Thursday, January 31, 2013

BAITUL HANA 2013 ( Episod 1 )

Hujung tahun lepas saya telah rennovate rumah di dua bahagian. Pertama bahagian depan rumah dan yang kedua bahagian dapur rumah beserta menambahbaik sistem pendawaian elektrik dalam rumah.Kos keseluruhan adalah RM 25K.

Bahagian Dapur Baitul Hana
RM 15K

 Sebelum

 
 

 Semasa  






Selepas 

 



 Selamat memasak untuk Papa dan Mama

Kos RM 15K adalah untuk :

1) Tambahan bangunan belakang dapur termasuk cat dan grill
2) Jubin baru untuk keseluruhan bahagian lantai dan dinding
3) Plaster ceiling dan semua pendawaian elektrik baru
4) Kabinet dapur dan pintu baru
5) Microwave, oven, stove, hood, lampu dan kipas baru

Wednesday, January 23, 2013

HUJUNG MINGGU YANG MEMENATKAN

Hujung minggu lepas saya berhempas pulas memenuhi jadual yang amat padat. Selama ini hujung minggu saya masih ada masa untuk berehat walaupun sedikit. Tapi tidak pada minggu lepas.Fuhhh!!!

 HARI SABTU

Awal pagi hingga tengahari saya di Mitsubishi Service Centre
 
Kereta sedang diservis
Tengahari hingga petang bawa keluarga shopping
 

Petang sampai ke malam mesyuarat bersama jamaah surau
 

HARI AHAD

Balik kampung isteri untuk majlis perkahwinan sepupunya di Batu Pahat Johor
(Seharian kami di sana) 
 
 Ceria memandu bersama keluarga

 
Kenangan bersama pelamin.

Papa menjaga Haadin bersama Hafiy

 
Mengamuk! itulah kerja Haadin bila dia dah penat dan bosan. Haha!

 
Dah penat mengamuk maka tidurlah dia. Haha!

Friday, January 18, 2013

JAWATAN KUASA RAYUAN FILEM (JKRF)

2012 yang lepas saya terkejut apabila diminta untuk terlibat dengan penapisan filem. Saya tidak tahu yang berada di BPSH KPM ini ada tugasan begitu. Alhamdulillah selepas hampir 6 bulan saya terlibat pada tahun lepas sudah beberapa filem dan iklan telah sempat saya tapis.

Tugas kami bukanlah menapis semua filem yang akan ditayangkan di Malaysia. Kami hanya menapis filem yang tidak lulus tayangan atau terdapat babak yang tidak diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem. 

Apabila pihak penerbit membuat rayuan untuk kelulusan, maka JKRF akan dipanggil untuk menilai kembali keputusan yang telah dibuat.

Alhamdulillah, saya seronok dapat menjadi wakil tunggal KPM dalam melaksanakan tugasan ini kerana ia memberi saya satu ilmu, ruang dan pengalaman yang baru dalam kerjaya. Juga dapat berkenalan dengan mereka yang bukan sealiran dan veteran serta pakar dalam pelbagai bidang.

Antara filem yang saya terlibat yang saya masih ingat ialah Zaiton Ceritaku, Resident Evil, Kepong The Gangster, Cold War dan iklan Ambi Pur. Hahaha!


 
Jawatan Kuasa JKRF 2012

 Melihat berulang kali bahagian yang perlu dipotong

  Masing-masing fokus pada mesyuarat penapisan

 Dibawa mencuba peralatan tayangan baru untuk filem 3D

Melawat peralatan untuk tayangan filem 3D


  Mr. David Teoh belanja makan tengahari di Cyber View Lodge, Cyberjaya 

 
Bersama David dan Wakil Bukit Aman


Alhamdulillah. 2013 saya masih lagi dipertanggungjawabkan untuk mewakili KPM dalam JKRF ;)

Thursday, January 17, 2013

RUTIN HARI BEKERJA

Bila bermulanya sesi persekolahan 2013 maka bermulalah kembali rutin harian saya yang padat dengan aktiviti pengurusan rumahtangga disamping tugasan-tugasan di KPM


Seawal jam 5.00 pagi saya dah bangun untuk pengurusan diri dan melaksanakan amalan-amalan sunat . Jam 5.30 pagi saya kejutkan Hafiy untuk mandi dan bersiap, lepas itu jam 6.00 pagi saya dan Hafiy akan ke masjid untuk solat subuh berjemaah. Jam 6.30 pagi Hafiy akan bersarapan dan saya akan bersiap untuk menghantar Hafiy ke SMAPUTRA di Presint 11 dan ke pejabat di Presint 1 Putrajaya.


Setelah selesai menguruskan Hafiy saya akan terus ke pejabat dan melaksanakan tugasan-tugasan di KPM sehingga jam 5.00 petang, seterusnya bergerak ke sekolah Hafiy dan biasanya kami berdua akan sampai di rumah pada jam 6.00 petang.


Sampainya kami di rumah, kami akan terus mandi dan menguruskan diri masing-masing. Selepas itu saya dibantu oleh Hafiy akan menguruskan pakaian di jemuran. Hafiy akan mengangkat kain-kain tersebut dan menguruskan pakaiannya sendiri terutama untuk persekolahan hari esok .


Saya pula akan seterika uniform sekolah Hannan untuk esok. Pada jam 6.45 petang saya dan isteri akan menguruskan makan malam dan Hafiy akan membuat jadual persekolahannya untuk esok. Kami akan makan malam pada jam 7.00 petang kerana menantikan Hannan yang balik dari sekolah sesi petang.


Setelah selesai makan malam, saya dan Hafiy akan mengemas dan membasuh pinggan mangkuk sementara isteri saya menguruskan Haadin dan Hannan akan menguruskan dirinya sendiri. Apabila azan maghrib berkumandang saya dan Hafiy akan ke surau untuk solat berjemaah.


Setelah pulang dari surau saya akan menjaga Haadin agar isteri saya dapat menguruskan dirinya dan solat maghrib bersama Hannan. Setelah selesai semuanya saya akan memenuhi waktu maghrib saya dengan amalan-amalan sunat sementara Hafiy dan Hannan pula akan membuat kerja rumah dan persiapan untuk persekolahan mereka hari esok .


Apabila masuk waktu isyak, saya dan Hafiy akan ke surau untuk solat berjemaah. Setelah pulang ke rumah dari surau, saya akan menjaga Haadin bagi memberi ruang untuk isteri saya solat isyak. Hafiy dan Hannan pula akan tidur setelah semua kerja rumah dan persiapan sekolah untuk hari esok selesai, biasanya lebih kurang jam 9.30 malam.


Apabila semua anak-anak dah tidur, saya akan minum malam dan berbincang dengan isteri perkara-perkara yang perlu dan penting. Biasanya kami akan berada di ruang tamu sambil menonton televisyen. Apabila semua dah selesai saya akan tidur pada jam 11.00 malam. ZZZZZZZZZZ


Wednesday, January 16, 2013

AIR

Masaalah air di beberapa kawasan nampaknya semakin kritikal. Kenapa? Isu air ini banyak disensasikan semenjak PKR memegang tampuk pemerintahan Negeri Selangor. Apakah konflik yang berlaku di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor dan SYABAS? 

Yang paling menakutkan saya ialah sekiranya air dijadikan sebagai satu mainan dan senjata politik oleh beberapa pihak dalam meraih sokongan rakyat atau membangkitkan kebencian rakyat terhadap sesuatu pihak. Maka rakyatlah yang akan merasai kesengsaraan dan keperitannya.

Sekiranya apa yang saya rasa ini benar, maka saya rasa rakyat akan mengalami banyak kesulitan yang berkaitan dengan keperluan asas ini terutama menjelang pilihanraya yang semakin hampir.

Kebijaksanaan pemimpin dalam menangani isu ini amat diharapkan. Semoga mereka semua dapat berfikir secara islamik dan rasional agar mendapat sokongan dari Yang Maha Berkuasa.




Tuesday, January 15, 2013

GILA BOLA

Sebenarnya saya tidak menjangkakan yang saya akan hadir ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 antara Kelantan bertemu ATM pada tahun lepas. Saya memang nak pergi tapi tiket dah habis, namun ditaqdirkanNya ada kawan yang tidak dapat pergi maka dia bagi tiketnya pada saya.

Kali terakhir saya ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak seingat saya ialah 20 tahun lepas.

Gambar-gambar kenangan dalam Stadium Shah Alam

 

Monday, January 14, 2013

KE SEKOLAH BARU 2013

Tahun 2013 putera dan puteri kesayangan saya ke sekolah baru. Hafiy ke SMAPUTRA dan Hannan ke SK Dengkil.

Gambar - gambar yang sempat dirakam
Semoga putera dan puteriku sejahtera dan ceria di sekolah baru

Wednesday, January 09, 2013

SAMBUTAN UNTUK 40 TAHUN

Alhamdulillah saya bersyukur pada Ilahi kerana pada sambutan hari lahir saya yang ke 40 tahun saya telah diraikan sebanyak 4 kali.

Pertama sekali saya diraikan oleh 15 orang bekas pelajar terbaik saya semasa di sekolah dulu pada 29.12.12. Kali kedua saya diraikan pula oleh jamaah Surau Al-Hidayah Dengkil pada 31/12/12. Kali ketiganya saya diraikan oleh isteri dan anak-anak yang tersayang pada 1/1/13 (Tarikh lahir saya) dan kali keempat saya diraikan oleh warga BPSH KPM pada 4.1.13

Sebenarnya dalam hidup saya, saya tidak pernah ambil peduli tentang hari lahir untuk diri sendiri. Biasalah bila kita datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan tidak ada budaya itu.

Tapi bila dah berkeluarga saya menyambut hari lahir saya, isteri dan anak-anak secara kecil-kecilan di rumah kami. Tidak pernah kami menyambutnya dengan sesiapa pun.

Namun untuk yang ke 40 ini saya diraikan oleh banyak pihak. Mungkin itulah keistimewaan hari lahir saya yang ke 40 tahun. Hahaha.

Hadiah terbesar saya pada tahun ini adalah Samsung Galaxy Tab 2 7.0 yang dihadiahkan oleh isteri yang tercinta.

Saya juga menerima kad, kek dan hadiah daripada beberapa orang bekas pelajar terbaik saya iaitu Aqilah, Ayuni, Maryam dan Filzatul dan beberapa orang lagi yang memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk.

Saya juga menerima kek, kad dan jamuan daripada jamaah surau Al-Hidayah. Akhir sekali saya menerima kad dan kek daripada seluruh warga BPSH KPM.

TERIMA KASIH KEPADA ISTERI DAN ANAK-ANAK (BAITUL HANA) YANG SENTIASA MENDOAKAN KESEJAHTERAAN SAYA DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG SUDI MERAIKAN HARI LAHIR SAYA YANG KE 40 TAHUN ;)

Sunday, January 06, 2013

HARI LAHIR KE 40 - 4/1/13

SAMBUTAN BERSAMA WARGA BPSH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


SERAMAI 20 ORANG PEGAWAI DAN STAF YANG LAHIR PADA BULAN JANUARI

 

ANTARA WARGA BPSH YANG HADIR


TERIMA KASIH UNTUK KAD DAN HADIAH HARI LAHIR

Thursday, January 03, 2013

HARI LAHIR KE 40 - 31/12/12


SAMBUTAN BERSAMA JAMAAH SURAU AL-HIDAYAH

 
 
 

 HAFIY YANG AKAN MEMBASUH PINGGAN PAPA SETIAP KALI JAMUAN
(ANAK SOLEH...HAHA)


TERIMA KASIH UNTUK KAD HARI LAHIR DARI SEMUA JAMAAH SURAU