Wednesday, February 06, 2013

NAZMI FAIZ MANSOR

 
 Kebanggaan Negara

Saya dah lama tak mengikuti perkembangan bola sepak tanahair, tapi saya mengenali Nazmi Faiz bila ramai bekas murid perempuan saya di sekolah dahulu yang menyebut-nyebut nama beliau dan sangat meminati dan mengagumi beliau. Ketika itu usia Nazmi baru 17 tahun.

Akhir sekali saya dengar Nazmi bermain dengan Kelab Divisyen 1 Portugal Beira-Mar. Bukan calang-calang pemain yang dapat bersama kelab ini dan beliau berjaya mengikat kontrak selama 3 tahun.

Kehebatan Anak Malaysia

Seminggu dua ini nama beliau kembali panas di media dengan gossip hubungannya dengan seorang model dan gossip ini juga melibatkan seorang lagi pemain kebangsaan iaitu Mohd Aidil Zafuan.
 
Minggu ini pula nama beliau lebih panas apabila beliau kembali ke tanahair secara mengejut dan telan mengikat kontrak bersama Kelab Liga Super PKNS FC.

 
Kontroversi

Namun Nazmi hanya boleh mula bermain untuk PKNS FC pada bulan April 2013. Itu yang diputuskan oleh FAM setelah menerima permohonan rasmi daripada PKNS FC.

Nazmi merupakan pemain muda yang sangat berbakat dan mempunyai masa depan yang sangat cerah dalam dunia bola sepak, mungkin beliau boleh sampai ke peringkat antarabangsa.

Kepakaran

Apa sahaja masaalah yang menghimpit beliau ketika ini, saya harap Nazmi dan mereka yang menguruskan beliau dapat menyelesaikannya dengan cara yang terbaik agar potensi besar yang beliau miliki tidak dipersiakan atau hilang begitu sahaja.

Sokongan Rakan Sepasukan

Atas dasar kecemerlangan dan masa depan sukan bola sepak Malaysia, kita jangan melihat yang negatif dalam isu ini. Bersamalah kita mendoakan yang terbaik untuk Muhamad Nazmi Faiz Mansor demi kemajuan sukan bola sepak negara kita.

 Majulah Sukan Untuk Negara