Hampir sebulan Ramadhan berlalu dan tinggal sehari dua shj lagi masa utk berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal akan tamat. Sy sekeluarga alhamdulillah berjaya melakukan rutin tahunan kami seperti thn2 lps.
Berpuasa dan berhari raya di Oxford thn ini sy rasa lebih 'cool' dan sederhana, alhamdulillah dgn izinNYA semua perjalananan amal ibadah dari bulan Ramadhan sehingga berakhirnya Syawal berlalu dgn penuh pengisian ibadah2 yg tentunya dijanjikan ganjaran yg besar drNYA. Semoga Eidiladha yg akan dtg Disember ini dpt disambut dgn suasana yg penuh keinsafan dan keberkatan. InsyaAllah.
Thn ini merupakan thn kedua sy sekeluarga menyambut puasa Ramadhan dan Hari Raya Eidilfitri di perantauan, alhamdulillah. Jadi dikesempatan ini sy ingin mengabadikan kenangan2 kami berhari raya di Oxford UK dan dengarlah ucapan hari raya dari kami sekeluarga dan takbir raya dari sy dan warga M'sia di Oxford.
SELAMAT HARI RAYA EIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.