Tuesday, December 27, 2011

PENANTIAN SATU PENYEKSAAN

Sehingga ke hari ini, saya masih belum pasti hala tuju kerjaya saya untuk tahun 2012. Banyak perancangan yang saya aturkan, namun terganggu dengan penantian surat tawaran yang masih dalam proses katanya.

Kalau mengikut perancangan asal, saya akan berada di tempat kini untuk setahun lagi. Segala perancangan telah saya susun dengan rapi. Namun saya gantung dahulu, bagi memberi laluan kepada sesuatu yang masih belum pasti.

Walaupun dalam beberapa hari lagi akan bertukar tahun, semangat saya untuk membuat perancangan aktiviti bagi tahun 2012 amat lemah kerana ketidakpastian ini. Apa-apa pun saya menunggu untuk sebulan dua lagi. Selagi tiada kepastian saya malas untuk membuat perancangan.

Tunggulah, apabila segalanya telah pasti, dari situlah bermulanya perjalanan kerjaya saya untuk perjuangan yang seterusnya.......Lenguh juga bila kena menunggu...

Monday, December 05, 2011

APA YANG SAYA DAH LAKUKAN

Bila saya masuk Putrajaya...saya melihat saya boleh membuat sesuatu yang kalau dilakukan betul-betul, hasilnya boleh dilihat dalam masa yang singkat.

Apa sebenarnya yang saya telah lakukan dan akan dilakukan.....kini saya sudah bersedia untuk berkongsi sedikit daripadanya.

2009 (Fokus kepada individu)

Bila saya mula bertugas saya melihat keadaan keseluruhan sekolah dan pelajar-pelajarnya. Maka saya simpulkan bahawa saya tidak mampu mengubah semuanya dalam masa terdekat. Saya susun strategi yang hanya melibatkan beberapa orang pelajar yang paling bermasaalah.

Maka saya mula berjumpa dan aturkan sesi kaunseling dengan pelajar-pelajar yang terlibat dengan aktiviti berisiko tinggi (dosa besar). Banyak rahsia mereka yang saya simpan hingga kini.

Apabila saya mulakan langkah-langkah ini, maka timbullah kontroversi-kontroversi di kalangan masyarakat sekolah. Saya biarkan mereka bergossip kerana saya ada target yang perlu dicapai.

Saya biarkan semua warga sekolah tidak faham, kerana saya tidak mengharapkan mereka faham dan saya tidak akan membuatkan mereka faham. Kerana ia susah untuk difahami.

Akhirnya mereka mula menyiasat tentang saya dan membuat kesimpulan sendiri. Namun segala halangan berjaya saya tempuhi dengan jayanya.

2010 (Fokus kepada kumpulan)

Apabila saya berjaya memulihkan beberapa orang pelajar. Saya memasang strategi untuk menawan pelajar secara berkumpulan pula.

Apabila Badan Pengawas Sekolah diserahkan kepada saya, maka tugas saya nampak dipermudahkan. Pada awal tahun saya nampak berjaya bersama kumpulan ini. Saya berjaya menawan pelajar-pelajar bermasaalah dan berjaya melahirkan beberapa orang pemimpin pelajar.

Namun di pertengahan tahun saya tewas dengan beberapa gelora yang melanda saya. Saya akur dan menyerahkan Badan Pengawas kepada orang lain serta memasang strategi baru kerana matlamat saya belum tercapai dan masih di peringkat awal.

Akhirnya saya membuat kumpulan baru iaitu Kumpulan Naqib dan Naqibah Sekolah dan beberapa orang pengawas yang saya pilih untuk menjadi AJK Indahnya Iman. Akhirnya jumlah mereka mencapai 40 orang pelajar.

Dengan apa yang telah kami lakukan akhirnya kumpulan ini berjaya dengan cemerlang dan diiktiraf oleh banyak pihak, walaupun pada awalnya cuba diperlekehkan dan digagalkan oleh sesetengah pihak.

Mereka semua berjaya menjadi pemimpin dan pembimbing sekolah dan banyak membantu sekolah dalam banyak aspek serta mereka telah memulakan rutin ibadah yang baik dalam kehidupan mereka.

Di akhir tahunnya saya berjaya meraih Anugerah Naib Johan Pengurusan Disiplin Sekolah Peringkat Putrajaya. Ini Kejayaan pertama saya di sini.

2011 (Fokus kepada individu)

Alhamdulillah saya berjaya memulihkan masaalah disiplin dan sahsiah pelajar di sekolah ini, sehingga diiktiraf oleh banyak pihak dan disegani di Putrajaya, malah pelajar-pelajar di sekolah ini pernah dipuji oleh Timbalan Pengarah di beberapa tempat dan juga pernah dipuji di kalangan PIBG peringkat Putrajaya.

Selepas itu saya mulakan strategi saya yang seterusnya iaitu memberikan tumpuan kepada pelajar-pelajar yang baik dan cemerlang dalam usaha saya melahirkan pelajar muslim yang soleh dan pelajar muslimah yang solehah.

Saya berjaya mendekatkan ramai pelajar cemerlang dengan budaya dan pemikiran Islam. Mungkin ramai yang tidak faham cara saya dan bagaimana bentuk kejayaan saya. Hanya saya dan mereka yang bersama saya sahaja yang tahu.

Akhirnya saya berjaya membentuk beberapa kumpulan yang telah, akan dan cuba mengamalkan budaya dan pemikiran Islam dalam kehidupan mereka. Ramai yang sudah mula solat sepenuhnya, menutup aurat sepenuhnya, membaca bahan-bahan ilmiah Islam, bertahajjud, berzikir dan memilih Islam dalam setiap pilihan mereka.

Kumpulan yang saya fokuskan ialah kumpulan pengawas, naqib dan naqibah dan pelajar kelas aliran agama (KAA). Bilangan mereka seramai 200 orang pelajar cemerlang dan pemimpin pelajar.

Bagi mengembangkan lagi kumpulan ini dan membuka peluang kepada pelajar-pelajar lain bersama dalam perjuangan saya, maka saya telah menubuhkan Kelab Indahnya Iman secara atas talian. Alhamdulillah penyertaan dalam kumpulan ini telah mencecah 360 orang.

Semua kumpulan pelajar yang saya jaga telah berkongsi pelbagai perkara positif di dalam kelab ini. Respon yang saya terima daripada pelajar-pelajar dan keluarga mereka amat baik. Alhamdulillah.

Strategi-strategi saya memang kontroversi dan tidak difahami warga sekolah, namun saya nekad untuk menunjukkan hasilnya yang positif bukan untuk memahamkan mereka tentang apa yang saya telah, sedang dan akan lakukan.

Secara individu saya bersyukur pada Ilahi dan berbangga dengan pelajar-pelajar saya yang mana telah ramai yang berusaha mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT. Ramai yang telah melakukan amalan-amalan sunat dan mengikuti sunnah Nabi Muhammad saw.

Tahun ini merupakan tahun yang paling banyak saya diuji, saya disiasat setiap hari, pergerakan saya diintip, pelajar saya dimarah dan disoal macam-macam. Saya telah banyak dilaporkan dengan negatif kepada ketua saya. Sehinggalah saya cuba dikeluarkan daripada sekolah ini.

Saya bersabar dengan cabaran-cabaran yang datang. Saya tidak mengambil pendekatan menyerang balik atau menerangkan sesuatu agar mereka faham dan saya tidak memberitahu apa-apa dan apakah kejayaan yang saya telah capai.

Bagi sebuah sekolah harian biasa yang bermula dengan teruk diawalnya, kini boleh berbangga dengan pelajar-pelajarnya dalam banyak aspek. Syukur pada Yang Maha Esa.

Akhirnya di tahun 2011 ini banyak kejayaan, anugerah dan pengiktirafan yang saya dan kumpulan saya terima. Alhamdulillah. Banyak kenangan manis saya dan pelajar-pelajar saya.

KEJAYAAN BESAR DAN PALING BERHARGA BUAT SAYA IALAH PERUBAHAN PELAJAR-PELAJAR YANG RAPAT DENGAN SAYA DARI SUDUT PRINSIP, PEMIKIRAN DAN BUDAYA HIDUP DAN IBADAH YANG MEREKA AMALKAN DALAM DIRI DAN KEHIDUPAN MEREKA.

2012 (Fokus kepada kumpulan)

Jika saya masih di sini......................

Tuesday, November 29, 2011

DARI BLOG SEORANG PELAJAR 2

(COPY N PASTE)

Aku bukan seorang yang kuat seperti mana yang orang anggapkan. Aku seorang yang lemah untuk hadapi semua benda. Memang macam macam ujian yang perlu dihadapi bila orang tu mula nak berubah. Aku tak kuat nak hadapi tu tapi aku bersyukur sebab "dia" selalu ada dengan aku bila aku perlukan dia. Thank you ALLAH for sending him to be as a part of my life. He understand me in whatever situations.

#Semestinya saya sayang tok guru saya :) Thank you Allah for sending him! He accepted me back after I broke his heart. I'm sorry :'(

Banyak benda yang aku nak beliau tahu. Tapi aku sendiri mungkin tak dapat nak bagi tahu beliau apa yang ada dalam hati aku. Walaupun aku gagal memberitahunya tetapi aku tetap bersyukur kerana beliau masih ada dengan aku untuk tegur segala kesalahan yang aku lakukan. I learn from my own mistakes :) Kesalahan yang mungkin takkan berulang lagi untuk menjaga nama baik sendiri. Aku terima teguran yang di berikan walau pada hakikat ayat-ayat yang keluar daripada mulutnya tidak dapat menahan sebak di dada. Tapi takpe, aku terima. Tegurlah aku selagi anda mampu menegurku.

Aku memang seorang yang sensitive tetapi aku terima semua itu kerana itu mungkin cara beliau untuk mendidikku supaya menjadi insan yang berguna. Alhamdulillah aku dah mula sedar dan bangun dari khayalanku. Aku perlukan beliau untuk menyeruku melakukan kebaikan. Aku perlukan beliau kerana beliau kekuatanku di kala aku dalam kelemahan. Aku mungkin tidak dapat berdiri dengan betulnya jika tiadanya beliau di sisiku.

Beliau kini banyak mengajarku erti kehidupan sebenar. Banyak mengajarku macam mana untuk menjadi seorang wanita yang di pandang tinggi darjatnya. Aku akan cuba sedaya upayaku untuk menjadi insan yang berguna dan tidak akan sia siakannya. Itu janji aku! Banyak hajat aku yang ingin aku tunaikan. Aku inginkan beliau untuk menjadi orang pertama yang mendengarnya tetapi takpe lah. Biar aku simpan sorang. Again and again, thank you Allah for sending him! I really appreciate and I don't wanna broke his heart again :'( I'm sorry for my past. Please forget everything about them. I'm begging :'(

Thursday, November 24, 2011

FACEBOOK EPISOD 2

Setelah setahun setengah saya aktif dengan facebook dan memantau pergerakan dan aktiviti pelajar di facebook, akhirnya saya membuat beberapa kesimpulan mengenai budaya facebook di kalangan pelajar.

Majoriti pelajar mempunyai akaun facebook sendiri.

Kebanyakkan pelajar mempunyai ramai friends, ada yang di kenali dan ada yang tidak di kenali. Mereka approve juga yang tidak di kenali bagi menunjukkan kepada semua yang mereka mempunyai ramai friends. Ada yang mempunyai friends sehingga 2000 lebih.

Pelajar suka upload gambar mereka di facebook. Sentiasa update gambar dan status terbaru mereka terutama selepas melakukan apa apa aktiviti di dalam dan di luar sekolah.

Pelajar menggunakan facebook untuk bergossip, berkongsi cerita, maklumat dan perkembangan terbaru mereka dengan friends.

Pada mulanya saya ingatkan pelajar memang gilakan facebook kerana sentiasa online. Maka saya masuk dalam dunia mereka dan sentiasa bersama mereka di alam cyber.

Saya menggunakan facebook untuk menyampaikan maklumat atau apa apa arahan terbaru tetapi apabila saya mengkaji aktiviti mereka di facebook, tidak seperti yang saya jangkakan.

Maklumat yang saya berikan tidak sampai kepada sasaran dan saya terpaksa juga meneruskan cara lama dengan membuat pengumuman di alam nyata. Saya ingatkan mereka selalu online dan rapat dengan teknologi, namum anggapan saya meleset.

Bukti, sekiranya seorang pelajar itu ada 1000 orang friends. Bilangan yang kerap online hanya 10 peratus sahaja daripada friends mereka. Daripada 10 peratus ini hanya 5 peratus sahaja yang memang betul betul friends. Yang lain hanya friends biasa ataupun friends yang mereka approve tanpa mereka mengenalinya.

Jadi, facebook masih belum sesuai untuk berkongsi maklumat dengan semua pelajar. Walaupun mereka celik IT namun majoriti mereka masih lagi susah untuk menggunakan internet.

Kebanyakkan pelajar kerap online bukan kerana mereka terlalu taasub dengan facebook, tetapi mereka tiada pilihan aktiviti lain selain daripada facebook. Mereka bosan, tak dapat berjumpa friends terutama pada hujung minggu dan waktu cuti sekolah. Ibu bapa pula tidak menyediakan aktiviti sihat dan menyeronokkan mereka dan akhirnya facebook menjadi pilihan mereka.

Sekiranya pelajar di beri pilihan dengan pelbagai aktiviti terutamanya aktiviti yang mereka minati, saya pasti mereka tidak akan memilih facebook untuk mengisi kekosongan yang mereka ada.

Apa yang merisaukan saya ialah ada yang terlalu berkongsi dan beremosi di facebook yang akhirnya mendedahkan keburukan dan kelemahan sendiri.

Mereka bosan, tiada pilihan, tak tahu apa yang nak di buat, nak bergossip, upload gambar, update status dan video. Terdapat juga di kalangan mereka yang upload photo atau video yang tidak senonoh serta post sesuatu yang negatif.

Mereka suka mengambil tahu hal orang lain dan dijadikan bahan cerita mereka yang mereka sendiri tidak pasti cerita itu benar atau tidak. Situasi ini boleh mebawa kepada budaya fitnah dan mengumpat di kalangan mereka.

Saya dapati mereka hanya bersosial di laman sosial ini, kebanyakkan mereka tidak mengambil serius apa yang diperkatakan dan apa yang berlaku di facebook.

Akhirnya saya dapati facebook bukanlah sesuatu yang sangat penting dan wajib di kalangan pelajar. Tidak di nafikan mungkin ada yang ketagih dengan facebook. Tetapi kebanyakan mereka tiada aktiviti lain untuk dilakukan dan kebosanan berada di rumah.

Ada juga yang hanya suka dengan facebook sekadar untuk bergossip dan menyibuk tentang hal ehwal orang lain. Inilah dunia pelajar hari ini.... kesian pun ada....Hahahaha...:D


Bersambung di facebook episod 3......