Thursday, December 23, 2010

SURAU AL-HIDAYAH

Surau Al-Hidayah merupakan surau yang saya sekeluarga imarahkan sejak tahun 2003. Ia terletak di Dengkil Selangor bersebelahan dengan Putrajaya.

Dulu Dengkil merupakan sebuah pekan yang terpencil, namun disebabkan ia berjiran dengan Putrajaya maka pembangunan di tempat ini boleh dikatakan agak pantas.

Kini banyak perumahan-perumahan baru yang dibina dan kebanyakannya diisi oleh kakitangan kerajaan yang berkhidmat di Putrajaya. Begitu juga saya sekeluarga.

Apabila saya kembali ke Dengkil dari Oxford pada Bulan Ramadhan tahun 2008, tidak lama selepas itu Imam 1 di Surau Al-Hidayah yang telah berkhidmat selama berpuluh tahun di Dengkil telah kembali ke rahmatullah.

Maka saya telah dilantik sebagai imam 1 menggantikan beliau. Di sini saya mula kembali aktif dalam aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

Sebagai sumbangan kepada masyarakat setempat saya telah mengimamkan mereka dalam solat, mengajar kuliah maghrib bab ibadah dan kelas al-Quran dewasa seminggu sekali serta mengendalikan program qiamullail sebulan sekali.

Alhamdulillah segala aktiviti yang saya rancang dan jalankan setakat ini mendapat sambutan yang amat baik daripada masyarakat setempat.

Monday, December 13, 2010

Selesailah Rukun Islam Yang Kelima

Pada 10-10-10 saya dan isteri telah ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan fardhu haji selama 46 hari di sana dan kami telah kembali pada 25-11-10. Alhamdulillah

Makluman : Buat masa ini saya kurang aktif di blog ini kerana kesibukan tugas harian dan juga kerana sistem internet di Malaysia yang tidak sebaik semasa saya di UK. Namun saya masih aktif di http://www.facebook.com/profile.php?id=795370687