Thursday, September 20, 2007

Ihya' Ramadhan Oxford 07

Perbanyakkanlah sujud padaNYA di bulan ini

Kalau di Malaysia di kala ini saya pasti sibuk dengan program-program sepanjang Ramadhan, rindu betul saya dengan suasana di sana. Biasanya saya akan mengulang-ulang kembali surah-surah al-Quran yang saya telah hafal sebagai persiapan untuk menjadi imam di masjid yang telah menempah saya untuk mengimamkan jemaah mereka. Saya juga akan menyiapkan tazkirah-tazkirah yang akan saya sampaikan sepanjang bulan Ramadhan.

Kini keadaannya berbeza di sini, saya tidak sesibuk dulu lagi, Walaupun tidak banyak program Ramadhan yang diatur di sini, tapi bagi menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang yang telah dianugerahkan sedikit ilmu agama oleh Allah swt, saya telah aturkan program Ihya' Ramadhan bagi saya dan rakan-rakan di Oxford, khusus kepada mereka yang berminat. Keadaan di sini tak sama dengan di Malaysia dimana saya banyak mendapat jemputan. Tapi tugas dakwah Islamiyyah bukan menanti jemputan, ia perlu dilakukan tak kira apa keadaan sekalipun. Hanya yag terlibat dengan dakwah agama Allah swt ini sahaja yang betul-betul faham tanggungjawab ini.

Kalau diikutkan hati memang saya pun tidak mahu berbuat apa-apa berdasarkan keadaan di sini, tapi kerana DIA saya gagahkan juga. Saya kena kuatkan iman dan banyak beristighfar serta berfikiran positif, pembersihan hati sangat penting dalam menghidupkan dan menjaga agama Allah swt ini. Kerana bagi saya hanya dakwah yang ikhlas dengan hati yang suci sahaja yang akan menguatkan semangat keimanan saya dan memberi kesan yang positif kepada saya dan masyarakat, jadi sebelum saya memulakan kerja-kerja dakwah saya, saya mesti bersihkan dahulu hati saya dari sebarang kekotoran yang ada. Alhamdulillah setakat ini saya berjaya.

Mengimbas kembali Ramadhan pertama saya di sini pada tahun 2005, program yang ada di sini ialah solat tarawih berjemaah setiap hari sabtu, jadi sepanjang bulan Ramadhan hanya 4 kali sahaja solat tarawih berjemaah diadakan dan bila berakhir Ramadhan saya tambah dengan solat sunat Idilfitri kerana pada tahun sebelumnya tidak diadakan solat hari raya. 2006 pula saya mula mengimamkan sepenuhnya solat tarawih berjemaah di sini dan saya buat sedikit perubahan dengan mengadakan sebanyak 8 rakaat tarawih dan 3 witir sahaja tapi saya tambah dengan penyampaian tazkirah selama 5-10 minit. Kerana bagi saya itu yang terbaik untuk jamaah yang ada di sini setelah berbincang dengan beberapa orang rakan di sini. 2006 juga saya telah mencadangkan kepada rakan-rakan di sini untuk mengaturkan majlis berbuka puasa berjemaah. Alhamdulillah berjaya juga diadakan walaupun sekali sahaja sepanjang Ramadhan.

Tahun ini 2007 kerja-kerja dakwah islamiyyah saya sepanjang Ramadhan semakin berkembang maju. Alhamdulillah saya sudah mula yakin dengan kerja-kerja dakwah saya. Saya telah berjaya mengaturkan program Ihya' Ramadhan ( menghidupkan Ramadhan ) untuk sebulan ini. Program pertama saya ialah 3 siri Iftar Jamaie yang diadakan di 3 buah rumah termasuklah rumah baru saya. Bantuan dari rakan-rakan di sini adalah baik sehinggakan saya tidak ada masaalah untuk memilih rumah untuk program ini. Program kedua saya pula ialah tarawih berjemaah di salah sebuah rumah di Oxford. Alhamdulillah ada rakan yang setuju untuk menjadikan rumah beliau sebagai surau dan berjaya diadakan dengan penuh kesederhanaan dan keberkatan. Solat tarawih yang diadakan setiap hari rabu ini adalah sebagai tambahan kepada solat tarawih yang diadakan seperti biasa setiap hari sabtu seperti tahun-tahun lepas. Ini bermakna masyarakat Oxford telah mula menunaikan solat tarawih bersama sebanyak 2 kali seminggu. Syukur saya padaNYA.

Program saya yang ketiga ialah program yang saya namakan Memburu KasihMU. Kalau rakan-rakan dan anak-anak murid saya di Malaysia membaca blog saya ini mereka sudah pasti tahu apa programnya, kerana program ini telah saya adakah sebanyak berpuluh-puluh siri di Malaysia. Memburu KasihMU ialah program yang saya namakan bagi setiap program qiamullail yang saya anjurkan di Malaysia bermula dari tahun 1998 iaitu tahun saya mula mengajar. Alhamdulillah saya dapat menyambungnya di sini. Melalui program ini saya akan aturkan ibadah-ibadah sunat yang boleh dilakukan oleh seseorang muslim sepanjang qiamullai ( bangun malam ) dan akan diakhiri dengan sahur bersama-sama. Alhamdulillah setakat ini program ini menerima reaksi yang positif dari rakan-rakan di Oxford.

Harapan saya agar Program Ihya' Ramadhan ini akan memutikkan keimanan yang utuh dikalangan rakan-rakan di Oxford dengan harapan kita sama-sama dapat meletakkan Islam sebagai keutamaan dalam apa jua urusan dan keadaan. Melalui Ihya' Ramadhan juga akan menguatkan silaturrahim di kalangan mereka yang menyertainya dan membuang segala sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri kita semua agar kita menjadi muslim atau mukmin yang lebih baik selepas Ramadhan nanti kerana Ramadhan merupakan bulan latihan yang melatih umat Islam ke arah yang lebih Islamik dan lebih berkualiti selepas Ramadhan. Semoga saya dan rakan-rakan di Oxford berjaya sampai ke tahap ini. Amin.

Sunday, September 16, 2007

Kembara Ustaz Habib Di UK ( Siri 2 )

Sambungan...............

Hannan Sofea di tepi Pantai Aberystwyth

Berjalan-jalan di Bandar Aberystwyth

Melawat ke Natural History Museum London

Bersama Kak Hamidah sekeluarga di London Bridge

Membeli belah di Bridgend Designer Outlet South Wales

University Of Wales Swansea

Ziarah kakak saya di Lampeter Wales

Melawat kawan di Coventry University

Tunggu sambungannya lagi....................

Wednesday, September 05, 2007

Kembara Ustaz Habib Di UK ( Siri 1 )

Sudah 2 tahun 4 bulan saya sekeluarga merantau di UK, khususnya di Oxford. Tak banyak tempat yang kami telah lawati kerana kesibukan isteri saya belajar dan juga kesibukan saya dengan kerja-kerja 'part time' saya di sini. Tetapi dalam kesibukan kami ini sempat juga kami melawat beberapa tempat. Dalam siri 1 ini saya nak rakamkan tempat-tempat yang telah kami lawati di sekitar Oxford, Oxfordshire England.

Mula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Baru sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow GB

Menetap sebulan di North Oxford Overseas Centre (NOOC) Summertown

2 bulan lebih kami di London Road, Headington Oxford

2 tahun di Summertown House Oxford

Melawat Kolej isteri saya St Catherine's College Oxford University

Jalan-jalan di Oxford City Centre

Sukaneka di Oxford University Park

Program agama pertama kami di Buttery Hall Wolfson College

Hari Raya Aidilfitri pertama kami di Common Room Alan Bullock Close

Hari pertama Hafiy di Foundation Stage Cutteslowe Primary School Oxford

Melawat Natural History Museum Oxford

Membeli belah di Swindon Outlet Shopping Swindon

Membeli belah di Bicester Village Outlet Shopping Bicester

Memetik buah strawberry di Rectory Farm Headington

Naik keretapi wap di Cutteslowe Park Oxford

Belum habis lagi ni.........................