Tuesday, August 15, 2006

Nora Oh Nora! ( Episod 2 )

Bila Nora terus pergi dgn jawapan "tengoklah", sy rasa sedikit kecewa dan terdetik satu persoalan dlm hati sy, "dia ni nak pakai ke tak?". Sabar jelah.

Biasanya bila sy dah mulakan langkah pertama utk mendekati pelajar baru yg sy rasa perlu pertolongan, sy tdk akan berdiam diri lg, sy terus plan strategi seterusnya. Kerana pelajar begini kalau dibiarkan lama lg susah nak dibantu, selagi dia belum jumpa group yg sealiran dgnya atau membuka group baru yg boleh support aktiviti2 dia, selagi itulah peluang sy lebih cerah utk takle dia.

Selalunya pelajar yg ditegur oleh sy akan masuk ke kelas dan bercerita dgn kawan2 sekelas. Ini merupakan perkara atau topik pertama mrk. Pelajar lain juga akan sibuk bertanya apa yg dibualkan dgn Us Habib. Pelajar akan memasang mata dan telinga mrk pd seseorg atau sesuatu perkara yg sy minat. Inilah kelebihan sy, jadi sy tak perlu pasang spy. Pelajar selalu hairan kenapa setiap perkara yg berlaku di sekolah sy akan tahu. Mrk selalu cuba mengesan spy sy, mmg tak jumpa sbb sy mmg takde spy. Bg sy semua pelajar adalah spy sy, begitulah senangnya sy bekerja dan mendapat maklumat apabila sy mendapat sokongan dari semua pelajar. Mrk tahu apa yg sy ingin tahu dan mrk akan bgtau tanpa perlu bertanya.

Bg pelajar baru seperti Nora dia belum kenal siapa sy, jadi dia terus memberi komentarnya ttg sy, katanya "apalah cikgu tu, menyibuk je, ikut aku lah nak pakai tudung ke tdk", pelajar lain semua buat tak tahu je, takde yg menyokong Nora. Macam2 dia membebel dlm kelas, protes kat sy la tu. Pelajar lain cuma memerhatikan gelagat Nora. Di kala itu ada 2 org pelajar, Siti dan Anis menghampiri Nora. Mrk pun bertanya Nora "apasal lak kau membebel je ni", Nora terus memberitahu "ada sorang cikgu tu nyibuk betul" Siti bertanya lg, "yg mana satu?" Nora menjawab " alah cikgu lelaki yg berdiri kat depan perhimpunan cam bagus je tu" Anis mencelah " yg macho tu ke?" Nora menjawab "ye la sapa lg, menyampah aku tgk, berlagak je". Siti dan Anis pelajar lama kat sekolah tu. Siti bertanya Nora "apa yg cikgu tu buat kat engkau?" Nora menjawab "kau tau, ada ke dia suruh aku pakai tudung esok, aku mana pernah pakai tudung kat sekolah lama dulu".

Siti dan Anis apabila mendengar cerita Nora terus tergelak sakan. Nora terkejut "napa kamu gelak lak, takde yg kelakarnye", Siti pun menceritakan kpd Nora mengenai sy dan sekolah tu. Dia berkata "itu Us Habib la, dia mmg camtu ambik berat sgt dgn semua pelajar, tgk kau pelajar baru pastu tak bertudung lak mestilah dia tegur sbb sekolah ni wajib pakai tudung". Anis mencelah "ada Us Habib marahkan kau ke?" Nora menjawab "takdelah dia marah dia cuma tanya khabar dan mintak aku pakai tudung esok", Anis bertanya lg "romantik tak suara dia masa dia tanya kau" Nora terus tergelak dan berkata "romantik habis, tak larat aku nak dengar". Siti terus mencelah "itu lah gaya Us Habib kau belum kenal dia, aku berani jamin kalau kau dah belajar dgn dia dan kenal dia kau mesti suka dia, pelajar kat sekolah ni semua suka dgn dia". Nora kehairanan dan bertanya "napa? hebat sgt ke dia tu?". Anis menjawab "mmg hebat, tgk lah nanti sapa yg over minat kat Us tu. Nora menjawab "eee tak larat". Siti dan Anis pun terus tergelak sakan.

bersambung lg............