Hampir 14 tahun saya menggunakan dompet yang dihadiahkan oleh isteri semasa perkahwinan kami pada 25 Mei 1999. Walaupun dah lusuh saya tetap menggunakannya kerana ia merupakan kenangan berharga dalam hidup kami.
Saya memang dah nekad selagi bukan isteri tercinta yang tukarkan, saya tidak akan tukar dengan dompet baru. Sebelum ini beberapa kali saya dihadiahkan dompet oleh rakan dan majikan, namun saya tidak menggunakannya kerana saya sayangkan dompet perkahwinan kami.
Akhirnya isteri saya hadiahkan dompet baru pada 6 Mac 2013, barulah saya bertukar dompet. Hanya dia yang faham dompet yang terbaik untuk saya.
TERIMA KASIH SAYANG !