SOALAN 1 :
ADAKAH HASRAT PAS UNTUK MENUBUHKAN NEGARA ISLAM ITU SATU KHAYALAN ATAU SATU KENYATAAN ?
SOALAN 2 :
ADAKAH PAS MAMPU SECARA TEORINYA UNTUK MENUBUHKAN NEGARA ISLAM ?
REALITI SEMASA SELEPAS PRU 13 :
Sokongan Kaum Melayu/Islam, Kaum Asli dan Kaum Peribumi Sabah dan Sarawak majoritinya mengundi UMNO/Barisan Nasional. Bagaimana PAS nak menubuhkan Negara Islam ?
DAP berpendapat bahawa penubuhan Negara Islam tidak sesuai di Malaysia dan mereka tetap dengan pendirian mereka untuk menentang penubuhan sebuah Negara Islam di Malaysia. Pas telah memilih DAP sebagai rakan sekutu mereka. Bagaimana PAS nak menubuhkan Negara Islam ?
PKR tidak pernah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Negara Islam di Malaysia dan perkara ini tidak ada dalam dasar perjuangan mereka walaupun majoriti ahlinya adalah kaum Melayu/Islam. PAS juga telah memilih PKR sebagai rakan sekutu mereka. Bagaimana PAS nak menubuhkan Negara Islam ?
Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai oleh PKR, PAS dan DAP tidak pernah berjanji atau bersetuju untuk menubuhkan sebuah Negara Islam di Malaysia jika mereka memerintah. Bagaimana PAS nak menubuhkan Negara Islam ?
Kerusi yang ditandingi oleh PAS dalam pilihanraya jika semuanya dimenangi oleh mereka masih tidak cukup untuk memerintah negara. Bagaimana PAS nak menubuhkan Negara Islam ?
PAS bukan sebuah parti yang dominan dan terkuat dalam Pakatan Rakyat. Bagaimana PAS nak menubuhkan Negara Islam ?
Negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS serta Negeri Terengganu dan Kedah yang pernah ditadbir oleh PAS sukar untuk meyakinkan majoriti rakyat Islam yang memerhati bahawa mereka mampu untuk melaksanakan Negeri Islam. Bagaimana PAS nak menubuhkan Negara Islam ?
KESIMPULAN :
SECARA TEORI POLITIKNYA PAS MEMANG JELAS TIDAK MAMPU UNTUK MELAKSANAKAN ISLAM DAN MENUBUHKAN NEGARA ISLAM DI MALAYSIA KECUALI HANYA DENGAN KEHENDAK YANG MAHA ESA MAKA KEAJAIBAN AKAN BERLAKU - KUN FAYAKUN.
MAMPUKAH UMNO UNTUK MENUBUHKAN NEGARA ISLAM JIKA MEREKA MAHU ???
Friday, November 01, 2013
Monday, September 09, 2013
PROJEK BAITUL HANA 1
Dari dulu lagi saya mengimpikan sebuah rumah yang lengkap untuk keluarga yang akan dinamakan dengan nama Baitul Hana.
Pada tahun 2003 saya telah memilih dan membeli sebuah rumah teres 2 tingkat di Dengkil Selangor untuk saya sekeluarga.
Sehinggalah pada tahun 2010 setelah saya mengkaji keadaan semasa, saya pasti bahawa inilah pilihan terbaik untuk saya jadikan Baitul Hana buat teduhan saya sekeluarga.
Dulu
Kini
Baitul Hana bermaksud Rumah Habibullah dan Sarina yang kami ringkaskan menjadi Baitul Hana. Ia adalah tanda ikatan kasih saya dan isteri tercinta.
Pada tahun 2010 saya mula mengubahsuai rumah ini sedikit demi sedikit dan saya bahagikan kepada 3 fasa. Fasa 1 adalah fasa asas, fasa 2 pula adalah fasa melengkapkan Baitul Hana.
Fasa 3 pula adalah fasa menyempurna dan mencantikkan Baitul Hana. fasa 1 dan fasa 2 telah selesai sepenuhnya. Namun fasa 3 kami tangguhkan dahulu untuk sebarang kemungkinan.
Setelah 10 tahun menetap di Dengkil kami putuskan untuk terus berkampung di Dengkil Selangor. Faktor persekitaran dan jarak dari tempat kerja saya dan isteri amat sesuai dengan lokasi ini.
Setelah memutuskan untuk menetap terus di Dengkil saya mula berfikir tentang Baitul Hana. Adakah Baitul Hana kami hanyalah rumah teres 2 tingkat. Selesakah kami berlima di masa hadapan.
Akhirnya saya mula mencari pilihan-pilihan lain yang lebih baik. Dengan harga jualan rumah oleh pemaju yang semakin meningkat saya memilih untuk mencari tanah lot banglo.
Saya masih pasti dengan pilihan Dengkil sebagai kampung kami. Namun agak susah untuk membeli tanah di sini kerana pilihan yang ada sangat mahal dan terhad.
Ditaqdirkan Ilahi, selepas seminggu Syawal 2013 saya terbaca di laman web mudah.com.my tentang satu iklan tanah lot banglo di Kampung Dato' Ahmad Razali Dengkil.
Teruja saya membaca iklan ini kerana sebelum ini saya rasa agak mustahil untuk memiliki tanah di sini. Boleh dikatakan agak mustahil juga untuk mendapat tanah yang baik di Dengkil.
Setelah melihat lokasi tanah dan berjumpa dengan penjual. Saya berpuas hati dengan semua keadaan dan saya terus membeli tanah lot banglo tersebut.
Jarak tanah ini hanya 10 meter dari jalan utama, berada bersebelahan dengan Presint 20 Putrajaya dan hanya mengambil masa 5 minit sahaja untuk ke pintu masuk Putrajaya.
Tanah lot banglo di Kampung Dato' Ahmad Razali Dengkil Selangor ini hanya seluas 5400 kaki persegi ( 50 lebar X 108 panjang ) berharga RM 200 ribu.
Jika ada rezeki kami sekeluarga, nampaknya dari sinilah bermulanya projek sebenar dalam pembinaan 'Baitul Hana'. InsyaAllah !
Dari Hadapan
Dari Belakang
Dari Kiri
Dari Kanan
Monday, August 05, 2013
PUASA DI MINGGU KEEMPAT - TERAKHIR
Minggu ini adalah minggu terakhir puasa dan semua umat Islam akan mengucapkan selamat tinggal Ramadhan dan selamat datang Syawal. Kini saya sibuk dengan persiapan untuk meninggalkan Ramadhan dan persiapan untuk menyambut Syawal.
Bila usia semakin meningkat, kematangan dan pemikiran sudah banyak berbeza. Bila Ramadhan semakin hari semakin menghampiri penghujungnya, maka hati semakin terasa kesedihan kerana saya tidak pasti adakah tahun depan saya dapat merasainya lagi atau sudah tiada kesempatan lagi.
Di minggu terakhir ini semua umat Islam tidak terkecuali saya sekeluarga sibuk dengan persiapan menyambut syawal. Setiap minggu pasti kami keluar ke pusat membelih belah untuk membeli keperluan hari raya kami sekeluarga.
Walaupun sibuk dengan persiapan menyambut Aidilfitri saya amat bersyukur pada Ilahi kerana Dia masih menjaga saya daripada leka dan lalai. Dengan persiapan yang telah saya dan isteri lakukan lebih awal, maka tidaklah saya di'lagha'kan dengan situasi semasa.
Memang menjadi rutin tahunan saya dan isteri membuat persiapan syawal lebih awal untuk keperluan asas Aidilfitri agar saya boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada amal ibadah di bulan Ramadhan dan tidak terlalu sibuk pada 10 hari terakhir Ramadhan.
Alhamdulillah saya masih lagi dapat beristiqamah dan menambahbaik rutin Ramadhan pada 10 hari yang terakhir yang mana fadhilatnya amat besar bagi setiap hambaNya. Disebabkan kehebatan 10 hari terakhir inilah, maka disediakan cabaran yang amat besar dalam tempoh ini.
Minggu terakhir ini saya tumpukan kepada menambah amalan agar Lailatul Qadar yang dikejar tidak ketinggalan. Saya tidak mengambil peduli sangat bilakah malamnya, apa yang saya amalkan dari dulu ialah perbanyakkan amalan di 10 hari atau malam yang terakhir ini.
Alhamdulillah di minggu terakhir ini saya sekeluarga dapat berkumpul sepenuhnya apabila sekolah bercuti lebih awal dan Hafiy dapat berpuasa bersama keluarga setelah pulang dari asrama. Dapatlah Hafiy bersahur, berbuka dan beribadah bersama keluarga.
Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana saya dapat melalui 10 hari terakhir Ramadhan dengan baik dan masih dapat beristiqamah dengan segala rutin Ramadhan saya setiap tahun. Penutup bagi bulan Ramadhan saya pada tahun ini ialah membawa keluarga berbuka puasa dan beribadah di Masjid 'Besi' Putrajaya sehari di minggu terakhir Ramadhan. ALHAMDULILLAH
RAMADHAN DITANGISI, DISYUKURI, SYAWAL DIRAI PENUH SYAR'I
SELAMAT TINGGAL RAMADHAN, SELAMAT DATANG SYAWAL
Tuesday, July 30, 2013
PUASA DI MINGGU KETIGA
Alhamdulillah puasa telah pun masuk minggu yang keempat iaitu minggu yang terakhir. Minggu untuk 'all out' dalam semua aspek terutama ibadah agar Ramadhan yang datang pada tahun ini tidak berlalu sia-sia.
Bagi minggu yang ketiga, saya amat bersyukur kerana saya dapat melaluinya dengan cara yang lebih baik daripada minggu yang kedua. Segala aspek dapat saya pertingkatkan dari masa ke semasa.
Saya amat bersyukur pada minggu ketiga ini kerana saya kurang sibuk
di pejabat dan keadaan di rumah saya pun agak tersusun dan dalam keadaan
yang baik dalam semua aspek.
Saya juga masih mampu
mengimamkan para jemaah saya berterawih dan alhamdulillah saya rasa saya
berjaya melakukannya dengan lebih baik untuk minggu ketiga ini. Moga saya dapat beristiqamah bagi minggu keempat.
Alhamdulillah saya juga dapat beristiqamah dengan apa yang saya lakukan dan amalkan dan saya dapat membaiki mana yang kurang dan mana yang cacat. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik.
Keadaan yang tidak terlalu sibuk di pejabat dan suasana yang baik di rumah banyak membantu saya memperbaiki amalan dan meningkatkan tumpuan saya pada rutin bulan Ramadhan. Alhamdulillah
Pada minggu ketiga juga dengan keadaan fizikal dan pemikiran yang baik saya dapat melakukan banyak muhasabah diri dan banyak berfikir dalam menentukan hala tuju diri saya dan keluarga tercinta. Alhmdulillah semuanya membawa ke arah yang lebih positif.
Paling istimewa pada
minggu yang ketiga ini ialah apabila hari lahir isteri saya jatuh
pada minggu yang ketiga ini. Alhamdulillah kami dapat menyambutnya
secara sederhana bersesuaian dengan bulan Ramadhan.
Alhamdulillah
saya dapat memberikan dua hadiah istimewa pada isteri tersayang yang
mana saya rasa mungkin hadiah kali ini lebih istimewa daripada
hadiah-hadiah yang lepas-lepas. Alhamdulillah.
InsyaAllah segala amalan rutin Ramadhan akan saya perbaiki dan pertingkatkan lagi pada minggu keempat ini. Minggu ini adalah minggu terakhir dan minggu penentu kepada segala usaha saya untuk mencapai Ramadhan yang terbaik kali ini.
Wednesday, July 24, 2013
PUASA DI MINGGU KEDUA
Di minggu pertama saya melalui Ramadhan dengan penuh harapan agar dosa-dosa yang ada diampunkan oleh Allah swt dengan ujian kesihatan ke atas fizikal saya. Alhamdulillah saya berjaya melaluinya dengan baik.Astaghfirullah hal 'azim
Di minggu kedua saya masih lagi bertugas dan sibuk seperti biasa, namun pada minggu kedua ini fizikal saya telah sihat sepenuhnya. Alhamdulillah saya berjaya memenuhi hari-hari Ramadhan saya dengan lebih baik dan tenang.
Di minggu kedua ini juga saya berjaya menjadi imam terawih di surau kawasan perumahan saya, di mana saya gagal untuk mengimamkan jemaah saya pada minggu yang pertama kerana keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan.
Saya amat berpuas hati dengan apa yang telah saya laksanakan secara istiqamah pada minggu kedua ini, samada semasa di rumah ataupun di tempat kerja. Saya berusaha agar kerja-kerja saya tidak menjadi penghalang kepada rutin ibadah Ramadhan. Alhamdulillah
Minggu kedua Ramadhan bermula dengan keadaan yang kurang baik, namun berjaya saya atasi dengan baik segala masalah yang ada. Saya amat bersyukur pada Yang Maha Esa kerana pada Ramadhan kali ini walau apa pun ujian yang datang saya masih boleh mengamalkan rutin ibadah Ramdhan dengan baik.
Minggu kedua saya bermula dengan mesyuarat di Putrajaya dan 3 hari bermesyuarat di sebuah hotel di Ampang. Penginapan dan makan minum disediakan, namun saya balik ke rumah setiap hari untuk bersama keluarga.
Mesyuarat ini berjalan sehingga ke lewat malam dan saya terpaksa melakukan solat terawih secara sendirian kerana tiada kesempatan untuk berjemaah. Namun saya berpuas hati kerana dalam keadaan yang sangat sibuk ini saya masih berjaya beristiqamah tidak seperti Ramadhan sebelumnya.
Biasanya di tahun-tahun lepas bila saya sibuk sahaja, maka semua rutin ibadah Ramadhan tidak dapat saya lakukan dan semuanya menjadi kelam kabut sehinggakan saya rasa amat sukar untuk menguruskan ibadah-ibadah di bulan yang mulia ini.
Berbekalkan perancangan dan keazaman yang kuat sebelum Ramadhan, maka saya dapat lalui dua minggu pertama Ramadhan dengan baik walaupun keadaan yang saya hadapi agat sukar dan susah untuk fokus kepada rutin ibadah Ramadhan saya. ALHAMDULILLAH !
Wednesday, July 17, 2013
PUASA DI MINGGU PERTAMA
Minggu pertama saya berpuasa bermula dengan kesihatan yang kurang baik. Saya bersyukur kerana Dia SWT ingin menyucikan dosa-dosa hambaNya yang banyak ini sebelum masuk ke bulan Ramadhan. Alhamdulillah.
Walaupun saya lemah dari sudut kekuatan fizikal, namun saya dianugerahkan kekuatan mental olehNya. Berbekalkan iman dan azam yang ada, saya gagahkan diri untuk memulakan rutin ibadah di bulan puasa seperti biasa malah lebih baik daripada puasa di tahun sebelumnya.
Saya meletakkan faktor kesihatan diri di belakang dan saya utamakan faktor bagaimana saya nak mulakan Ramadhan saya pada tahun ini. Alhamdulillah saya bersyukur kerana kesihatan saya yang kurang baik tidak menghalang saya daripada menghambakan diri pada Yang Maha Esa.
Segala amalan fardhu dan amalan sunat dapat saya lakukan dengan baik malah saya rasa saya berjaya pada minggu pertama Ramadhan. Harapan saya agar dapat terus beristiqamah dan menambah baik amalan-amalan ini untuk minggu-minggu seterusnya.
Jika minggu pertama Ramadhan saya mengharapkan keampunanNya, maka di minggu kedua saya mengharapkan rahmahNya seluas-luasnya kepada saya hambaNya yang sangat lemah ini. Ya Rabb!
Disebabkan kekangan kesihatan dan keadaan fizikal yang lemah, maka untuk minggu pertama ini saya hanya mampu menjadi makmum dalam solat isyak dan terawih. Saya berdoa padaNya agar saya mampu untuk menjadi imam di minggu kedua Ramadhan. InsyaAllah.
Di minggu pertama Ramadhan juga saya berdepan dengan banyak kes-kes aduan yang melibatkan sekolah, guru dan murid. Saya diarahkan menyiasat beberapa kes dan diarahkan menghadiri beberapa mesyuarat. Jadual saya padat di minggu pertama Ramadhan. Saya tak banyak berada di pejabat.
Bila berhadapan dengan keadaan kesihatan yang kurang baik dan berhadapan pula dengan banyaknya kes-kes yang perlu disiasat dan tanggungjawab-tanggungjawab rutin di rumah bersama keluarga saya berasa sangat penat.
Tapi disebabkan faktor azam yang kuat sebelum Ramadhan lagi, maka saya masih mampu berdiri di hadapanNya sebagai muslim dan hambaNya yang cuba sebaik mungkin untuk menjadi hamba yang taat kepada penciptaNya. Alhamdulillah.
Kini saya mulakan minggu yang kedua Ramadhan.....Semoga saya dan keluarga tersayang dirahmatiNya...
Monday, July 01, 2013
KURANGKAN DOSA ! BANYAKKAN PAHALA !
Bermula 1 Julai 2013, saya berazam untuk membaiki rutin harian saya kepada satu rutin yang lebih baik yang boleh mengurangkan dosa dan memperbanyakkan pahala.
Sebenarnya rutin harian saya banyak berubah setelah saya bertukar tempat kerja dan bertukar tanggungjawab serta tugasan di KPM pada tahun 2012. Ditambah lagi setelah saya dikurniakan cahaya mata yang ketiga pada tahun yang sama.
Kini keadaan saya semakin stabil dan lebih baik. Dengan itu, bersempena dengan bulan Ramadhan yang hampir tiba, saya nak menyambutnya dengan membuat persediaan awal dengan mengubah rutin harian.
Alhamdulillah di pagi 1 Julai 2013, saya dapat bangun lebih awal untuk bertahajjud dan saya dapat membaca al-Quran di pagi hari dengan memulakan kembali bacaan saya dari Juzu' 1.Satu permulaan yang baik. Alhamdulillah !
Saya juga berazam untuk hidup dengan lebih tenang dan bahagia bersama keluarga tersayang. Banyak yang saya belajar dalam kehidupan di rumah, di tempat kerja dan dalam masyarakat dalam setahun setengah ini.
Saya rasa saya lebih banyak belajar di tempat kerja berbanding dari tempat-tempat lain. Dengan suasana baru, rutin kerja yang baru, tanggungjawab yang baru dan kawan-kawan sekerja yang baru banyak mengubah persepsi hidup saya.
Saya tidak pernah merasakan yang peluang kehidupan yang dianugerahkan oleh Allah SWT ini adalah untuk tempoh yang lama. Jadi, saya berazam untuk tidak mensia-siakan setiap nikmat dan kurniaanNya kepada saya dan keluarga.
Saya akan berusaha untuk menjadikan kehidupan saya dan keluarga setiap hari dipenuhi dengan keimanan, keislaman, motivasi dan penuh dengan kegembiraan.
Saya tidak akan mensia-siakan peluang kehidupan yang dikurniakan oleh Ilahi kepada saya sekeluarga setiap saat dan setiap hari. Saya akan pastikan semuanya berjalan dengan sebaik mungkin setakat yang saya mampu.
Kehidupan yang saya sekeluarga ada sangat bernilai dan tiada harga yang boleh membayar nikmat dari Yang Maha Esa ini. Kenapa saya nak membiarkannya pergi dan berlalu begitu sahaja. Ampunkan aku Ya Rabb !
SEKADAR PERINGATAN, REFLEKSI DAN MOTIVASI KEPADA DIRI SENDIRI !!!
Monday, June 10, 2013
DARI SMAPUTRA KE SMAP LABU
Kalau diikutkan perancangan awal saya, Hafiy hanya akan masuk ke sekolah asrama penuh pada tingkatan 4. Tiada langsung dalam fikiran saya dan isteri untuk menghantarnya ke asrama seawal tingkatan 1.
Setelah keputusan SBP keluar, Hafiy gagal untuk ke asrama. Kami semua tak kisah dengan keputusan tersebut kerana Hafiy memang tak mahu pergi ke asrama dan kami pun memang tidak bercadang untuk menghantarnya ke asrama.
Dibuktikan lagi apabila saya telah membayar semua sekaligus bayaran yang telah ditetapkan oleh pihak SMAPUTRA kerana kami memang nekad bahawa Hafiy tidak akan ke asrama.
Memandangkan pengambilan pertama, kedua dan ketiga pun Hafiy tiada dalam senarai ke SBP. Lagilah kami tidak berfikir apa-apa. Cukuplah Hafiy bersekolah di SMAPUTRA.
Segala-galanya berubah apabila pada awal bulan Mei yang lepas, tiba-tiba kami mendapat sepucuk surat dari KPM yang menawarkan Hafiy ke SMAP Labu.
Apabila saya pulang dari kerja, saya terus membuka surat tersebut dan membaca dengan teliti. Tiba-tiba hati saya sebagai bapa terus berkata 'ya' Hafiy mesti mendaftar di SMAP Labu. Saya terus beritahu kepada isteri yang Hafiy akan ke SMAP Labu.
Isteri saya terkejut dengan keputusan tergesa-gesa dari saya kali ini, ini bukan cara suaminya. Saya seorang yang berhati-hati dalam membuat keputusan. Tapi kali ini saya yakin yang ini adalah keputusan terbaik untuk Hafiy. Itu yang hati saya katakan.
Semua ahli keluarga kami terkejut dengan keputusan ini. Hafiylah yang paling terkejut dalam keputusan ini. Seminggu selepas itu semua menyokong keputusan saya dan mereka menerima dengan cara yang amat positif. Akhirnya Putera Sulung Baitul Hana ke Sekolah Berasrama Penuh SMAP Labu di Negeri Sembilan.
SELAMAT TINGGAL SMAPUTRA
PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT RINGKAS DI SMAP LABU
SELAMAT TINGGAL PUTERAKU, JAGA DIRIMU BAIK-BAIK
Tuesday, May 28, 2013
BAHTERA SARINAHABIB TELAH 14 TAHUN BERLAYAR
Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan buat Ilahi di atas nikmat kurnianNYA yang amat tinggi nilai dan harganya kepada kami sekeluarga. Ya Rabbul Jalil ! Semoga dipanjangkan usia dan jodoh kami dalam barakah dan rahmahMU. Ameen.
Bagi sambutan yang ke 14 tahun ini, kami memilih untuk menyambutnya bersama keluarga di Rumbia Resort Villa, Paka Terengganu. Kami sepakat memilih hidangan 'steamboat' untuk jamuan kali ini.
TERIMA KASIH SAYANG !!!
KERANA MELENGKAPKAN HIDUP ABANG
KERANA MENERIMA DAN MENYAYANGI ABANG
KERANA BERSABAR DENGAN SEMUA KERENAH ABANG
KERANA MELAHIRKAN 3 ORANG ZURIAT UNTUK ABANG
KERANA MENJADI ISTERI YANG SOLEHAH UNTUK ABANG
Subscribe to:
Posts (Atom)