Pelajar-pelajar ku sekalian.
Di ruangan blog ustaz kali ini, ustaz ingin berkongsi beberapa rutin harian ibadah asas yang boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar ustaz di musim cuti sekolah pada tahun 2011 ini.
05.30am : Solat tahajjud 2 rakaat dan witir 1 rakaat
05.45am : Solat sunat subuh dan solat subuh serta bertahlil 100x
06.15am : Membaca Surah Yaasin
06.30am : Aktiviti bebas
08.00am : Solat sunat dhuha 2 rakaat (waktu dhuha lebih kurang 8am – 12pm)
01.00pm : solat zuhur
01.15pm : Aktiviti bebas
07.00pm : Solat maghrib
07.15pm : Solat sunat taubat 2 rakaat dan solat sunat hajat 2 rakaat
07.45pm : Membaca al-Quran 1 muka surat dan membaca bahan bacaan Islam
08.15pm : Solat Isyak
08.30pm : Aktiviti bebas
11.00pm : Beristighfar 100x sebelum tidur
Nota :
Ini adalah rutin ibadah yang minimum. Bagi yang berkemampuan lebih daripada ini boleh ditambah dengan amalan yang lebih banyak dan lebih baik.
Kekuatan sesuatu amalan yang dilakukan ialah ISTIQAMAH (melakukannya setiap hari kecuali berlaku sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan).
Semoga pelajar-pelajar Ustaz Habib berjaya melakukannya dan menjadi insan yang soleh dan solehah.