Pd hari sabtu minggu lepas warga Malaysia Muslim telah berjaya mengadakan solat sunat tarawih secara berjemaah di Common Room, Summertown House, Oxford. Seramai 20 org lebih yg hadir utk menunaikan solat tarawih kali ini. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan berjaya dilaksanakan sebanyak 11 raka'at termasuk witir serta tazkirah ringkas dari sy berkenaan ramadhan.
Berikut ialah ringkasan tazkirah sy pd malam tersebut.
Tajuk : Kewajipan2 puasa yang zahir
01 - Memastikan datangnya permulaan Ramadhan dilaksanakan dgn cara rukyah (melihat anak bulan) dan sekiranya anak bulan tdk kelihatan maka hendaklah disempurnakan 30 hari bulan Sya'ban. Bagi sesiapa yg melihat anak bulan, wlpn kerajaan mengisytiharkan anak bulan tdk kelihatan, maka bagi dirinya wajib berpuasa. Begitu juga kpd org yg yg mendengar drpd org yg adil bahawa dia telah melihat anak bulan dan dia mempercayainya dan benar mengikut sangkaannya, maka baginya wajib berpuasa.
02 - Niat, ini wajib dilakukan setiap malam di dalam bulan Ramadhan. Niat tersebut wajiblah ditentukan dgn pasti.
03 - Menahan diri dari memasukkan sesuatu benda ke dlm rongga badan dgn sengaja dan dia sedar bahawa dia berpuasa, maka puasa itu terbatal. Tetapi puasa tdk terbatal kerana suntikan, pembedahan urat, bercelak, bersugi, membersihkan telinga dan lubang kemaluan. Puasa juga tdk terbatal kerana masuknya debu jln ke dlm mulut secara tdk sengaja atau termasuk lalat ke dlm mulut dgn tdk sengaja. Begitu juga tdk batal puasa jika kita berkumur2, kecuali kita masukkan air secara sengaja ke dlm mulut semasa berkumur2 dan makruh sekiranya kita berkumur2 secara berlebih2an.
04 - Menahan diri dari bersetubuh sepanjang waktu berpuasa. Tetapi sekiranya berlaku kerana lupa ia tdk membatalkan puasa. Jika bersetubuh di malam hari atau bermimpi sehingga keluar air mani dan ketika bangun pd waktu pagi masih dlm keadaan berjunub maka tdk terbatal puasanya.
05 - Menahan diri dari istimna' (sengaja mengeluarkan air mani) baik secara bersetubuh atau selainnya. Tetapi tdk batal puasa sekiranya seseorg itu bercium, tidur atau bergurau senda dgn isterinya, selagi tdk terkeluar air mani, tetapi perbuatan2 tersebut adalah makruh.
06 - Menahan diri dari muntah. Kalau berlaku dgn sengaja maka batallah puasanya. Sekiranya berlaku muntah kerana sesuatu sebab maka tdk terbatal puasanya. Begitu juga seseorg yg menelan kahak dari kerongkongnya atau dari dadanya, maka tdk batal puasanya, tetapi kalau telah sampai ke mulutnya maka batal puasanya sekiranya ditelan kahak tersebut.
Demikianlah secara ringkas kewajipan2 berpuasa yg zahir. Diharap kita semua akan berhati2 dlm perkara2 di atas, kerana enam perkara tersebut yg memastikan samada puasa kita sah atau batal.
Sebarang perkongsian ilmu sangat dialu2kan. Yg baik itu drNYA yg tdk baik sy mohon ampun dariNYA. Sekian.