Wednesday, January 16, 2013

AIR

Masaalah air di beberapa kawasan nampaknya semakin kritikal. Kenapa? Isu air ini banyak disensasikan semenjak PKR memegang tampuk pemerintahan Negeri Selangor. Apakah konflik yang berlaku di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor dan SYABAS? 

Yang paling menakutkan saya ialah sekiranya air dijadikan sebagai satu mainan dan senjata politik oleh beberapa pihak dalam meraih sokongan rakyat atau membangkitkan kebencian rakyat terhadap sesuatu pihak. Maka rakyatlah yang akan merasai kesengsaraan dan keperitannya.

Sekiranya apa yang saya rasa ini benar, maka saya rasa rakyat akan mengalami banyak kesulitan yang berkaitan dengan keperluan asas ini terutama menjelang pilihanraya yang semakin hampir.

Kebijaksanaan pemimpin dalam menangani isu ini amat diharapkan. Semoga mereka semua dapat berfikir secara islamik dan rasional agar mendapat sokongan dari Yang Maha Berkuasa.