Thursday, April 27, 2006

A Special Thanks To Mrs. Habib

"Keluarga HS"

Hari ni sy nak cerita pasal sejarah blog ni. Sejak dtg ke Oxford ni sy boring sgt sbb terpaksa tinggalkan alam pendidikan yg sy minati, sy terpaksa pencen sementara selama 3-4 tahun. Itu satu tempoh yg sgt lama bg sy, anak2 murid sy semakin hari semakin ramai dan sy mmg kamcing maut dgn kebanyakan anak2 murid sy. So komunikasi sy terhalang kerana sudah tidak mengajar di sekolah menengah di Malaysia lg.

Lepas tu dtg Oxford pulak takde apa nak buat selain dr buat kerja part time. Dah setahun sy di sini. Org2 Melayu di Oxford alhamdulillah baik2 semuanya . Lepas tu sy cuba join prog2 di sini dan organise bbrp program kerohanian dgn tujuan utk merapatkan ukhuwwah Islamiyyah di kalangan warga Melayu Muslim Oxford.

Alhamdulillah, sy bersyukur kerana setiap program keagamaan yg diadakan di sini berjaya dianjurkan dgn sempurna dan wlpn tdk semua org Melayu yg hadir, kehadiran tdk pernah kurang drpd 20 org, itu dah dikira ramai bg Oxford yg mmg tak ramai Melayu, Syabas! Melayu Muslim Oxford, semoga semua org2 Melayu di sini akan bersama2 hadir pd program yg akan datang? Bersama2lah kita mendoakannya.

Menyedari hakikat ini, sy akhirnya menerima keadaan di sini. Dgn perkembangan dunia IT hari ini sy juga perlu berubah ke hadapan. Wlpn dah lama isteri sy nak buat blog ni utk sy, tapi asyik tertangguh kerana keperluannya tdk terlalu mendesak. Tetapi selepas prog. Maulidurrasul 1427H baru2 ini, sy merasakan blog ini sgt penting sebagai tmpt utk berkongsi idea, sedikit ilmu agama, pengalaman dan sebagai satu alat komunikasi antara sesama Melayu Muslim di Oxford selain drpd email. Sesuai dgn keadaan hidup masyarakat Melayu di sini.

Selepas isteri sy bersengkang mata selama berpuluh2 jam mengadap internet dan dia terpaksa mendengar sy membebel dgn idea2 yg boleh dipakai dan tak boleh dipakai, dgn berbagai2 problem semasa nak buat blog ni, akhirnya pd hari ahad 23 April 2006, sy balik dr kerja di Bayards Hill Primary School jam 7.45pm, dia kata dah siap, sy terus ke komputer dan masa tu sy rasa sgt teruja dgn hasilnya, alhamdulillah, akhirnya berjaya juga dipublishkan. Syabas Mrs Habib. Sy mmg pandai bg idea je kalau pasal IT ni, tp yg buat dia.

Dgn terpublishnya blog ini sy amat berharap ia akan memberi manfaat yg maksima khususnya kpd semua anak murid sy di Malaysia, masyarakat Melayu Muslim di Oxford dan semua org Islam yg mengenali sy ataupun tidak. Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada kita semua ke arah kebenaran yg hakiki dan merahmati serta memberkati kita semua di dunia dan akhirat.

Jutaan terima kasih kepada Mrs. Habib, jasamu dikenang sehingga ke akhir hayat, semoga Allah SWT merahmati dan memberkati kehidupan kita sekeluarga. Aamiiin.