Tuesday, October 10, 2006

Tazkirah Ramadhan Minggu 2

"BERAPA RAMAI ORANG YANG BERPUASA TETAPI TIDAK MENDAPAT APA2 MELAINKAN LAPAR DAN DAHAGA SAHAJA". (HADIS)

Sabtu lepas seperti biasa org2 Malaysia berkumpul utk bersolat tarawih utk minggu kedua ramadhan dan sy telah menyampaikan tazkirah kedua ramadhan yg bertajuk :

Syarat-syarat puasa batin :

1- Menahan pandangan mata dari segala yg tercela dan dibenci Allah atau sesuatu yg menyebabkan kita lalai hati dan lupa kpd Allah swt.

2- Menjaga lidah dari perkara yg tdk bermanfaat, berdusta, mengumpat, permusuhan dll.

3- Menahan pendengaran dari mendengar segala yg dibenci, kerana segala yg haram diucapkan maka haram didengar.

4- Menahan anggota badan yg lain2 dari melakukan segala perbuatan dosa, baik tangan atau kaki dari segala yg dibenci atau maksiat.

5- Menjaga perut dari makan terlalu byk di waktu berbuka, sekalipun makanan itu halal, jgnlah kita makan hingga padat perut, seolah2 menggantikan apa yg kita tdk dpt makan semasa berpuasa. Ini kerana perbuatan itu bercanggah dari hikmah berpuasa yg bertujuan utk mengosongkan perut, mematahkan syahwat agar jiwa kita lebih bertaqwa kpdNYA. Kita juga hendaklah menjaga perut dari makan makanan yg haram dan syubhat atau dari sumber yg haram dan syubhat.

6- Hendaklah setelah berbuka, hati masih berharap yakni antara ketakutan kpd Allah swt dan harapan penuh agar diterima puasa dan segala amalan kita seharian. Kerana kita tdk tahu samaada puasa kita dan segala amalan yg kita lakukan seharian diterima olehNYA atau tdk.

Demikianlah syarat2 puasa dari sudut batin yg perlu kita jaga utk memastikan puasa dan amalan2 kita berkualiti dan sempurna serta diterima oleh Allah Taala. Semoga kita semua termasuk dlm golongan hamba2NYA yg soleh yg diterima puasanya, bukannya hamba yg berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga shj.

Sekian