Saturday, August 19, 2006

Malaysia Tanahairku

Minggu ni nampaknya sy terpaksa tangguhkan dahulu entry tazkirah sy yg bertajuk Nora Oh Nora. Maklumlah minggu ni sy sekeluarga sgt sibuk dgn persiapan utk pulang bercuti ke Malaysia. Kami akan berangkat pulang pd 20 hb ogos 2006 (Ahad).

Penat jugaklah, kerana byk benda nak kena fikir dan buatkan. Dgn segala dokumennya, masalah tiket 'infant' yg baru settle semalam, wlpn dah beli sebulan, tiket lain senang je sbb pakai e-tiket, tp infant kena pakai paper tiket, so lama kami menunggu. Ingatkan sistem kat sini dah canggih tp secanggih manapun manusia tetap akan melakukan kesilapan. Itulah sifat an-nas (manusia) yg memang diakui olehNYA mempunyai sifat lalai dan lupa.

Nak balik bercuti ni pun macam2 perkara berlaku. Mana taknya dgn peperangan yg berlarutan hampir sebulan yg menaikkan kemarahan semua umat Islam di dunia. Kami pulak tinggal di negara kafir ni lg merisaukan. Macam2 boleh berlaku.

Di waktu kami sekeluarga tgh risau dgn peperangan, timbul pulak cerita bom cecair. Pihak berkuasa di sini mendakwa ia dibawa oleh ekstrimis Islam utk meletupkan kapal terbang yg akan ke US. Peristiwa ni pulak berlaku di Heathrow Airport, tmpt kami nak bertolak, mengerikan betul. Apalagi, pihak keselamatan telah meningkatkan tahap keselamatan ke tahap yg tertinggi, sampai hand luggage pun tak dibenarkan, boleh isi barang dlm beg plastik je. Itupun dibenarkan bawa dokumen atau brg2 yg penting je.

Macam2 kerja tuhan nak menguji hamba2NYA di dunia. Dgn pelbagai peristiwa yg berlaku di sini dr dulu sampai sekarang, membuatkan sy mengeluh, bukan senang tinggal di negara kafir. Untungnya rakyat Malaysia.

Oklah. Ada beberapa perkara lg yg kami perlu settlekan sebelum berangkat pg2 besok. Kpd semua pembaca blog sy, doakan keselamatan dan kesejahteraan kami sekeluarga dlm perjalanan dan sepanjang percutian kami kali ini. Semoga Allah swt mengurniakan kami keselamatan dan kesejahteraan serta memberkati kami sekeluarga. Aamin.

Sy juga nak maklumkan kpd pembaca yg berminat membaca blog sy ni, tazkirah sy akan tertangguh selama sebulan dan sy akan sambung semula bila dah balik kembali ke Oxford. Terima kasih semua. Wassalam.