Monday, December 24, 2007

Eidul Adha 2007

Secebis kenangan kami beraya Eidul Adha 2007 di Oxford.

Solat Raya bersama Hafiy di Bangladesh Islamic Education Centre and Mosque

Bersama Wan Muhamad dan Furqan di hadapan masjid

Sama-sama bertakbir raya di rumah kami di St Catherine's House

Beraya bersama En. Roslan dan Dr Asma sekeluarga di Alan Bullock Close

Ibu-ibu dan anak-anak beramah mesra di hari raya

Masyarakat Malaysia Oxford Bertakbir raya di rumah En. Nashrul

Kaum ibu turut sama bertakbir raya

Jamuan 'korban turkey' di rumah En. Wan Muhamad

Suasana raya di rumah En. Wan Muhamad di Summertown House

Thursday, December 06, 2007

Asyik Teringatkan Malaysia

Kenangan raya bersama mertua dan ipar

Kenangan raya di rumah nenek di Pasir Mas

Kenangan Hafiy dan sepupunya Amar

Sebulan dua ini saya asyik terkenangkan kehidupan di Malaysia, kadang-kadang sampai termimpi-mimpi di dalam tidur. Seronok rasanya kehidupan di Malaysia walaupun saya sangat sibuk dengan aktiviti-aktiviti kekeluargaan, kemasyarakatan dan keagamaan dengan cuaca yang panas dan hujan boleh dikatakan sepanjang tahun. Bagi saya perasaan ini normal bagi setiap warganegara Malaysia, maklumlah tanahair kita sendiri, "hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri".

Teringat satu ceramah semasa sesi qiamullail di SMK Cyberjaya

Mengetuai Sambutan Maulidurrasul SAW

Bertuah rasanya saya sekeluarga dapat merantau ke UK ini, apalagi Oxford tempat yang sangat terkenal di dunia. Saya dapat rasakan kehidupan saya sekeluarga akan berubah bila pulang ke tanahair nanti, tak tahulah mungkin hanya angan-angan saya sahaja. Kami cuma ada kurang setahun sahaja lagi di sini, tapi saya dah mula bermimpikan kehidupan yang baru di Malaysia. Walaupun lambat lagi tapi saya memang suka berangan dan membuat perancangan awal tentang semua perkara yang berkaitan dengan saya dan keluarga. Ilmu, pengalaman, persahabatan dan duit semuanya akan memberi manfaat dan kesan yang sangat besar di Malaysia nanti.

Teringat masa belanja makan meraikan 'orang-orang kuat' saya

Pelajar-pelajar SMK Cyberjaya di majlis perpisahan saya

Isteri saya memang dari mula-mula kahwin lagi memang di hati kecilnya berhajat untuk membawa saya ke UK di mana tempat beliau belajar masa ijazah sarjana muda dahulu di UCL. Nampaknya Allah swt makbulkan doanya, kerana dari dulu lagi saya memang tidak terlintas untuk datang ke UK, saya lebih memikirkan kerjaya saya dalam dunia dakwah dan pendidikan, tapi selepas saya berjaya mencapai banyak pengalaman, kejayaan dan anugerah dalam perkhidmatan awam di Malaysia serta memperolehi ijazah sarjana dari UKM, fikiran saya mula berubah dan saya benarkan dia memohon untuk ke UK. Saya rasa sudah sampai masanya saya beri laluan kepada isteri saya untuk lebih maju dalam kariernya. Alhamdulillah semuanya dimakbulkan tuhan dan terlaksana mengikut perancangan kami.

Mengetuai bacaan Yaasin staf dan pelajar sekolah setiap pagi Jumaat

Suasana ceria sepanjang sesi pengajaran Pendidikan Islam

Bagi yang pernah hidup secara 'serius' di Malaysia mereka akan tahu bagaimana rencah kehidupan di Malaysia, dengan kos hidup dan tekanan yang tinggi dari pelbagai segi pasti mereka faham dan nampak perbezaannya bila datang ke sini. Bagi yang bekerja 'makan gaji' bukan senang untuk hidup senang. Bila tuhan memberi saya peluang berada di sini, saya gunakan peluang ini untuk membaiki taraf hidup kami di Malaysia nanti. Ramai masyarakat muslim di Malaysia yang sanggup berbelanja mewah untuk diri dan keluarga sendiri tetapi lambat untuk menghulurkan sedekah ke jalan Allah swt. Bukan ini yang saya inginkan untuk saya dan keluarga saya. Dengan kejayaan yang kami raih di sini, saya sudah mula berbincang dengan isteri apa yang kami nak lakukan di Malaysia dalam usaha 'fi sabilillah'. Kalau dulu tak banyak usaha yang kami lakukan berasaskan duit, tapi bila pulang nanti kami mempunyai banyak perancangan 'fi sabilillah' dengan duit 'Pound Sterling'.

Bilik saya mengajar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

Ceria sepanjang sesi LDK dalam siri qiamullai di SMK Desa Cempaka

Sebagai seorang muslim yang sentiasa naik turun imannya, saya rasa penting bagi saya dan keluarga berada dalam keselesaan untuk menguatkan keimanan dalam berjuang 'fi sabilillah'. Banyak cabaran yang sedang menanti saya di Malaysia sebagai seorang yang berpendidikan Islam. Kalau dulu saya banyak menyumbang dari segi kepakaran agama mungkin selepas ini saya akan dibantu lagi dengan kekuatan materialistik. Ramai muslim di Malaysia yang memerlukan bantuan kewangan dalam membentuk keimanan mereka kepada Allah swt. Ini melalui pengamatan dan pengalaman saya bergaul, mengajar dan berceramah di pelbagai kawasan di Malaysia dahulu. Mungkin tak banyak yang saya boleh bantu, tapi sekurang-kurangnya saya boleh menggerakkan sedikit kekuatan iman mereka kepada Ilahi.

Kenangan bersama sahabat sekeluarga di kenduri kahwin kenalan di Selangor

Menjamu selera bersama sahabat-sahabat saya di Kajang

Bila saya mengkaji cara dakwah kristian, mereka banyak mengunakan duit dalam menarik manusia kepada mereka. Saya rasa manusia terlalu mudah tertarik dengan duit dan akhirnya mereka berjaya dipujuk oleh kristian. Ini adalah salah satu cara berdakwah, tapi dalam Islam kita ada banyak cara lain lagi selain daripada duit. Walaubagaimanapun saya pernah membaca satu kisah ulama' dahulu yang mengatakan bahawa harta benda pada suatu hari nanti akan menjadi tuhan kepada manusia di dunia. Jadi setiap muslim perlu berhati-hati dalam mencari, memiliki dan membelanjakan harta benda di dunia yang penuh dengan ujian dan cabaran dari syaitan yang direjam.

Secara individunya, saya cuba mengawal diri saya dan keluarga dengan mempelajari dan mendalami serta mengamalkan sebanyak mungkin ajaran dari ilmu tasawuf agar diri saya dan keluarga tidak terleka dengan khayalan dunia dan hasutan syaitan agar amalan kehidupan kami diberkati Allah swt. Memang senang untuk ditulis tapi sangat susah untuk diamalkan kerana ia berkaitan dengan amalan dalaman, banyak pemikiran dan usaha yang diperlukan dalam mengawal hati agar sentiasa ingat padaNYA. Astaghfirullahal adzhim.