Wednesday, May 18, 2011

SELAMAT HARI GURU 1

DUA SOALAN YANG DIAJUKAN KEPADA SAYA SEMPENA HARI GURU 2011

Soalan pertama : Dari seorang guru.

"Ustaz....bagaimana nak menjadi guru yang baik?"

Jawapan saya :

Guru yang baik ialah guru yang bersungguh-sungguh menjalankan amanahnya terhadap murid dalam segala aspek pendidikan.

Guru yang baik ialah guru yang menjadi idola bagi muridnya.

Guru yang baik ialah guru yang menyayangi muridnya dan murid menyayanginya.

Guru yang baik ialah guru yang sentiasa berfikir secara positif.

Guru yang baik ialah guru yang sentiasa ada bersama pelajarnya bila diperlukan

Guru yang baik ialah guru yang sanggup berkorban apa sahaja bagi menjadikan muridnya yang terbaik.

Guru yang baik ialah guru yang mendidik muridnya bukan hanya akademik tetapi semua perkara yang boleh menjadikan muridnya, murid yang lengkap untuk dunia dan akhirat.

Soalan kedua : Dari seorang kakitangan sokongan.

"Ustaz......susahnya menjadi seorang guru....bagaimana dengan ustaz ?"

Jawapan saya :

Bidang ini ialah bidang yang saya pilih dan saya cintakan kerjaya ini.

Apabila saya melihat murid saya bersimpati dengan mereka.

Apabila saya melihat murid saya sayangkan mereka.

Apabila saya melihat murid saya berfikir tentang nasib mereka suatu hari nanti.

Apabila saya melihat murid saya melihat generasi akan datang.

Apabila saya melihat murid saya berfikir tentang cabaran dan dugaan yang mereka hadapi kini dan akan datang.

Apabila saya melihat murid saya berfikir dan merancang apakah yang saya boleh beri kepada mereka.

Apabila saya melihat murid saya berazam untuk memberikan semua ilmu dan pengalaman serta kemahiran yang saya ada.

Apabila saya melihat murid saya terbayangkan anak- anak saya.

Apabila saya melihat murid saya terbayangkan di kalangan mereka ada yang serba kekurangan dalam hidup mereka.

Apabila saya melihat murid saya berfikir apa lagi yang saya boleh bantu mereka.

Aku bukanlah seorang perwira.........Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang....................Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini........ Selamat hari guru kepada semua rakan guru

KEPADA SEMUA GURU SELAMAT BERJUANG
DEMI GENERASI MASA HADAPAN YANG LEBIH BAIK