Wednesday, January 09, 2013

SAMBUTAN UNTUK 40 TAHUN

Alhamdulillah saya bersyukur pada Ilahi kerana pada sambutan hari lahir saya yang ke 40 tahun saya telah diraikan sebanyak 4 kali.

Pertama sekali saya diraikan oleh 15 orang bekas pelajar terbaik saya semasa di sekolah dulu pada 29.12.12. Kali kedua saya diraikan pula oleh jamaah Surau Al-Hidayah Dengkil pada 31/12/12. Kali ketiganya saya diraikan oleh isteri dan anak-anak yang tersayang pada 1/1/13 (Tarikh lahir saya) dan kali keempat saya diraikan oleh warga BPSH KPM pada 4.1.13

Sebenarnya dalam hidup saya, saya tidak pernah ambil peduli tentang hari lahir untuk diri sendiri. Biasalah bila kita datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan tidak ada budaya itu.

Tapi bila dah berkeluarga saya menyambut hari lahir saya, isteri dan anak-anak secara kecil-kecilan di rumah kami. Tidak pernah kami menyambutnya dengan sesiapa pun.

Namun untuk yang ke 40 ini saya diraikan oleh banyak pihak. Mungkin itulah keistimewaan hari lahir saya yang ke 40 tahun. Hahaha.

Hadiah terbesar saya pada tahun ini adalah Samsung Galaxy Tab 2 7.0 yang dihadiahkan oleh isteri yang tercinta.

Saya juga menerima kad, kek dan hadiah daripada beberapa orang bekas pelajar terbaik saya iaitu Aqilah, Ayuni, Maryam dan Filzatul dan beberapa orang lagi yang memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk.

Saya juga menerima kek, kad dan jamuan daripada jamaah surau Al-Hidayah. Akhir sekali saya menerima kad dan kek daripada seluruh warga BPSH KPM.

TERIMA KASIH KEPADA ISTERI DAN ANAK-ANAK (BAITUL HANA) YANG SENTIASA MENDOAKAN KESEJAHTERAAN SAYA DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG SUDI MERAIKAN HARI LAHIR SAYA YANG KE 40 TAHUN ;)