Tuesday, February 05, 2013

IMEJ BARU DATO' SITI NURHALIZA

 Dari sini Siti bermula

Alhamdulillah Siti kini dah berjaya menunaikan janjinya untuk bertudung apabila kembali dari menunaikan Haji di Mekah. Terkilan rasanya apabila beliau gagal menutup aurat sepenuhnya sebelum ini.

Pada pandangan saya, Siti sepatutnya dah lama bertudung penuh kerana beliau mendapat sokongan yang sepenuhnya daripada semua pihak dan tiada halangan untuk beliau berbuat demikian.

Apabila Siti menyatakan hasratnya dulu untuk bertudung, saya tidak nampak perkara negatif di mana-mana atau daripada mana-mana pihak.

Berubah setelah kembali dari Makkah

Siti merupakan ikon yang terbesar yang negara kita ada dalam industri hiburan tanahair. Ramai masyarakat yang meminati, menghormati malah mengagumi beliau.

Dengan penampilan yang menutup aurat ini, ia menjadi satu dakwah bil hal kepada berjuta insan lain. Ramai wanita muslimah di luar sana yang akan mengikut jejak langkah beliau.

Dengan pengaruh yang besar yang Siti ada, saya yakin ramai isteri-isteri atau wanita-wanita profesional, eksekutif, VIP malah VVIP tidak segan lagi untuk bertudung. Alhamdulillah.

 Terkini menutup aurat sepenuhnya

Jika kita lihat pada fesyen tudung Siti sebelum ini yang tidak menutup aurat sepenuhnya. Ia telah menjadi ikutan ramai muslimah terutama dikalangan muslimah kelas atasan.

Kini, saya yakin jika Siti memperkenalkan fesyen tudung terbaru dari beliau yang menutup aurat sepenuhnya, pasti akan menjadi ikutan majoriti wanita profesional dan VIP. Besarnya saham Siti di Akhirat nanti. InsyaAllah. Ayuh! semua muslimah. Tutuplah aurat anda mengikut syariahNYA. Barakah dan redha Allah menanti anda.

  Berkat doa dari semua. Alhamdulillah