Tuesday, April 25, 2006

Pelik, Menakutkan, Tapi Benar

Ni kisah di Bayards Hill Primary School tempat sy kerja, Semalam sy pergi kerja macam biasa, tgh2 bekerja tu terserempak dgn seorg guru, beliau antara seorg yg berpengaruh di sekolah tu. Kebetulan pulak hari tu dia suruh suami dia datang, sy pun diperkenalkan dgn suami beliau. Sy terkejut bila dia kenalkan nama dia (nama Islam). mana tak nya guru tu kristian, dia mmg baik ngan sy, dia peramah, selalu bertanya khabar dan dia akan wish la kat sy kalu ada perayaan Islam. Dia juga ada bercerita sedikit sebyk pasal dia dan anak2, anak2nya semua dah remaja. So semlm apa lg, dah jumpa org Islam sy pun layan sembang la. Tapi yg menarik sy utk sembang ialah sbb isteri dia kristian, sy pun menyibukla, saja nak tau. Dia kata dia dah 11 tahun masuk Islam, tp isterinya taknak dan dia berharap satu hari nanti isteri dia akan terima Islam.

Apa yg sy nak ceritakan sebenarnya ialah kerisauan sy tentang umat Islam di akhir zaman ni, ini soal agama, soal aqidah, tidak ada kompromi, mana boleh org Islam beristerikan org kafir, tidur sebantal dgn non muslim. Pelik sungguh. Sy tak sempat nak tanya pasal anak2 dia agama apa sbb mobile dia berdering, dia minta izin jawap telefon, so sy pun minta diri la.

Masa kat Malaysia dulu, ada la sy terbaca berita di Indonesia yg berlaku perkahwinan campur agama ni, satu rumah sampai ada tiga jenis agama, dulu terkejut la, tapi sekarang sy dah tak hairan lg, sbb dah banyak berlaku. Apa yg sy nak ingatkan di sini ialah, bagaimana nasib muslim di negara kita, yg agama rasminya agama Islam. Bolehkah kita pertahankan. Mampukah pemimpin2 negara kita dgn kuasa yg ada utk berkorban apa saja kerana Agama Islam yg kita sayangi ini.

Dulu masa sy handle budak2 sekolah menengah (remaja), ada yg bgtau sy yg perkara ni berlaku di kalangan kawan2 mrk, cuma org yg murtad tu dia tak bgtau family je yg dia dah tukar agama, ramai juga anak2 yg berlakon macam org Islam tapi sebenarnya dia dah lama murtad, ada juga yg bgtau bahawa mak dia Islam tp bapak dia kristian, kesian sungguh, tapi apa boleh buat, ini semua kerana kekurangan ilmu ttg Islam dan lemahnya iman sesetengah org Islam, so anak2 pun bingung, apa nak jadi?

Sy ingatkan kat Malaysia takde la macam Indonesia, rupa2 nya berlaku juga. Di Malaysia kebanyakan yg murtad ni mrk ada dua nama, sbb JPN tak meluluskan penukaran nama kristian mereka. Sbb tu lah kita tak tau yg mrk dah murtad, so kita layan dia masih macam org Islam. Mrk pun tak berani nak mengaku sbb masyarakat tak boleh terima, mrk masih takut.

Sampai bila mrk akan bersembunyi? Kita ambil contoh budaya gay, dulu masyarakat Barat mengutuk gay, tapi itu cerita lama. Baru2 ini kita digemparkan dengan berita seorg artis yg cukup terkenal di dunia telah mengisytiharkan perkahwinan gay mrk. Sesetengah negara kafir ada yg dah lama membenarkan perbuatan terkutuk ini. So bila keluar berita ni, kita di Malaysia pun dikejutkan juga dgn perkahwinan gay di Sarawak, tp masyarakat kita masih tak boleh terima, tapi bg sy mrk bukan Islam, apa2 hal pun mmg mrk menjadi bahan bakar api neraka.

Soalnya, sampai bila masyarakat Islam di negara kita akan mengutuk? 10 tahun atau 20 tahun? Kita takut bila ia bermula, ada yg akan meneruskannya secara senyap2, kalau kafir takpe lah, org Islam pun ramai yg mengamalkan hubungan homoseksual ni, cuma tak berapa didedahkan sahaja. Sebelum ni pun kita kecoh dgn isu pondan, bg sy itulah permulaannya. Sbb bila keluar isu ini, ramai juga org Islam yg mempertahankannya atas dasar hak asasi kemanusiaan. Adakah Islam membenarkannya?

Sy cuma bercakap berdasarkan cerita dan pengalaman sy bercampur dgn remaja2 yg bermasaalah dan masyarakat2 yg rosak iman, kerana di mana saja sy bertugas, sy akan dipertanggungjawabkan sebagai ketua guru disiplin, berdasarkan pengalaman dan kejayaan sy dlm tugasan2 yg lepas. So sy sedih apabila mendengar kisah mrk, terutama sebagai seorg Islam melihat kerosakan org Islam lain.

Ke mana arah tuju masyarakat Islam di Malaysia, kita risau semua perkara tersebut akan menjadi biasa, mrk dah tak takut utk berkahwin dan tinggal serumah dgn berbagai agama, malah mungkin ada yg akan berbangga kerana boleh buat perkara pelik, mungkin ada yg akan isytiharkan diri mrk gay tanpa segan silu dan berkahwin sejenis serta berkeluarga dgn mengambil anak2 angkat dan mrk yg murtad akan pertahankan hak mrk atas dasar kebebasan beragama dan hak asasi manusia. Yg pasti bila perkara ini berlaku pasti ada org Islam atau non muslim yg akan mempertahankan dan membantu mrk. Mampukah kita melawannya.

Pelik, menakutkan, fikirkan, renungkan dan berhati2lah kerana ia dah pun berlaku, selamatkanlah iman kita semua. Aamiiin.