Kali ini saya nak berkongsi dengan pembaca tentang telefon bimbit terbaru saya. Hahaha !
Saya bukanlah seorang yang akan berbelanja besar untuk telefon bimbit. Bajet saya untuk telefon hanya RM 1000.00 ke bawah sahaja.
Namun saya seorang yang kerap bertukar telefon. Biasanya setahun sekali saya akan 'trade in' telefon lama dan membeli telefon baru yang kosnya serendah RM 1000.00 ke bawah sahaja.
Disebabkan tabiat saya yang tidak setia dengan telefon, maka saya merendahkan bajet saya untuk setiap telefon yang akan saya miliki.
Setakat hari ini, mereka yang membeli telefon lama saya pasti beruntung kerana biasanya telefon yang saya jual masih dalam keadaan baik 'like new' walaupun telah digunakan selama setahun.
SAMSUNG GALAXY TAB 2 7" (RM 1299.00)
Pada bulan januari 2013 saya telah membeli Samsung Galaxy Tab 2 7" dengan harga pada waktu itu ialah RM 1299.00. Setelah saya 'trade in' telefon bimbit lama saya, saya kena tambah duit sebanyak RM 940.00 untuk mendapat Tab 2 7" yang lengkap dengan 'screen protector' dan 'book case'.
SAMSUNG YANG TERMURAH DI PASARAN (RM 60.00)
Pada bulan mei 2013 pula, saya telah membeli Samsung yang termurah di pasaran hanya dengan harga RM 60.00 sahaja.
Kini saya menggunakan dua telefon bimbit. Tab saya khususkan untuk penggunaan internet, al-Quran, 'game' dan buku catatan saya untuk setiap mesyuarat yang saya hadiri.
Manakala yang lagi satu, saya hanya gunakan untuk membuat dan menjawab panggilan, urusan penghantaran dan penerimaan mesej dan 'alarm clock'. Hahaha !
RM 940.00 + RM 60.00 = RM 1000.00 MURAHKAN !!!