skip to main |
skip to sidebar
SPM 2012
- SPM 2012 - Saya menghadapinya dengan suasana dan cara yang sangat berbeza.
- Biasanya saya akan bersama dengan semua pelajar terbaik saya sepanjang tahun di sekolah sehinggalah mereka tamat peperiksaan.
- Saya akan berdepan dengan setiap cabaran yang mereka hadapi dalam kehidupan mereka sebagai seorang pelajar SPM.
- Mereka akan datang pada saya sepanjang masa di sekolah jika mereka ada sesuatu yang positif atau negatif yang ingin mereka kongsikan.
- Mereka akan ketawa dan menangis bersama dengan saya sepanjang perjuangan mereka mengharungi SPM.
- Saya akan cuba menjadi yang terbaik untuk mereka setiap hari sepanjang tahun SPM sehinggalah mereka berjaya dengan cemerlang.
- Sehingga hari ini semua pelajar terbaik saya yang setia bersama saya berjaya dalam perjuangan mereka.
- SPM 2012 amat berbeza kerana saya hanya bersama mereka sebulan sahaja di sekolah.
- Setelah saya berpindah ke KPM mereka masih dan tetap setia bersama saya tetapi tidak di tempat yang sama.
- Secara luarannya saya mohon mereka lupakan saya bagi mengelakkan sebarang kontroversi dan saya juga tidak bercerita mengenai mereka.
- Sepanjang perjuangan SPM mereka, mereka terpaksa menghubungi saya dengan pelbagai cara. Akhirnya ada yang berjaya 'mengejar' saya namun ada yang gagal.
- Bagi yang berjaya, mereka masih istiqamah dengan apa yang saya ajar. Bagi yang gagal hanya doa dan restu saya semoga mereka bijak mengatur kejayaan masing-masing.
- Setakat hari ini masih ada yang berubah ke arah kebaikan dan mengikuti setiap tunjuk ajar dan ilmu yang saya bekalkan. Alhamdulillah.
- Kini SPM 2012 telah bermula dan berbaki 2 minggu lagi.
- Doa dan harapan saya amat tinggi pada mereka semua agar mereka mendapat kehidupan yang lebih baik selepas ini.
- Jika SPM 2011 pelajar terbaik saya diketuai oleh Muhammad Faridzwan kini SPM 2012 mereka diketuai oleh Umar Farouq.
- SEMUA PELAJAR TERBAIK SAYA BAGI TAHUN SPM 2012 - ANDA SEMUA ADALAH PELAJAR TERAKHIR SAYA !!! SEMOGA BERJAYA !!!