Sunday, November 12, 2006

Majlis Berbuka Puasa, Tarawih & Tazkirah Akhir

Kali ni lambat sikit sy buat entry baru, maklumlah sibuk beraya. Kali ni sy hanya nak abadikan kenangan di Majlis Berbuka Puasa dan tarawih yg telah diadakan di Buttery Hall di Wolfson Collage Oxford University.
Seingat sy hanya dua perkara yg sy tazkirahkan selepas solat tarawih yg terakhir, antaranya berkenaan zakat fitrah yg diwajibkan ke atas setiap individu muslim yg masih hidup sebelum solat Hari Raya Eidilfitri dan juga berkenaan dgn puasa sunat enam hari di Bulan Syawal. Puasa sunat ini sgt digalakkan di dlm Islam sebagaimana sabda Baginda Rasulullah saw yg bermaksud, "Sesiapa yg berpuasa sebulan di Bulan Ramadhan dan diikuti dgn enam hari di Bulan Syawal seolah2 dia berpuasa sepanjang tahun". (Hadis)

Kpd semua pembaca muslim marilah sama2 kita menjadikan ibadah puasa sunat enam Syawal sebagai budaya kita yg tdk akan kita tinggalkan selagi hayat dikandung badan. InsyaAllah.