dr mana2 pihak, serahkan kpdNYA, ingatlah hanya DIA yg memberi hidayah kita hanya berusaha. In sikap yg sy pegang setiap kali sy handle masaalah pelajar dan mendapat tentangan, samaada dr pelajar itu sendiri ataupun dr ibubapa mrk.

Guru perlu sedar bahawa zaman telah berubah, kalau dulu ibubapa yg menghantar anak utk belajar mrk menyerahkan sepenuhnya kpd guru utk mengajar, cuma mrk mengingatkan guru agar anak mrk tdk cacat, tetapi sekrg kepercayaan ibubapa kpd guru semakin berkurangan, inilah realitinya. Sbb itulah byk kita dengar rungutan drpd ibubapa ttg guru dan dunia pendidikan. Sy cukup seronok membaca komen2 wlpn negatif dr mrk yg faham ttg dunia guru dan pendidikan, sbb sy dpt rasakan yg mrk tahu apa yg mrk komen, tp agak kurang selesa bila dunia guru dan pendidikan ini dikritik oleh org yg tdk cuba memahami dunia ini serta tdk bertanggunggjawab. Tp bg sy kita kena terima semua komen ini dan ubah apa yg difikirkan sesuai utk pelajar2. Jgn sampai komen2 ini melenturkan semangat guru.

Nasihat sy kpd mrk yg ingin menasihati guru dan pendidikan, fahamilah dulu dunia ini dan berilah nasihat2 yg berguna, bukannya main hentam shj, tanpa rasa tanggungjawab, guru penat mendidik di sekolah tp apabila ada org yg tdk bertanggungjawab menghentam guru tanpa memahami apa yg dilakukan guru, pasti ia akan menyedihkan para guru dan kesannya sudah pasti kpd pelajar2. Kpd semua guru, teruskanlah perjuangan jgn terpengaruh dgn komen2 yg hanya melihat keburukan lebih drpd kebaikan dan langsung tdk membina, ramai manusia yg hanya pandai memberi komen tp tdk membuat apa2 pun utk membantu.


Dlm menghadapi masaalah dgn pelajar sy lebih suka berbincang dgn pelajar dan ibubapa, tetapi ada juga halangan dr ibubapa yg hanya pandai hentam je dan tak mahu berbincang, bg sy, sy telah melakukan apa yg patut dan pandai2 lah dia menjaga anaknya. Tugas sy telah selesai kerana sy telah menasihati anaknya. Dlm kes begini, biasanya pelajar itu gembira kerana rahsianya tdk terbongkar, sy cuma mampu berdoa agar kehidupan mrk sekeluarga selamat dan sejahtera. Tp sy amat bersyukur kerana ramai ibubapa yg sudi berbincang ttg anak2 mrk dan insyaAllah selepas itu mrk akan gembira apabila melihat hasilnya. Sebagai guru inilah kepuasan sy dlm mendidik pelajar. Melihat mrk hidup sebagai insan yg soleh dan solehah.

Apabila sy mengajar, matlamat sy bukan utk dunia shj, sy mengajar pelajar utk menghadapi dunia selepas mati, kejayaan di dunia mesti diberkatiNYA, barulah selamat di akhirat, dunia hanya sementara, akhirat kekal utk selama2nya. Tetapi ramai yg belajar utk mengejar kejayaan di dunia shj dgn meninggalkan segala amalan utk ke akhirat. Berkatkah kehidupan dan kejayaan mrk nanti?


Akhirnya kpd guru2 teruskan perjuangan mulia ini dgn hati yg ikhlas dan ingatlah cabaran serta dugaan yg dtg adalah peluang dr Allah swt utk guru2 menambah amalan dan pahala guru2 agar guru2 diberkati olehNYA di dunia dan akhirat. Kepada semua pembaca yg pernah menjadi pelajar, marilah sama2 kita mengucapkan selamat hari guru kpd guru2 kita dgn mendoakan kesejahteraan mrk samaada mrk masih hidup ataupun telah meninggal dunia, inilah hadiah yg paling bermakna kpd insan yg bergelar guru.

Dikesempatan ini, sy ingin mengucapkan selamat hari guru kpd semua guru2 sy khususnya di SRK Dato' Hashim, SMA Maahad Muhammadi Lelaki, Pra Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Serta al-Fatihah kpd guru2 sy yg telah meninggal dunia.

SELAMAT HARI GURU
PENDIDIKAN BESTARI PEMANGKIN KEGEMILANGAN