Friday, December 28, 2012

SETAHUN SEBELUM 40 TAHUN

JANUARI 2012
Perkhidmatan saya di SMKPP 9(2) bermula di gred DG 44

FEBRUARI 2012
Mula berkhidmat sebagai Penolong Pengarah di Unit Adudisiplin, Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin, BPSH, KPM

MAC 2012
Kereta baru Mitsubishi Pajero Sport

APRIL
Kelahiran Haadin Solihin melengkapkan keluarga Baitul Hana

MEI - OGOS
Banyak menimba pengalaman besar dan penting di KPM, juga mewakili KPM sebagai ahli Jawatankuasa Rayuan Filem (JKRF) di KDN

SEPTEMBER 2012
Motor baru Demak aka Honda C70

OKTOBER 2012
Telefon bimbit baru Sony Experia

NOVEMBER 2012
Hafiy Syafiqy mendapat 5A UPSR

DISEMBER 2012
Menambahbaik rumah Baitul Hana

Thursday, December 27, 2012

HAFIY SYAFIQY HABIBULLAH - 5A UPSR 2012

Satu lagi kejayaan yang lahir dari BAITUL HANA

Persiapan akhir di hari terakhir UPSR 2012 sebelum memasuki dewan peperiksaan

 Tahniah daripada Guru Besar Cemerlang SKPP 9(2)

Kenangan bersama kawan-kawan yang mendapat 5A 

 Kebanggaan Papa dan keluarga

Papa hadiahkan Samsung Galaxy Y Young
(Telefon bimbit pertama Hafiy Syafiqy)

TAHNIAH !!!
INSYA ALLAH HAFIY AKAN MENERUSKAN PERJUANGANNYA
DI SMKA PUTRAJAYA (SMAPUTRA)

Sunday, December 09, 2012

HAADIN SOLIHIN HABIBULLAH

Koleksi gambar-gambar Haadin hasil kerja Kak Hannan.....comel tak ? Sila abaikan ejaan dan tatabahasa......enjoy the photos......haha




















Abang Hafiy turut membantu dan mengacau......haha

Wednesday, November 14, 2012

SPM 2012

  • SPM 2012 - Saya menghadapinya dengan suasana dan cara yang sangat berbeza.
  • Biasanya saya akan bersama dengan semua pelajar terbaik saya sepanjang tahun di sekolah sehinggalah mereka tamat peperiksaan.
  • Saya akan berdepan dengan setiap cabaran yang mereka hadapi dalam kehidupan mereka sebagai seorang pelajar SPM.
  • Mereka akan datang pada saya sepanjang masa di sekolah jika mereka ada sesuatu yang positif atau negatif yang ingin mereka kongsikan.
  • Mereka akan ketawa dan menangis bersama dengan saya sepanjang perjuangan mereka mengharungi SPM.
  • Saya akan cuba menjadi yang terbaik untuk mereka setiap hari sepanjang tahun SPM sehinggalah mereka berjaya dengan cemerlang.
  • Sehingga hari ini semua pelajar terbaik saya yang setia bersama saya berjaya dalam perjuangan mereka.
  • SPM 2012 amat berbeza kerana saya hanya bersama mereka sebulan sahaja di sekolah.
  • Setelah saya berpindah ke KPM mereka masih dan tetap setia bersama saya tetapi tidak di tempat yang sama.
  • Secara luarannya saya mohon mereka lupakan saya bagi mengelakkan sebarang kontroversi dan saya juga tidak bercerita mengenai mereka.
  • Sepanjang perjuangan SPM mereka, mereka terpaksa menghubungi saya dengan pelbagai cara. Akhirnya ada yang berjaya 'mengejar' saya namun ada yang gagal.
  • Bagi yang berjaya, mereka masih istiqamah dengan apa yang saya ajar. Bagi yang gagal hanya doa dan restu saya semoga mereka bijak mengatur kejayaan masing-masing.
  • Setakat hari ini masih ada yang berubah ke arah kebaikan dan mengikuti setiap tunjuk ajar dan ilmu yang saya bekalkan. Alhamdulillah.
  • Kini SPM 2012 telah bermula dan berbaki 2 minggu lagi. 
  • Doa dan harapan saya amat tinggi pada mereka semua agar mereka mendapat kehidupan yang lebih baik selepas ini.
  • Jika SPM 2011 pelajar terbaik saya diketuai oleh Muhammad Faridzwan kini SPM 2012 mereka diketuai oleh Umar Farouq.
  • SEMUA PELAJAR TERBAIK SAYA BAGI TAHUN SPM 2012 - ANDA SEMUA ADALAH PELAJAR TERAKHIR SAYA !!! SEMOGA BERJAYA !!!

Saturday, October 27, 2012

KEMBALI KE ZAMAN RETRO / 70 AN


 
SELAMAT TINGGAL MODENAS SKUTER ELEGAN
OKTOBER 2008 - SEPTEMBER 2012


 SELAMAT DATANG KAPCAI / DEMAK DX90
1 OKTOBER 2012 - KINI


AIDILADHA BERSAMA KAPCAI BARU :)

Monday, September 24, 2012

USTAZ, TUAN HAJI, ENCIK DAN HABIB

Masyarakat, jemaah surau, rakan sekerja dan kawan kini keliru dengan gelaran atau panggilan untuk saya. Saya sebenarnya tak kisah mana satu panggilan yang mereka hendak pilih dan gunakan bila berkomunikasi dengan saya.

Mungkin bagi ramai masyarakat mereka menganggap panggilan Ustaz adalah panggilan yang terbaik untuk saya kerana saya seorang yang berpendidikan agama. Namun anggapan itu tidak bagi saya.

Kerana saya merasakan panggilan Ustaz ini terlalu istimewa dan terlalu tinggi untuk insan seperti saya. Saya bukanlah seorang yang hebat dalam bidang agama.

Saya hanya guru agama bagi beberapa buah sekolah menengah yang saya pernah bertugas dan hanya terlibat dengan program keagamaan di peringkat rendah sahaja.

Namun saya selesa jika yang memanggil saya Ustaz ialah mereka yang pernah belajar dengan saya samaada di sekolah ataupun di surau.

Namun di kalangan rakan sekerja saya lebih selesa di panggil Haji daripada Ustaz kerana saya tak rasa yang saya layak untuk dipanggil Ustaz. lagipun saya kini bertugas di Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin BPSH bukanya di BPI.

Dalam majlis rasmi atau dalam urusan rasmi saya mohon mereka yang menggunakan khidmat saya tidak menggunakan Ustaz tapi menggunakan Haji, rasanya lebih molek digunakan Haji kerana saya sudah tidak mengajar agama dan gelaran Ustaz itu terlalu tinggi untuk orang sekerdil saya.

Bagi mereka yang tidak mengenali saya bolehlah menggunakan Encik bila berurusan dengan saya. Untuk rakan-rakan terutama rakan yang lebih senior saya tak kisah jika mereka hanya memanggil saya Habib, Bib atau Bi sahaja.

Akhirnya, setelah 8 bulan saya meninggalkan tugasan ustaz yang mengajar agama di sekolah, saya dah tak kisah apa yang mereka di sekeliling saya nak panggil. Panggillah dengan panggilan yang anda suka dan yang anda selesa :)

Friday, August 24, 2012

RAYA 2012 - EPISOD FINALE

PAPA & MAMA :)
Dalam rumah Tok Bah dan Tok Mak 

Di luar pula ;) 

Bersama 'isteri kedua' Pajero Sport, hahaha ;)

Kenangan di Lobi Hotel New Pacific :)

 
Hadapan hotel :)

Dah bersedia nak balik, sempat lagi ;)

RAYA 2012 - EPISOD 2

Kenangan raya Baitul Hana:)

Keluarga HS :)

Kak Ngah & Baby Haadin :)

Hannan Sofea, amboiiii ;)

Di Lobi Hotel New Pacific (Penginapan raya keluarga HS) 

Abang Long dukung Baby Haadin, menunggu Papa 'Check Out' :)

Kak Ngah pun nak dukung juga ;)

Tak sabar nak balik, berlari keluar menuju ke kereta Papa :)

Kak Ngah ambil gambar kasut rayanya, sempat je, ish ! ish ! ;)

Walaupun sibuk beraya Kak Ngah tak tinggal solat jamak dan qasar, solehah la tu ;)

RAYA 2012 - EPISOD 1

Persiapan untuk bergambar kenangan raya 2012 di rumah mertua

 Papa sedang memberi arahan

 Anak-anak nak ambil gambar atas tangga

 Tok Bah sedang menyusun cucu-cucu

 Tok Mak turut membantu

Inilah hasilnya (Pak Teh dan Mak Teh belum sampai) 

Persiapan bergambar kedua apabila semua dah ada 

Alhamdulillah dah cukup semua ahli keluarga Tok Bah dan Tok Mak 

Kenangan Tok Bah dan Tok mak bersama cucu-cucu 

Kenangan Acu dengan anak-anak saudara 

Pak Long dan Mak Long sekeluarga

Wednesday, August 15, 2012

NAK RAYA DAH.....


Raya tahun ini saya sekeluarga menyambutnya seperti tahun-tahun lepas. Cuma yang berbezanya pada tahun ini ialah kami beraya berlima dengan kehadiran putera kami yang soleh Haadin Solihin yang telah berumur 4 bulan lebih.


Keseronokan raya lebih terasa dengan penampilan raya yang pertama 'Mitsubishi Pajero Sport GL' saya yang telah berumur 5 bulan lebih. Jadi tahun ini kami beraya dengan anak dan kereta baru :)


Tema pakaian raya kami pada tahun ini ialah biru laut dan semuanya telah siap dijahit dan dibeli sebelum puasa lagi agar kami boleh fokus kepada ibadah di bulan Ramadhan.

JADUAL HARI RAYA BAITUL HANA

Percutian raya kami akan bermula pada hari sabtu ini sehingga hari khamis minggu depan. Pada hari sabtu kami akan bertolak pulang ke Terengganu pada jam 4 pagi dan insyaAllah akan bersahur dalam perjalanan.

Raya pertama kami akan berada di Terengganu (rumah mertua saya) sehingga selesai solat raya dan dijangka bertolak ke Kelantan pada jam 10 pagi raya pertama.

Destinasi pertama kami di Kelantan ialah rumah nenek saya di Pasir Mas. Di sana dapatlah saya menziarahi pusara arwah ibu dan abang saya serta dapatlah kami beraya dengan nenek dan sedara mara terdekat sebelah arwah ibu saya.

Selesai beraya seharian di Pasir Mas, malamnya saya sekeluarga akan menginap di Hotel New Pacific Kota Bharu, kami akan menginap di sini selama 3 hari 2 malam sahaja.

Raya kedua kami akan menziarahi pusara arwah abah saya di Simpang Tiga Pengkalan Chepa Kota Bharu dan selepas itu kami akan beraya dengan adik beradik saya yang tinggal di sana serta menziarahi sedara mara sebelah arwah abah.

Raya ketiga kami akan keluar dari hotel dan kami akan menziarahi beberapa orang kawan rapat di Kelantan jika diberi kesempatan olehNya. Petangnya kami akan bertolak balik ke Terengganu.

Raya keempat mertua saya akan mengadakan kenduri raya dan kesyukuran, dapatlah kami beraya dengan jiran-jiran mertua saya dan beberapa individu yang mengenali saya.

Raya kelima insyaAllah jika tiada aral melintang kami akan bertolak balik ke Selangor.

RAYA KEENAM SAYA AKAN KEMBALI BERTUGAS DI BPSH MENGURUSKAN KES-KES MURID DI MALAYSIA YANG TERLIBAT DENGAN TRAGEDI DI HARI RAYA :(  

Monday, August 13, 2012

UNIT ADUAN DISIPLIN KPM

BILIK GERAKAN MENANGANI GEJALA DISIPLIN MURID KPM
(Di sini saya dibantu oleh Cik Aisyah)
RUANG MENYEMAK ISU DISIPLIN SETIAP HARI DI MEDIA DAN DICATAT DI PAPAN PUTIH DI BELAKANG
  SETIAP ISU DISIPLIN AKAN DIKEMASKINI DI KOMPUTER

RUANG PERIBADI SAYA UNTUK BEROPERASI

BILIK ADUAN DISIPLIN
MENERIMA DAN MENGURUS SEMUA ADUAN YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN DI SELURUH MALAYSIA
(Di sini saya dibantu oleh Pn. Zaleha)