Tuesday, August 07, 2012

KEHEBATAN DOA

TIADA SATU PUN KUASA DIDUNIA INI YANG DAPAT MENGATASI KEKUASAAN ALLAH SWT

Tips doa
  • Saya sangat yakin dengan setiap doa yang saya panjatkan kepada Yang Maha Esa
  • Saya tidak pernah berputus asa atau kecewa dalam setiap doa yang saya panjatkan
  • Saya sentiasa berfikiran positif dalam setiap doa yang saya mohon ke hadrat Ilahi
  • Saya tidak pernah berdoa keburukan atau kecelakaan kepada mereka yang tidak suka pada saya
  • Saya sentiasa memohon hidayah dan kebaikan kepada mereka yang berfikiran negatif tentang saya
  • Apabila berdoa saya akan perincikan secara khusus setiap permintaan saya
  • Apabila saya senaraikan semua permintaan saya, saya akan berdoa secara istiqamah
  • Apabila saya hendak berdoa saya akan mulakan dengan solat taubat dan istighfar
  • Apabila memohon sesuatu saya pastikan saya mohon dengan bersungguh-sungguh
  • Apabila saya berdoa saya akan minta perkara yang boleh dicapai dan realistik
                                                              Cerita 4 doa saya


1- Apabila saya mohon berpindah ke Putrajaya pada tahun 2009 permohonan saya dalam talian GAGAL. 'Kawan' saya di PPWPP pun tidak dapat membantu saya dalam soal ini kerana tiada kekosongan guru agama di Putrajaya katanya. Namun apabila saya menghubungi ‘Big Boss’ untuk mengucapkan terima kasih atas kerjasama beliau dan memberitahu beliau yang rezeki saya tiada di Putrajaya, beliau hanya meminta saya banyakkan berdoa. Saya pun panjatkan doa tanpa henti dan akhirnya saya berjaya!

2- Pada tahun 2010 saya merancang untuk menunaikan haji secepat mungkin dalam usia yang muda dan sebelum mendapat anak ketiga. Sebab kalau ditaqdirkan saya dapat anak maka akan tertangguhlah haji saya. Saya pun menghubungi Tabung Haji dan mereka telah memberitahu bahawa nama saya paling cepat pun akan dipanggil pada tahun 2012. Saya pun berdoa tanpa henti untuk pergi juga pada tahun 2010. Akhirnya saya berjaya!
3- Apabila saya ditawarkan tempat bertugas yang baru pada akhir tahun 2011, banyak halangan yang saya perlu tempuhi dan halangan-halangan ini merupakan halangan yang terbesar yang pernah saya lalui dalam kerjaya saya. Saya yang merupakan `budak mentah` dalam dunia pendidikan yang besar ini hanya mampu berdoa dan bermunajat untuk mengatasi semua halangan yang besar ini kerana tiada sesiapa yang saya boleh minta bantuan dalam soal ini dan tiada usaha yang mampu saya lakukan kerana saya terlalu 'kerdil'. Maka yang ada hanyalah DIA Yang Maha Berkuasa. Akhirnya saya berjaya!

4- Saya istiqamah berdoa untuk mendapatkan anak ketiga. Maklumlah sudah 8 tahun kami tiada ‘baby’ dan usia pun dah makin meningkat. Akhirnya saya berjaya!

#Kini saya fokuskan doa kepada putera saya Hafiy Syafiqy untuk UPSRnya.

Jangan berputus asa dalam berdoa. Teruskan berdoa secara istiqamah. InsyaAllah doa-doa yang baik yang kita panjatkan kepada Yang Maha Berkuasa akan didengari dan dimakbulkanNya.