Friday, November 01, 2013

PAS MENUBUHKAN NEGARA ISLAM

SOALAN 1 :
ADAKAH HASRAT PAS UNTUK MENUBUHKAN NEGARA ISLAM ITU SATU KHAYALAN ATAU SATU KENYATAAN ?

SOALAN 2 :
ADAKAH PAS MAMPU SECARA TEORINYA UNTUK MENUBUHKAN NEGARA ISLAM ?

REALITI SEMASA SELEPAS PRU 13 :

Sokongan Kaum Melayu/Islam, Kaum Asli dan Kaum Peribumi Sabah dan Sarawak majoritinya mengundi UMNO/Barisan Nasional. Bagaimana PAS nak menubuhkan Negara Islam ?

DAP berpendapat bahawa penubuhan Negara Islam tidak sesuai di Malaysia dan mereka tetap dengan pendirian mereka untuk menentang penubuhan sebuah Negara Islam di Malaysia. Pas telah memilih DAP sebagai rakan sekutu mereka. Bagaimana PAS nak menubuhkan Negara Islam ?

PKR tidak pernah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Negara Islam di Malaysia dan perkara ini tidak ada dalam dasar perjuangan mereka walaupun majoriti ahlinya adalah kaum Melayu/Islam. PAS juga telah memilih PKR sebagai rakan sekutu mereka. Bagaimana PAS nak menubuhkan Negara Islam ?

Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai oleh PKR, PAS dan DAP tidak pernah berjanji atau bersetuju untuk menubuhkan sebuah Negara Islam di Malaysia jika mereka memerintah. Bagaimana PAS nak menubuhkan Negara Islam ?

Kerusi yang ditandingi oleh PAS dalam pilihanraya jika semuanya dimenangi oleh mereka masih tidak cukup untuk memerintah negara. Bagaimana PAS nak menubuhkan Negara Islam ?

PAS bukan sebuah parti yang dominan dan terkuat dalam Pakatan Rakyat. Bagaimana PAS nak menubuhkan Negara Islam ?

Negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS serta Negeri Terengganu dan Kedah yang pernah ditadbir oleh PAS sukar untuk meyakinkan majoriti rakyat Islam yang memerhati bahawa mereka mampu untuk melaksanakan Negeri Islam.  Bagaimana PAS nak menubuhkan Negara Islam ?

KESIMPULAN :

SECARA TEORI POLITIKNYA PAS MEMANG JELAS TIDAK MAMPU UNTUK MELAKSANAKAN ISLAM DAN MENUBUHKAN NEGARA ISLAM DI MALAYSIA KECUALI HANYA DENGAN KEHENDAK YANG MAHA ESA MAKA KEAJAIBAN AKAN BERLAKU - KUN FAYAKUN.

MAMPUKAH UMNO UNTUK MENUBUHKAN NEGARA ISLAM JIKA MEREKA MAHU ???