Monday, July 30, 2012

10 RAMADHAN 1433H


 Imam dah siap untuk ke surau ;)

Hari ini genaplah 10 Ramadhan. Saya menghadapi Ramadhan kali ini dalam kepenatan. Maklumlah dah 8 tahun saya tiada baby dan ditambah lagi dengan tanggungjawab baru saya di KPM.

Tapi kami sekeluarga dapat menguruskannya dengan baik dan gembira dengan situasi ini. Lagipun Haadin Solihin tak banyak ragamnya. Dia seorang baby yang baik.

Cuma bila keadaan tidur yang tidak mencukupi, ditambah dengan bangun awal untuk bersahur dan pengurusan rumahtangga. Membuatkan saya kehabisan tenaga untuk menghadapi perkara-perkara lain.

Kini saya banyak menguruskan hal ehwal rumahtangga membantu isteri tersayang yang banyak menghabiskan masa dengan pengurusan baby Haadin.

Sebaik pulang dari pejabat saya terus membuat persiapan untuk berbuka dan mengemas selepas berbuka puasa serta solat maghrib bersama keluarga.

Apabila ke surau untuk mengimamkan solat terawih saya dah tak larat untuk imamkan 20 rakaat, namun setakat ini saya gagahkan juga bila saya rasa saya masih bertenaga untuk ke surau.

Jika tak larat saya akan ke masjid untuk solat 8 rakaat sahaja sebagai makmum. Harap semua jemaah surau saya faham dengan kekangan ini.

Apabila balik dari surau atau masjid, saya akan menguruskan urusan di rumah yang belum selesai untuk malam itu sebelum saya tidur. Alhamdulillah semuanya dapat diuruskan dengan baik ;)

 Walaupun penat, imam tetap tersenyum sebelum keluar rumah :)