Friday, August 24, 2012

RAYA 2012 - EPISOD FINALE

PAPA & MAMA :)
Dalam rumah Tok Bah dan Tok Mak 

Di luar pula ;) 

Bersama 'isteri kedua' Pajero Sport, hahaha ;)

Kenangan di Lobi Hotel New Pacific :)

 
Hadapan hotel :)

Dah bersedia nak balik, sempat lagi ;)

RAYA 2012 - EPISOD 2

Kenangan raya Baitul Hana:)

Keluarga HS :)

Kak Ngah & Baby Haadin :)

Hannan Sofea, amboiiii ;)

Di Lobi Hotel New Pacific (Penginapan raya keluarga HS) 

Abang Long dukung Baby Haadin, menunggu Papa 'Check Out' :)

Kak Ngah pun nak dukung juga ;)

Tak sabar nak balik, berlari keluar menuju ke kereta Papa :)

Kak Ngah ambil gambar kasut rayanya, sempat je, ish ! ish ! ;)

Walaupun sibuk beraya Kak Ngah tak tinggal solat jamak dan qasar, solehah la tu ;)

RAYA 2012 - EPISOD 1

Persiapan untuk bergambar kenangan raya 2012 di rumah mertua

 Papa sedang memberi arahan

 Anak-anak nak ambil gambar atas tangga

 Tok Bah sedang menyusun cucu-cucu

 Tok Mak turut membantu

Inilah hasilnya (Pak Teh dan Mak Teh belum sampai) 

Persiapan bergambar kedua apabila semua dah ada 

Alhamdulillah dah cukup semua ahli keluarga Tok Bah dan Tok Mak 

Kenangan Tok Bah dan Tok mak bersama cucu-cucu 

Kenangan Acu dengan anak-anak saudara 

Pak Long dan Mak Long sekeluarga

Wednesday, August 15, 2012

NAK RAYA DAH.....


Raya tahun ini saya sekeluarga menyambutnya seperti tahun-tahun lepas. Cuma yang berbezanya pada tahun ini ialah kami beraya berlima dengan kehadiran putera kami yang soleh Haadin Solihin yang telah berumur 4 bulan lebih.


Keseronokan raya lebih terasa dengan penampilan raya yang pertama 'Mitsubishi Pajero Sport GL' saya yang telah berumur 5 bulan lebih. Jadi tahun ini kami beraya dengan anak dan kereta baru :)


Tema pakaian raya kami pada tahun ini ialah biru laut dan semuanya telah siap dijahit dan dibeli sebelum puasa lagi agar kami boleh fokus kepada ibadah di bulan Ramadhan.

JADUAL HARI RAYA BAITUL HANA

Percutian raya kami akan bermula pada hari sabtu ini sehingga hari khamis minggu depan. Pada hari sabtu kami akan bertolak pulang ke Terengganu pada jam 4 pagi dan insyaAllah akan bersahur dalam perjalanan.

Raya pertama kami akan berada di Terengganu (rumah mertua saya) sehingga selesai solat raya dan dijangka bertolak ke Kelantan pada jam 10 pagi raya pertama.

Destinasi pertama kami di Kelantan ialah rumah nenek saya di Pasir Mas. Di sana dapatlah saya menziarahi pusara arwah ibu dan abang saya serta dapatlah kami beraya dengan nenek dan sedara mara terdekat sebelah arwah ibu saya.

Selesai beraya seharian di Pasir Mas, malamnya saya sekeluarga akan menginap di Hotel New Pacific Kota Bharu, kami akan menginap di sini selama 3 hari 2 malam sahaja.

Raya kedua kami akan menziarahi pusara arwah abah saya di Simpang Tiga Pengkalan Chepa Kota Bharu dan selepas itu kami akan beraya dengan adik beradik saya yang tinggal di sana serta menziarahi sedara mara sebelah arwah abah.

Raya ketiga kami akan keluar dari hotel dan kami akan menziarahi beberapa orang kawan rapat di Kelantan jika diberi kesempatan olehNya. Petangnya kami akan bertolak balik ke Terengganu.

Raya keempat mertua saya akan mengadakan kenduri raya dan kesyukuran, dapatlah kami beraya dengan jiran-jiran mertua saya dan beberapa individu yang mengenali saya.

Raya kelima insyaAllah jika tiada aral melintang kami akan bertolak balik ke Selangor.

RAYA KEENAM SAYA AKAN KEMBALI BERTUGAS DI BPSH MENGURUSKAN KES-KES MURID DI MALAYSIA YANG TERLIBAT DENGAN TRAGEDI DI HARI RAYA :(  

Monday, August 13, 2012

UNIT ADUAN DISIPLIN KPM

BILIK GERAKAN MENANGANI GEJALA DISIPLIN MURID KPM
(Di sini saya dibantu oleh Cik Aisyah)
RUANG MENYEMAK ISU DISIPLIN SETIAP HARI DI MEDIA DAN DICATAT DI PAPAN PUTIH DI BELAKANG
  SETIAP ISU DISIPLIN AKAN DIKEMASKINI DI KOMPUTER

RUANG PERIBADI SAYA UNTUK BEROPERASI

BILIK ADUAN DISIPLIN
MENERIMA DAN MENGURUS SEMUA ADUAN YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN DI SELURUH MALAYSIA
(Di sini saya dibantu oleh Pn. Zaleha)

Tuesday, August 07, 2012

KEHEBATAN DOA

TIADA SATU PUN KUASA DIDUNIA INI YANG DAPAT MENGATASI KEKUASAAN ALLAH SWT

Tips doa
  • Saya sangat yakin dengan setiap doa yang saya panjatkan kepada Yang Maha Esa
  • Saya tidak pernah berputus asa atau kecewa dalam setiap doa yang saya panjatkan
  • Saya sentiasa berfikiran positif dalam setiap doa yang saya mohon ke hadrat Ilahi
  • Saya tidak pernah berdoa keburukan atau kecelakaan kepada mereka yang tidak suka pada saya
  • Saya sentiasa memohon hidayah dan kebaikan kepada mereka yang berfikiran negatif tentang saya
  • Apabila berdoa saya akan perincikan secara khusus setiap permintaan saya
  • Apabila saya senaraikan semua permintaan saya, saya akan berdoa secara istiqamah
  • Apabila saya hendak berdoa saya akan mulakan dengan solat taubat dan istighfar
  • Apabila memohon sesuatu saya pastikan saya mohon dengan bersungguh-sungguh
  • Apabila saya berdoa saya akan minta perkara yang boleh dicapai dan realistik
                                                              Cerita 4 doa saya


1- Apabila saya mohon berpindah ke Putrajaya pada tahun 2009 permohonan saya dalam talian GAGAL. 'Kawan' saya di PPWPP pun tidak dapat membantu saya dalam soal ini kerana tiada kekosongan guru agama di Putrajaya katanya. Namun apabila saya menghubungi ‘Big Boss’ untuk mengucapkan terima kasih atas kerjasama beliau dan memberitahu beliau yang rezeki saya tiada di Putrajaya, beliau hanya meminta saya banyakkan berdoa. Saya pun panjatkan doa tanpa henti dan akhirnya saya berjaya!

2- Pada tahun 2010 saya merancang untuk menunaikan haji secepat mungkin dalam usia yang muda dan sebelum mendapat anak ketiga. Sebab kalau ditaqdirkan saya dapat anak maka akan tertangguhlah haji saya. Saya pun menghubungi Tabung Haji dan mereka telah memberitahu bahawa nama saya paling cepat pun akan dipanggil pada tahun 2012. Saya pun berdoa tanpa henti untuk pergi juga pada tahun 2010. Akhirnya saya berjaya!
3- Apabila saya ditawarkan tempat bertugas yang baru pada akhir tahun 2011, banyak halangan yang saya perlu tempuhi dan halangan-halangan ini merupakan halangan yang terbesar yang pernah saya lalui dalam kerjaya saya. Saya yang merupakan `budak mentah` dalam dunia pendidikan yang besar ini hanya mampu berdoa dan bermunajat untuk mengatasi semua halangan yang besar ini kerana tiada sesiapa yang saya boleh minta bantuan dalam soal ini dan tiada usaha yang mampu saya lakukan kerana saya terlalu 'kerdil'. Maka yang ada hanyalah DIA Yang Maha Berkuasa. Akhirnya saya berjaya!

4- Saya istiqamah berdoa untuk mendapatkan anak ketiga. Maklumlah sudah 8 tahun kami tiada ‘baby’ dan usia pun dah makin meningkat. Akhirnya saya berjaya!

#Kini saya fokuskan doa kepada putera saya Hafiy Syafiqy untuk UPSRnya.

Jangan berputus asa dalam berdoa. Teruskan berdoa secara istiqamah. InsyaAllah doa-doa yang baik yang kita panjatkan kepada Yang Maha Berkuasa akan didengari dan dimakbulkanNya.