Wednesday, August 15, 2012

NAK RAYA DAH.....


Raya tahun ini saya sekeluarga menyambutnya seperti tahun-tahun lepas. Cuma yang berbezanya pada tahun ini ialah kami beraya berlima dengan kehadiran putera kami yang soleh Haadin Solihin yang telah berumur 4 bulan lebih.


Keseronokan raya lebih terasa dengan penampilan raya yang pertama 'Mitsubishi Pajero Sport GL' saya yang telah berumur 5 bulan lebih. Jadi tahun ini kami beraya dengan anak dan kereta baru :)


Tema pakaian raya kami pada tahun ini ialah biru laut dan semuanya telah siap dijahit dan dibeli sebelum puasa lagi agar kami boleh fokus kepada ibadah di bulan Ramadhan.

JADUAL HARI RAYA BAITUL HANA

Percutian raya kami akan bermula pada hari sabtu ini sehingga hari khamis minggu depan. Pada hari sabtu kami akan bertolak pulang ke Terengganu pada jam 4 pagi dan insyaAllah akan bersahur dalam perjalanan.

Raya pertama kami akan berada di Terengganu (rumah mertua saya) sehingga selesai solat raya dan dijangka bertolak ke Kelantan pada jam 10 pagi raya pertama.

Destinasi pertama kami di Kelantan ialah rumah nenek saya di Pasir Mas. Di sana dapatlah saya menziarahi pusara arwah ibu dan abang saya serta dapatlah kami beraya dengan nenek dan sedara mara terdekat sebelah arwah ibu saya.

Selesai beraya seharian di Pasir Mas, malamnya saya sekeluarga akan menginap di Hotel New Pacific Kota Bharu, kami akan menginap di sini selama 3 hari 2 malam sahaja.

Raya kedua kami akan menziarahi pusara arwah abah saya di Simpang Tiga Pengkalan Chepa Kota Bharu dan selepas itu kami akan beraya dengan adik beradik saya yang tinggal di sana serta menziarahi sedara mara sebelah arwah abah.

Raya ketiga kami akan keluar dari hotel dan kami akan menziarahi beberapa orang kawan rapat di Kelantan jika diberi kesempatan olehNya. Petangnya kami akan bertolak balik ke Terengganu.

Raya keempat mertua saya akan mengadakan kenduri raya dan kesyukuran, dapatlah kami beraya dengan jiran-jiran mertua saya dan beberapa individu yang mengenali saya.

Raya kelima insyaAllah jika tiada aral melintang kami akan bertolak balik ke Selangor.

RAYA KEENAM SAYA AKAN KEMBALI BERTUGAS DI BPSH MENGURUSKAN KES-KES MURID DI MALAYSIA YANG TERLIBAT DENGAN TRAGEDI DI HARI RAYA :(