Friday, June 09, 2006

Sayangnya Allah Pada Wanita

Blogger ada problem semalam, nasib baik pagi ni dah ok, dapatlah sy menunaikan rutin sy menulis tazkirah utk setiap hari jumaat, alhamdulillah.

Pagi ni sy nak kongsikan artikel yg pernah diforwardkan pd sy dulu, cerita ttg kehebatan kejadian wanita, sy rasa semua wanita muslimah wajib membacanya agar semua wanita tahu kehebatan mereka apabila bergelar wanita Islam dan apabila mereka mengikuti syariat Islam sepenuhnya.

Perbezaan lelaki dan wanita dalam Islam:

 Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

 Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

 Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

 Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

 Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

 Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya.

 Talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

 Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.

Tetapi…pernahkah kita lihat sebaliknya??

 Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

 Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

 Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak.

 Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.

 Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

 Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu. Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

 Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Subhanallah...sayangnya ALLAH pada wanita !!

Dipetik dari: WANITA September 1999