2012 yang lepas saya terkejut apabila diminta untuk terlibat
dengan penapisan filem. Saya tidak tahu yang berada di BPSH KPM ini ada
tugasan begitu. Alhamdulillah selepas hampir 6 bulan saya terlibat pada
tahun lepas sudah beberapa filem dan iklan telah sempat saya tapis.
Tugas kami bukanlah menapis semua filem yang akan ditayangkan di Malaysia. Kami hanya menapis filem yang tidak lulus tayangan atau terdapat babak yang tidak diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem.
Apabila pihak penerbit membuat rayuan untuk kelulusan, maka JKRF akan dipanggil untuk menilai kembali keputusan yang telah dibuat.
Alhamdulillah, saya seronok dapat menjadi wakil tunggal KPM dalam melaksanakan tugasan ini kerana ia memberi saya satu ilmu, ruang dan pengalaman yang baru dalam kerjaya. Juga dapat berkenalan dengan mereka yang bukan sealiran dan veteran serta pakar dalam pelbagai bidang.
Antara filem yang saya terlibat yang saya masih ingat ialah Zaiton Ceritaku, Resident Evil, Kepong The Gangster, Cold War dan iklan Ambi Pur. Hahaha!
Jawatan Kuasa JKRF 2012
Melihat berulang kali bahagian yang perlu dipotong
Masing-masing fokus pada mesyuarat penapisan
Dibawa mencuba peralatan tayangan baru untuk filem 3D
Melawat peralatan untuk tayangan filem 3D
Mr. David Teoh belanja makan tengahari di Cyber View Lodge, Cyberjaya
Bersama David dan Wakil Bukit Aman
Alhamdulillah. 2013 saya masih lagi dipertanggungjawabkan untuk mewakili KPM dalam JKRF ;)