Friday, May 05, 2006

Ya Allah! Makbulkan Doaku

"Doa adalah senjata org mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi" (Hadis).

Sebagai seorg mukmin sy rasa setiap hari kita berdoa, berdasarkan hadis di atas jelaslah kpd kita kehebatan doa, amat malanglah bg sesiapa yg tidak mengambil peluang utk berdoa kpdNYA. Persoalannya adakah doa kita diterima atau dimakbulkan oleh Allah SWT.

Soalan ini kita kena tanya diri kita sendiri. Apakah yg dimaksudkan dgn doa? Pandaikah kita berdoa? Selalukah kita berdoa? Fahamkah kita doa yg kita aminkan? Apakah rukun-rukun doa? dan Bagaimanakah doa yg dimakbulkan?

Persoalan ini mmg rumit utk dijawab. Nampaknya byk lg perkara yg kita semua kena belajar. Di kesempatan ini, sy cuma ingin kongsikan beberapa rukun doa yg sy amalkan setiap kali sy berdoa dan sy telah merasai kehebatannya, perlu sy ingatkan pembaca bahawa rukun2 ini nampak mudah shj dan byk diamalkan oleh org Islam, tp perlukan istiqamah (berterusan).

  1. Memulakan dgn memuji Allah SWT ( Alhamdulillahhi rabbil 'alamin..........hingga akhir).
  2. Diikuti dgn berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW ( Wassolatuwassalamu..........hingga akhir).
  3. Mendoakan ibubapa dan seluruh org mukmin ( Rabbighfirli waliwalidayya.........hingga akhir)
  4. Selepas ini bolehlah ditambah apa2 doa yg baik dan perlu samada dlm bahasa Arab atau Melayu.
  5. Diikuti dgn memohon kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat ( Rabbana atina fid dunya hasanah..........hingga akhir).
  6. Diakhiri dgn berselawat ke atas Nabi SAW ( Wasallallahu 'ala Saiyyidina Muhammad.........hingga akhir).
  7. Akhirnya memuji Allah SWT ( Walhamdulillahi rabbil 'alamin ).

Ini adalah tertib yg sy belajar dan sy amalkan semenjak sekolah menengah hinggalah sekrg, semoga ia membantu sesiapa shj yg berminat. Ini cuma doa umum shj, sekiranya ada hajat yg khusus sy akan tambah lg apa2 yg patut. Sebaik2 doa adalah dlm bahasa Arab, tetapi boleh juga digunakan bahasa lain kerana Allah Taala Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Sy juga ingin mengingatkan semua muslim bahawa antara doa yg tiada penghalang ( hijab) antara Allah SWT dan hambanya ialah doa org yg dizalimi, dianiayai, difitnah dan dikhianati.

"Dan takutlah engkau dari doa orang yang dizalimi, kerana doa itu tidak ada sekatan dengan Allah Taala" ( Hadis ).

Bersama2lah kita menghindarkan diri kita semua dr mengkhianati, menzalimi, memfitnah dan menganiayai sesama manusia. Semoga Allah SWT memakbulkan doa kita semua dan merahmati kahidupan kita sebagai muslim yg sejati. Aamiiin.

Sebarang pertanyaan dan perkongsian mengenai doa dialu2kan ( abu_hafiy@yahoo.com)