Friday, August 04, 2006

Nora Oh Nora! ( Episod 1 )

Firman Allah swt yg bermaksud : Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat. (al-Isra’:3)

Kali ni sy nak kongsikan pengalaman sy dgn seorg pelajar melayu di sebuah sek menengah di Malaysia beberapa tahun yg lalu. Sy mmg byk handle kes2 begini di sekolah2 yg sy berkhidmat. Ikutilah salah satu kisah pelajar perempuan Islam yg bernama Nora (BUKAN NAMA SEBENAR).

Kali pertama sy lihat Nora sy dpt rasakan sesuatu yg pelik ttg pelajar ni, ia menarik minat sy pdnya, bukan kerana dia cantik, bukan kerana dia tdk bertudung di kalangan semua pelajar yg bertudung ataupun ada sesuatu yg salah atau pelik yg dilakukan, tp sy dpt rasa ada sesuatu yg tak kena dgn budak ni. Sy kalau bab2 yg berkaitan dgn psikologi ni mmg sy minat. Biasanya sy akan cuba mengagak dahulu ttg peribadi pelajar ni sebelum sy menyiasat lebih lanjut.

Itu mmg kerja sy sebagai ketua disiplin di sekolah cuba mengenali semua pelajar dan cuba menyelesaikan dan mencegah apa shj masaalah yg akan dtg. Jadi, dgn mengenali betul2 pelajar yg sy rasa bermasaalah dan perlu bantuan akan lebih membantu sy memberi kaunseling atau nasihat berpandukan Islam kpd mrk.

Biasanya setiap pg sy akan berada di depan semua pelajar semasa perhimpunan pg, sy akan meneliti setiap wajah yg ada di depan sy. Jadi, senanglah sy utk mengetahui perkembangan pelajar2 sekolah tu secara rambang. Pd waktu inilah pelajar akan mengadu apa shj pd sy sekiranya mrk ada sesuatu berita gembira atau sedih. Hatta mak baru bersalin pun mrk bgtau. Sy mmg rapat dgn pelajar2 sbb itulah senang utk sy mengetahui perkembangan mrk. Kalau mula2 dulu sy asyik bertanya khabar mrk setiap hari wlpn sibuk, sekrg sy tak payah tanya lg, mrk akan bgtau kalau ada apa2, alhamdulillah kepercayaan mrk pd sy cukup tinggi, byk rahsia mrk kongsikan dgn sy setiap hari. Ini yg membuatkan sy sgt menyayangi pelajar2 sy.

Di suatu pg, di tapak perhimpunan sy melihat ada wajah yg sy tak kenal, terdetik di hati sy, "ini mesti pelajar baru daftar", selepas nyanyian lagu2 patriotik dan bacaan doa sy terus turun dr pentas dan berjln ke barisan pelajar. Sy menghampiri pelajar tersebut dan memberi salam serta bertanya khabar. Dia mmg terkejut, sbb jarang guru akan berbuat begitu, tp sy buat, itu mmg kebiasaan sy, sy suka buat sesuatu yg pelajar akan rasa lain dr yg lain. Dia terus menjawab salam dan pertanyaan khabar sy dan tersenyum. Sy bertanya lg "awak pelajar baru ke?" Dia menjawab "ya" dan sy bertanya namanya, dgn tersenyum malu dia memberitahu namanya "Nora". Nora merupakan pelajar yg tdk bertudung ke sekolah, tp di setiap sekolah yg sy bertugas sy dah sepakat dgn pihak pengurusan tertinggi utk mewajibkan pelajar bertudung.

Utk kali pertama mmg sy takkan mendesak pelajar memakai tudung sbb sy tau mrk mmg dah biasa tdk bertudung di sekolah lama, so sy cuma mampu tersenyum pdnya dan sy mintak izin utk membuat satu permintaan. Sy berkata "boleh tak kalau us nak buat satu permintaan", "ah! kenapa pulak us?" Nora terkejut, sy kata "takde apa2 us saja je, itupun kalau Nora izinkan". Dia dgn muka kehairanan terus bertanya "us nak mintak apa?" sy pulak bila Nora dah bg lampu hijau utk membuat permintaan terus mintak la "boleh tak kalau Nora pakai tudung dtg sekolah esok?" Nora dgn terkejutnya terus menjawab "napa lak kena pakai tudung?" sy terus menjawab "us rasa Nora lebih cantik, lebih manis dan lebih sopan kalau bertudung, kalau tak boleh takpelah," Nora terus pandang ke arah lain sambil tersenyum sinis dan berkata "tengoklah" dan dia terus pergi tanpa memberi salam.

Bersambung.............