Thursday, June 22, 2006

Ingat Senang Ke Jadi Bapak



Firman Allah Taala yg bermaksud "Wahai orang2 yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu berhala.. (at-Tahrim/6).

Jika kita perhatikan maksud ayat di atas, jelas menunjukkan kpd kita bahawa itulah tanggungjawab utama setiap bapa. Bapa bukan shj menyediakan tempat tinggal, makanan dan pakaian, malah yg paling utama ialah menyelamatkan ahli keluarganya drpd dibakar oleh api neraka Allah Taala.

Tanggungjawab yg utama dan wajib inilah yg selalu manusia yg mengaku beriman lupa dan buat2 lupa. Sesetengah drpd mukmin tdk mempelajari apakah tanggungjawab mrk yg utama dan sebenar sebagai seorg bapa muslim. Kdg2 manusia lebih mengutamakan kehidupan berkeluarga secara logik akal mereka shj, tanpa memikirkan apakah yg wajib mrk lakukan kpd anak2 dan isteri.

Antara cara2 utk menyelamatkan ahli keluarga drpd neraka Allah Taala ialah dgn memastikan ahli keluarga benar2 yakin beriman kpd Allah Taala, mengajar mrk bgmn utk solat dgn sempurna dan cukup lima waktu serta amal ibadah yg lain, memastikan ahli keluarga tahu semua ilmu agama yg dikategorikan sebagai ilmu fardhu ain (setiap muslim wajib tahu), memastikan setiap ahli keluarga menutup aurat dgn sempurna, menjaga maruah ahli keluarga dan memastikan perjalanan hidup keluarga mengikut syariat Islam bukan teori2 yg difikirkan betul atau cara2 yg tdk berasaskan Islam.

Sy selalu mengingatkan diri sy bahawa apa shj yg sy lakukan seharian kesannya pasti akan melibatkan ahli keluarga sy samaada secara langsung atau tidak langsung. Sy berhati2 dgn setiap tindakan yg sy ambil, adakah ia bertepatan dgn syariat Islam atau tdk, ini semua menjadi perkiraan utama sy dlm memimpin ahli keluarga. Sy tdk sanggup berhadapan dgn Allah di akhirat kelak dlm keadaan yg hina jika sy gagal melaksanakan tanggungjawab mengikut syariat Islam.

Sebagai bapa sy bertanggungjawab atas setiap perbuatan samaada benar atau salah ahli keluarga, jika seseorg anak atau isteri melakukan kesalahan atau dosa atau tdk mengikut peraturan Allah maka seorg ayah akan berkongsi dosa tersebut jika dia berdiam diri dgn tdk menegur atau mengajar anaknya apa yg betul. Jika seorg isteri atau anak perempuannya tdk menutup aurat maka suami atau ayahnya akan berkongsi dosa tersebut dgn isteri dan anaknya. Maka rugilah seseorg ayah yg tdk menegur dan menasihati isteri dan anak2nya apabila mrk melakukan dosa kerana mrk bukan shj terpaksa menanggung dosanya sendiri yg mmg dah byk, malah terpaksa menanggung dosa2 isteri dan anak2nya. Fikirkanlah. Jgnlah sampai di akhirat nanti semua pahala amal ibadah yg bapa lakukan di dunia diambil oleh ahli keluarganya kerana mrk menyalahkan bapa sebab tdk mengajar, menegur dan menasihati mrk semasa di dunia.

tetapi menjadi bapa yg soleh byk kelebihannya, kerana bapa akan mendapat pahala bg setiap amal ibadah dan perbuatan baik yg dibuat oleh ahli keluarganya. Bapa yg sentiasa memastikan dirinya dan ahli keluarganya benar2 mengikut syariat Allah akan membawa dirinya dan ahli keluarganya tinggal bersama di dlm istana yg indah yg tersedia utknya di syurga Allah s.w.t, alangkah indahnya.

Semoga semua kaum Adam akan menjadi bapa yg beriman yg memimpin keluarganya ke arah kejayaan di dunia dan akhirat. Bukannya bapa yg menghumban dirinya dan ahli keluarganya ke lubang neraka Allah s.w.t.

SELAMAT HARI BAPA KEPADA BAPA SAYA ALLAHYARHAM HAJI ALI BIN AWANG (AL-FATIHAH) DAN BAPA MERTUA SAYA HAJI MANSOR BIN HASSAN.