Wednesday, April 26, 2006

Soalan Dr. Amir

Kali ni sy nak share pengalaman sy berbual dgn Dr. Amir dari UM, dia sekrg kat Cambridge. Tapi dia plan nak habiskan study kat Oxford ni, maybe bulan May ni dia dtg Oxford, sy sekeluarga cuma bantu dia sedikit sebanyak info yg kami tau ttg Oxford.

Suatu ptg tu dia dtg jumpa sy kat rumah, kami berbual panjang, byk cerita ttg Malaysia, Cambridge dan juga Oxford, rupanya dia buat PHD kat Oxford. So byk juga pengalaman yg dia share ngan sy sekeluarga. Tapi yg menarik minat sy ialah ttg soalan yg dia tanya yg mmg dlm bidang sy sebagai seorg guru(pendidikan). So sy rasa sy nak share dgn semua yg membaca blog ni. Dia bertanya sy, "ustaz sekolah apa yg terbaik utk anak sy?".

Soalan ini sepatutnya di tanya oleh setiap ibubapa yg solehah, yg bercita2 utk melihat perkembangan yg sihat bg anak2 di dunia dan akhirat. Jawapan sy sepintas lalu senang aje, "Dr nak anak Dr jadi macamana", sy tdk memberitahu dia sekolah mana yg terbaik atau apakah ciri2 sekolah yg baik. Sbb sy yakin faktor pertama ialah niat ibubapa.

Sy sendiri menjadi ustaz kerana niat suci ibubapa sy, semua adik beradik sy berada dlm bidang agama. Wlpn byk kali juga sy cuba menukar bidang pengajian samaada di peringkat sekolah menengah atau di universiti, sarjana muda dan sarjana, tapi tetap menjadi guru agama. InsyaAllah utk selama2nya, sbb baru sy tau betapa byknya faedah utk dunia dan akhirat yg sy telah rasai dan akan kecapi nanti, insyaAllah.

Berbalik pd soalan tadi, apa yg sy maksudkan ialah bukan sekolah tidak penting, tapi yg lebih utama ialah acuan yg kita nak corakkan anak kita, apa yg kita nak isi di dadanya, environment yg bgmn yg kita nak dia berada, bgmn hubungan yg kita nak antara kita dgn anak2, lebih penting lg bgmn hubungan dia dgn Allah, hubungan dia dgn manusia dan yg paling penting ialah acuan itu bertepatan atau tidak dgn kehendak Allah SWT, jika tidak, apa saja yg kita buat tidak diredhai oleh Allah SWT dan bala bencanaNYA bakal menanti.

Bgmn kita nak melahirkan anak yg soleh, lengkap dari segala aspek, cemerlang di dunia dan di akhirat kalu kita tidak mementingkan syariatNYA, bila mengambil sesuatu tindakan atau membuat sesuatu keputusan ttg anak2, kita letakkan dunia atau materialistik sebagai rujukan utama, kita letakkan Islam sebagai perkara sampingan. Sesetengah org Melayu cuma ajar anak mengaji al-Quran, solat dan beberapa perkara asas, tetapi utk model ikutan sebahagian besar kehidupan anak2nya tidak mengikut Islam. Berjayakah anak2 ini atau adakah ibubapanya telah menempah neraka Allah SWT utk anak2nya. Fikirkan.

So, kurikulum apa yg kita nak anak kita belajar, kita yg tentukan, bukan kerajaan atau sekolah. Jika kurikulum yg soleh yg kita pilih, insyaAllah soleh lah anak kita, jika tidak, mungkin dia hanya akan berjaya di dunia di mata kita dan di mata masyarakat shj, tapi dia gagal di hadapan Allah dan jawapan kepada kegagalan dgn Allah hanyalah neraka.

Di Malaysia kita beruntung kerana kita ada pelbagai jenis sekolah, samaada yg disediakan oleh kerajaan atau swasta, semuanya baik bg sy dan tdk ada yg sempurna, sbb semuanya hanya perancangan manusia yg lemah, cuma tanyalah niat kita sebagai ibubapa, kita nak anak kita bagaimana suatu hari nanti? Samaada berjaya dlm keredhaan dan keberkatan Allah SWT atau berjaya tapi dilaknat olehNYA.

Islam tdk pernah mengenepikan dunia, malah kebahagiaan didunia sgt penting sebagai tmpt persinggahan sementara utk mencari keredhaan Allah SWT yg kekal abadi. Jadi didiklah anak2 kita dgn pilihan2 yg paling tepat dgn jalan yg diiktiraf oleh Ilahi, bukan yg kita rasa betul dan logik pd pemikiran kita sebagai manusia yg lemah. Jgn sampai kita menyesal dan menangis di kemudian hari.

Sehingga ke hari ini sy rasa bersyukur dgn pilihan ibubapa sy, alhamdulillah, juga sy puji pilihan Dr Amir. Al-Fatihah buat ibubapa sy (Allahyarham Haji Ali bin Awang dan Hajjah Rukaiyyah binti Mansor)