Thursday, April 27, 2006

Maulidur Rasul Di Oxford

"Terima kasih semua"


" Sesungguhnya Allah SWT dan para Malaikat berselawat ke atas Nabi, wahai org2 yg beriman hendaklah kamu berselawat ke atas Nabi….." (Petikan maksud dr surah al-Ahzab).

" Org yg bakhil itu ialah org yg apabila disebut nama ku (Muhammad) dia tidak berselawat ke atas ku" (Hadis).

Alhamdulillah, sy panjatkan kesyukuran pd Allah SWT kerana di atas limpahan rahmat dan inayahNYA prog Maulidur rasul berjaya dianjurkan dgn jayanya pada 14 April 2006 yg lalu. Jutaan terima kasih kepada saudara Fazmy yg sudi menjadi tuan rumah bg sambutan ini. Juga kepada penderma2 dan semua yg hadir seramai 30 org lebih termasuk anak2 dan sanggup bersusah payah memasak dan membawa makanan utk dikongsikan bersama masyarakat Melayu Muslim Oxford.

Prog yg sebegini murni dan penuh dgn keberkatan sepatutnya dihadiri oleh semua Melayu yg bergelar Muslim, utk kita sama2 meraikan dan membesarkan hari kelahiran Baginda Rasulullah SAW, pemimpin yg teragong, kekasih Allah dan contoh terbaik utk sekalian manusia. InsyaAllah pd majlis sambutan hari2 kebesaran Islam yg lain akan dihadiri oleh semua masyarakat Melayu Muslim Oxford. Wassalam.

Sedikit Info Maulidur Rasul 1427H :

- Cara2 beradab terhadap Nabi Muhammad SAW

  1. Hendaklah mentaati Nabi Muhammad S.A.W di samping mengikuti jejak langkahnya dalam urusan dunia dan agama.
  2. Menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai orang yang paling dicintai, dihormati dan diagungkan dari seluruh makhluk Allah SWT.
  3. Mengagung dan menghormati Nabi Muhammad S.A.W apabila namanya disebut dan berselawat serta salam ke atasnya, mengakui kebenarannya dan menghargai sifat-sifatnya.
  4. Membenarkan segala yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W samada soal agama dan dunia
  5. Merendahkan suara di makam dan masjidnya bagi yang berpeluang menziarahinya.