Friday, October 20, 2006

Tazkirah Ramadhan Minggu 3



Segala puji bg Allah swt, selawat dan salam dipanjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda semuanya.

Syukur pdNYA kerana warga malaysia di Oxford masih lg dpt meneruskan aktiviti ramadhan, seperti biasa sy telah menyampaikan tazkirah sy bg minggu yg ketiga di Common Room Wolfson College Oxford University.

Bg tazkirah kali ini sy telah berpesan kpd jemaah yg ada ttg bbrp perkara yg berkaitan dgn ramadhan dan puasa, antaranya :

1 - Bersedekah ; oleh kerana Amin dan Katrina yg masih bersedih dgn keadaan Amir anak mrk yg masih berada di ICU dgn masaalah komplikasi jantung maka sy telah membuka tabung Amir bg org2 Melayu yg ingin menderma. Alhamdulillah ada yg telah menderma. Bersedekah terutama di bulan Ramadhan ini satu ibadah yg sgt digalakkan oleh Islam, kerana Allah swt menjanjikan ganjaran yg berlipat kali ganda pd sesiapa yg bersedekah dibulan ini, hinggakan ada hadis yg menyebut bahawa sesiapa yg bersedekah wlpn sebiji buah kurma dgn ikhlas Allah swt akan membalasnya dgn ganjaran yg sebesar gunung. Begitulah hebatnya ganjaran drNYA. Oleh itu marilah kita semua menghidupkan budaya bersedekah ini dikalangan masyarakat kita.

2 - Jemputan berbuka puasa ; sy rasa budaya ini semakin positif dikalangan masyarakat malaysia di sini, alhamdulillah sehingga hari ini sy dpt mendengar bbrp individu yg sudi menjemput org berbuka di rumah mrk, wlpn bukan semua yg dijemput, tapi boleh menjemput org berbuka puasa di rumah sekadar yg kita mampu, kerana ganjarannya amat besar sekali. Rasululllah saw pernah bersabda yg bermaksud "sesiapa yg memberi makan kpd seseorg yg berpuasa maka baginya pahalanya sama seperti org yg berpuasa itu", hebatnya ganjaran Allah swt. Kalau kita tdk dpt menjemput org ke rumah, kita juga boleh menghantar makanan ke rumah org yg berpuasa utk mrk berbuka. Hidupkanlah budaya ini yg boleh menguatkan lagi ukhuwwah Islamiyyah dikalangan kita semua.

3 - Zakat fitrah ; sy pernah terdengar yg ada masyarakat malaysia di UK ni mrk membayar zakat dgn meminta ahli keluarga mrk di Malaysia membayar dgn kadar Malaysia di sana. Perbuatan ini tdk sah kerana kita bekerja di UK, makan minum di UK, hidup di UK, semuanya dgn kadar 'pound sterling', jadi bgmn kita boleh membayar zakat dgn ringgit Malaysia. Budaya ini perlu diperbetulkan. Kecuali mrk yg berada di bawah tanggungan ketua keluarga yg bekerja di Malaysia, seperti anak yg masih di bawah tanggungan bapa dan isteri yg suaminya bekerja di Malaysia.

4 - Lailatul qadar ; firman Allah swt yg bermaksud "Malam al-qadar itu lebih baik dari seribu bulan", demikianlah besarnya ganjaran Allah swt bagi sesiapa yg beribadah pd malam al-qadar. Oleh itu kita sangat digalakkan utk beribadah pd setiap malam di bulan ramadhan dan insyaAllah kita akan beroleh rahmat Allah Taala yg maha hebat itu.

Demikianlah antara perkara yg telah sy sampaikan semasa majlis solat tarawih pd hari sabtu lepas, semoga segala peringatan2 ini dapat dimanfaatkan oleh setiap muslim yg bercita2 untuk mendapatkan keredhaanNYA disaat2 terakhir ramadhan pada tahun ini.

Wallahu a'lam