Tuesday, February 12, 2013

AQIQAH HAADIN SOLIHIN


Pada 9 februari 2013 yang lepas saya telah mengadakan kenduri aqiqah Haadin yang telah tertangguh beberapa kali sebelum ini.

Kenduri aqiqah ini saya hanya menjemput saudara mara terdekat, jiran terdekat dan rakan terdekat sahaja seramai 150 orang.

Selesai sahaja aqiqah Haadin sebanyak 2 ekor kambing, maka selesailah hutang saya pada Ilahi. Syukur Alhamdulillah
 Gaya Hensem Haadin

 Masa Untuk Mengamuk, Kesian Ateh. Haha!

 
Hafiy Dan Sepupunya Amar Mulakan Acara Makan.Haha!

 
Hannan Makan Dengan Gaya Ayunya. Haha! 
 
Papa Sambut Tetamu Di Luar Rumah

Mama Pula Di Dalam Rumah

Cucu Haji Kusno Lahir Sehari Selepas Haadin. Tak Ngam Je!

Hidangan Yang Disediakan Nasi Beriani Kambing Dan Ayam. Silakan!

 
Sila Makan Che Su Sekeluarga ( Prof. Dato' Dr. Norma Mansor )

 
 Tok Abu Sekeluarga ( Brigadier Jeneral Bersara )

 
Papa Melayan Tetamu Makan. Jangan Malu Nak Tambah!

Suasana Ceria Silaturrahim

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA JEMPUTAN YANG SUDI MEMERIAHKAN MAJLIS AQIQAH HAADIN SOLIHIN DI BAITUL HANA

Wednesday, February 06, 2013

NAZMI FAIZ MANSOR

 
 Kebanggaan Negara

Saya dah lama tak mengikuti perkembangan bola sepak tanahair, tapi saya mengenali Nazmi Faiz bila ramai bekas murid perempuan saya di sekolah dahulu yang menyebut-nyebut nama beliau dan sangat meminati dan mengagumi beliau. Ketika itu usia Nazmi baru 17 tahun.

Akhir sekali saya dengar Nazmi bermain dengan Kelab Divisyen 1 Portugal Beira-Mar. Bukan calang-calang pemain yang dapat bersama kelab ini dan beliau berjaya mengikat kontrak selama 3 tahun.

Kehebatan Anak Malaysia

Seminggu dua ini nama beliau kembali panas di media dengan gossip hubungannya dengan seorang model dan gossip ini juga melibatkan seorang lagi pemain kebangsaan iaitu Mohd Aidil Zafuan.
 
Minggu ini pula nama beliau lebih panas apabila beliau kembali ke tanahair secara mengejut dan telan mengikat kontrak bersama Kelab Liga Super PKNS FC.

 
Kontroversi

Namun Nazmi hanya boleh mula bermain untuk PKNS FC pada bulan April 2013. Itu yang diputuskan oleh FAM setelah menerima permohonan rasmi daripada PKNS FC.

Nazmi merupakan pemain muda yang sangat berbakat dan mempunyai masa depan yang sangat cerah dalam dunia bola sepak, mungkin beliau boleh sampai ke peringkat antarabangsa.

Kepakaran

Apa sahaja masaalah yang menghimpit beliau ketika ini, saya harap Nazmi dan mereka yang menguruskan beliau dapat menyelesaikannya dengan cara yang terbaik agar potensi besar yang beliau miliki tidak dipersiakan atau hilang begitu sahaja.

Sokongan Rakan Sepasukan

Atas dasar kecemerlangan dan masa depan sukan bola sepak Malaysia, kita jangan melihat yang negatif dalam isu ini. Bersamalah kita mendoakan yang terbaik untuk Muhamad Nazmi Faiz Mansor demi kemajuan sukan bola sepak negara kita.

 Majulah Sukan Untuk Negara

Tuesday, February 05, 2013

IMEJ BARU DATO' SITI NURHALIZA

 Dari sini Siti bermula

Alhamdulillah Siti kini dah berjaya menunaikan janjinya untuk bertudung apabila kembali dari menunaikan Haji di Mekah. Terkilan rasanya apabila beliau gagal menutup aurat sepenuhnya sebelum ini.

Pada pandangan saya, Siti sepatutnya dah lama bertudung penuh kerana beliau mendapat sokongan yang sepenuhnya daripada semua pihak dan tiada halangan untuk beliau berbuat demikian.

Apabila Siti menyatakan hasratnya dulu untuk bertudung, saya tidak nampak perkara negatif di mana-mana atau daripada mana-mana pihak.

Berubah setelah kembali dari Makkah

Siti merupakan ikon yang terbesar yang negara kita ada dalam industri hiburan tanahair. Ramai masyarakat yang meminati, menghormati malah mengagumi beliau.

Dengan penampilan yang menutup aurat ini, ia menjadi satu dakwah bil hal kepada berjuta insan lain. Ramai wanita muslimah di luar sana yang akan mengikut jejak langkah beliau.

Dengan pengaruh yang besar yang Siti ada, saya yakin ramai isteri-isteri atau wanita-wanita profesional, eksekutif, VIP malah VVIP tidak segan lagi untuk bertudung. Alhamdulillah.

 Terkini menutup aurat sepenuhnya

Jika kita lihat pada fesyen tudung Siti sebelum ini yang tidak menutup aurat sepenuhnya. Ia telah menjadi ikutan ramai muslimah terutama dikalangan muslimah kelas atasan.

Kini, saya yakin jika Siti memperkenalkan fesyen tudung terbaru dari beliau yang menutup aurat sepenuhnya, pasti akan menjadi ikutan majoriti wanita profesional dan VIP. Besarnya saham Siti di Akhirat nanti. InsyaAllah. Ayuh! semua muslimah. Tutuplah aurat anda mengikut syariahNYA. Barakah dan redha Allah menanti anda.

  Berkat doa dari semua. Alhamdulillah

Friday, February 01, 2013

BAITUL HANA 2013 ( Episod 2 )

Hujung tahun lepas saya telah rennovate rumah di dua bahagian. Pertama bahagian depan rumah dan yang kedua bahagian dapur rumah beserta menambahbaik sistem pendawaian elektrik dalam rumah.Kos keseluruhan adalah RM 25K.

Bahagian Depan Baitul Hana

Rupa asal Baitul Hana seperti rumah jiran sebelah
 
 

Kerja-kerja sedang dijalankan
 
 
 

Selamat datang


Ruang dalam

Hadapan

Sila datang lagi 

Kos RM 10K adalah untuk :
1) Membuat dinding tepi kiri dan kanan rumah
2) Pendawaian elektrik, lampu dan kipas baru
3) Mengecat keseluruhan bahagian hadapan sehingga ke atas
4) Bumbung tambahan Polycarbonate skylight/awning