Friday, June 16, 2006

Makan? Halal Ke Tak?

"Wahai manusia! Makanlah apa sahaja yg ada di bumi ini, yang halal dan baik, dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya mereka merupakan musuh kamu yang nyata" (al-Baqarah/168).

Pemakanan merupakan perkara yg sgt penting bg sy, bukan shj makanan yg baik tp yg lebih sy utamakan ialah halal, kalau sy rasa was2 je mmg sy tak beli atau makan, ini mmg sy jaga semenjak sy budak2 lg sehinggalah sy dah berkeluarga, sebagai ketua keluarga, sy lg risau sbb dulu apa yg sy makan hanya perut sy shj yg menerima makanan tersebut, tp bila menjadi suami dah bapa, bermakna apa shj yg sy beli atau makan ia akan memberi kesan secara langsung dan tdk langsung kpd isteri dan anak2 sy. Jadi utk menjadi ketua keluarga yg soleh sy perlu berhati2 dlm soal ini. Kerana sebarang kesilapan sy akan menyebabkan kemurkaan Allah swt kpd sy sekeluarga.

Mmg sejak dr dulu lg sy mengamalkan membaca isi kandungan setiap makanan yg sy beli dan memastikan ada logo halal yg dikeluarkan oleh JAKIM, kalau takde mmg sy takkan beli, jadi bila dtg ke Oxford ni, sy lg kena berhati2 kerana takde logo halal. Jadi membaca isi kandungan makanan sudah menjadi perkara wajib, mujurlah ada lambang seperti 'V' utk vegetarian byk membantu cara membeli makanan di sini.

kalau di Malaysia dulu sy mmg tak beli makanan dr kedai bukan Islam, tp kdg2 sy hairan kerana ramai org Melayu Muslim yg suka beli kek di kedai Cina Non Muslim, kalau Islam takpe lah. Tp sy tak pasti halal ke tidak, tp sy tak beli sbb ramai kawan2 sy yg berbangsa Cina memberitahu, biasanya kedai kek mrk meletakkan arak atau bahan dari b***, maybe bukan semua kedai kek Cina begitu. Tp sy mmg takkan beli melainkan ada logo halal JAKIM. Semoga org Islam lain pun boleh berhati2.

Macam kat oxford ni ada byk kedai makanan yg nampak macam boleh makan tp dlm hati sy was2. Contohnya kedai seafood Cina non muslim, halal ke? Mungkin sy terlalu berhati2, adakah pisau dan bekas yg digunakan tdk digunakan utk makanan yg tdk halal, terfikir juga sy. Lg satu macam kentang goreng di Mc donald atau KFC, mmglah kentang tu halal tp kuali dan minyak yg digunakan halal ke? Sy mmg tak berani nak beli. Mungkin sy terlalu berhati2. Tp bg sy apa shj yg dtg dr org bukan Islam mesti diselidiki dahulu, kerana mrk tdk akan membuat sesuatu yg boleh menjaga keimanan umat Islam, berhati2 lah. Tp kalau kita dah selidik dan terbukti halal bolehlah kita membelinya.

Kenapa sy terlalu berhati2 dlm soal ini? Jawapan sy mudah shj. Sy selalu mengingatkan diri sy sekeluarga ttg satu hadis rasul s.a.w yg bermaksud "setiap daging yg tumbuh dari sumber/makanan yg haram maka hanya api neraka yg layak baginya". Atas alasan inilah sy tdk akan merelakan walau seinci daging atau setitik darah yg berada dlm tubuh sy sekeluarga tumbuh dr sumber/makanan yg haram.

Sekrg sy rasa lega sikit, sbb apabila dtg ke Oxford ni yg negaranya bukan negara Islam, yg lg merisaukan sy, sy terjumpa web halal food ni, so sy akan rujuk di sini bila sy rasa was2 dgn sesuatu makanan yg hendak dibeli. Jadi hari ini sy kongsikan web ni dgn semua pembaca blog sy.

Semoga kita semua berusaha dan berjaya menyelamatkan darah daging kita dari dibakar oleh api neraka Allah swt yg kita sudah tahu akan kepedihan azabnya. Selamatkanlah diri dan iman masing2.