Thursday, May 10, 2007

Ulangtahun Pertama 'Sekilas Ustaz Habib'

Dah setahun 'Sekilas Ustaz Habib' ni berkumandang di alam maya. 'Hit counter' pun dah mencecah 3000 lebih pembaca. Alhamdulillah. Semoga usaha yg sgt kecil dr sy ini memberi manfaat yg maksima kpd pembaca blog yg tak seberapa ini. Inilah wajah baru 'Sekilas Ustaz Habib'.
Wajah Lama 'Sekilas Ustaz Habib'

Mula2 sy tak brp suka nak buat blog ni, sbb sy lebih suka berdakwah secara bersemuka, tp atas nasihat isteri tercinta berdasarkan situasi sy sekrg yg berada di Oxford UK mungkin ini cara yg terbaik disamping prog2 agama mingguan, bulanan dan tahunan yg telah, sedang dan akan sy anjurkan. Tp bg isteri sy dia lebih kpd utk mendorong sy menulis, kerana sepanjang karier sy sbgi guru agama sy tdk pernah menulis secara rasmi apa yg sy sampaikan kpd masyarakat. Beliau juga nak sy niatkan penulisan ini utk diri sy sebgi koleksi, utk anak2 murid sy remaja dan dewasa yg berada di Malaysia yg sudah tentu tdk berpeluang lg utk belajar dgn sy serta rakan2 seperantauan di Oxford yg ikhlas utk mendpt sedikit info agama juga sebgi satu dakwah secara umum.

Menulis di alam maya ini sebenarnya satu situasi yg amat membimbangkan sy, kerana sy tdk tahu sy berdepan dgn siapa. Sbb inilah sy tdk suka menulis di blog. Tp sy lebih bersikap kalau tak cuba tak tahu dan cuba menimba pengalaman baru dlm berdakwah dan berkongsi pengalaman. Sebenarnya dah ramai kawan2 seperjuangan sy berdakwah secara 'online' ini. Nampaknya mrk semua hebat2 belaka dan serangan, cabaran dan dugaan pun hebat2 yg mrk terima. Kutukan, kritikan pedas, kata2 kesat dll sudah menjadi perkara biasa. Masaalahnya mrk pun tak tahu siapa yg memberi komen (anonymous @ nama samaran), maka susah utk mrk memjawab serangan2 tersebut. Tp yg ikhlas menegur dan berfikiran positif serta mempunyai hati yg bersih akan memperkenalkan diri mrk dan terbuka utk perbincangan yg sihat. Org2 yg baik ini banyak membantu ke arah perkembangan dakwah dan lebih bertanggungjawab dgn apa yg mrk komen.

Masaalah2 yg sy sebut td semuanya pernah sy alami. Bermula bulan April dgn 3 'entry' pertama sy, sy telah diserang dgn kritikan dan kutukan pedas dr mrk yg menggunakan nama samaran dan 'anonymous'. Sy akan mengambil sikap bertenang, beristighfar, solat hajat, doa dan berfikir panjang ttg tindakan terbaik yg perlu sy ambil. Akhirnya sy mengubah sedikit 'entry' sy dan memohon maaf sekiranya ada yg menyinggung hati pembaca2. Kenapa sy tdk menjawab balik tuduhan dan kritikan pedas tersebut?

Pendirian yg sy ambil ini adalah kerana sy tdk tahu siapa yg komen, tahap mana mrk berada dr sudut pemahaman Islam dan apakah niat dan tujuan mrk memberi komen. Adakah hanya kerana terasa hati dgn tulisan sy atau mrk berniat jahat terhdp sy atau dengki pd sy ataupun mrk mmg berniat baik utk menegur sy. Yg terakhir ini yg sy tagih dr pembaca. Sy lebih mudah menerima teguran atau kritikan dr mrk yg sudi berbincang secara sihat bukan dr mrk yg suka membaling batu dan sembunyi tangan. Kerana sikap tdk mengaku dan bersembunyi tdk akan membantu sy dan tdk akan membawa kpd kebaikan agama.

Sy juga selalu membaca komen2 dan forum2 terbuka di alam maya di laman2 web dan blog org lain. Bila sy membaca komen2 dan perbincangan2 tersebut, sy jadi risau dgn org2 Islam sekrg kerana mrk tdk faham dan belajar ttg isu yg mrk bahaskan dan kesian ustaz2 atau org2 yg faham ttg Islam kerana mrk tdk berpeluang utk menerangkan secara terperinci apa yg dibahaskan dgn keterbatasan ruangan yg ada, serta tdk ramai yg faham betul2 sesuatu isu yg dibincang yg boleh menyokong yg benar, tp malangnya ramai penyokong yg akan menyokong dgn yakin sesuatu pendapat yg salah yg lahir dr pembahas2 yg kurang faham sesuatu isu dr sudut agama Islam. Lebih malang lg mrk suka berbincang mengikut kebijaksanaan akal dan nafsu tanpa mempelajari dahulu sesuatu isu itu dr sudut agama mrk sendiri. 'Nauzubillahi min zalik'. Sy lebih suka sekiranya org2 yg berminat utk mengulas isu ini agar mrk belajar dahulu pemahaman isu2 tersebut dr kacamata Islam dan bertanya kpd guru2 agama sehingga mrk faham barulah mrk membuat komen dan ulasan. Sy risau jika sikap semberono yg diambil oleh pengkritik isu akan membawa mrk kpd kesesatan agama dan membawa kpd tergelincir aqidah mrk. 'Astaghfirullahal adhim'.

Atas kerisauan sy dgn sikap muslim sekrg maka sy lebih bersikap mengelak dr menjawab isu atau menjawab kritikan2 dr mrk yg sy tdk kenal, melainkan mrk ingin bertanya persoalan agama atau berbincang secara sihat, tp kalau mrk ingin mengutuk atau menghentam sy, maka sy tdk akan melayan dan men'delete' komen2 mrk. Sy mohon maaf diatas sikap dan kelemahan sy ini. Sbb sy rasa hanya itu shj cara yg terbaik utk sy menulis secara 'online' ini. Jadi kpd sesiapa yg ingin komen, bolehlah membuka perbincangan yg sihat dgn sy, insyaAllah sy akan menjawab setakat yg sy mampu dgn sedikit ilmu anugerah Ilahi ini.

Antara komen yg sy pernah terima selama setahun 'Sekilas Ustaz Habib' ialah ttg persoalan kelemahan dan kekuatan iman, kewajipan solat jumaat, keIslaman, menilai manusia, sifat2 mazmumah dan ada juga yg bagi peribahasa2 contohnya masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang harimau mengaum dll lg. Tetapi sy tdk menjawab kerana semua dtg dr org yg sy tak kenal atau anonymous dan sy tak tahu setakat mana dia faham isu yg dibangkitkan. Fahamkah mrk dr sudut Islam ttg persoalan iman, solat jumaat, Islam, penilaian manusia, sifat2 mazmumah dan peribahasa2 yg digunakan. Relevenkah dgn Islam pendpt2 mrk tersebut? Adakah peribahasa dan bahasa yg mrk gunakan boleh dipakai dlm Islam. Oleh kerana sy tdk pasti dgn tahap pemahaman mrk dan tak kenal mrk, maka sy tdk dpt membantu menjelaskan persoalan2 tersebut secara terperinci, sy cuma berharap mrk belajarlah ilmu2 asas Islam dan dalamilah ilmu2 lain dlm Islam supaya mrk menjadi pengomen dan pembahas yg hebat yg berdebat berasaskan keilmuan Islam yg mantap bukan hanya berfikir secara logik akal dan ikut selera manusia yg sememangnya diakui Allah swt kerdil dan lemah. Sy juga berdoa kpdNYA agar sy dan mrk diberi hidayah olehNYA.

Maklumbalas yg sy terima dr pembaca amat positif wlpn tdk semua yg meninggalkan apa2 komen slps membaca blog sy. Blog ini merupakan koleksi tazkirah, pengalaman, kegembiraan dan kenangan sy di oxford dan juga sbgi buah tangan sy kpd semua anak murid sy di mana shj mrk berada. Sekurang2nya blog ini akan mengubati kerinduan mrk kpd ceramah2 sy dan mengubati rindu sy kpd anak2 murid sy dan tanahair tercinta.

Sebelum sy akhiri 'entry' sy kali ini sy ingin menerangkan ttg penggunaan istilah USTAZ. Mungkin ada pembaca yg tdk berpuashati dgn penggunaan ini. Biasalah guru agama mmg selalu dipanggil ustaz di mana2 shj, tp istilah ini tdklah menggambarkan sy ini terlalu hebat dlm Islam, sy dipanggil Ustaz Habib bermula sy di peringkat peralihan di SMA Arab Maahad Muhammadi Lelaki lg, bukanya kerana sy alim atau hebat sgt. Cuma, sudah menjadi kebiasaan masyarakat di Malaysia akan memanggil ustaz kpd sesiapa yg aktif dlm perkembangan Islam atau pelajar di dlm aliran agama. Malah bilal atau imam yg terdiri dr askar atau polis pencen pun org panggil ustaz. So bukanlah sy menggunakan istilah ini kerana sy hebat, tp istilah itu dah diterima pakai oleh masyarakat di negara kita.

Bg sy bila dah dipanggil ustaz, secara automatiknya sy terpaksa memikul satu amanah Allah swt yg sgt berat, apa lg tugas yg paling berat selain dr memikul dan menggalas Islam. Berdasarkan pengalaman sy yg dr remaja dipanggil ustaz ini, ia bukan satu kerja yg mudah, byk cabaran dan dugaan yg perlu dan terpaksa dilalui. Hanya mrk yg senasib shj yg benar2 memahami situasi ini. Jadi sy harap tdk ada muslim yg mengangap istilah dan gelaran ini utk bangga diri dan bermegah2. Kerana Wlpn org alim itu pewaris nabi2 tp mrk dahulu yg masuk neraka sekiranya tersilap langkah. 'Nauzubillahi min zalik'. Sy juga pernah dipanggil Abg Habib oleh junior2 sy dan di bbrp tmpt sy pergi dan juga dlm prog2 kaunseling dan kem2 motivasi. Sy sebenarnya lebih suka dgn panggilan ini jika diberi pilihan dan lebih rapat sy rasa dgn mrk, tp biasalah bila sy dah mula berceramah dan berdakwah panggilan Abg Habib akan terus bertukar kpd Ustaz Habib, mungkin mrk lebih selesa dgn Ustaz Habib.

Jutaan terima kasih kpd semua pembaca2 'Sekilas Ustaz Habib' yg ikhlas membaca, yg sentiasa memberikan kritikan membina dan ingin mencari kebaikan dlm penulisan sy dan menasihati sy secara baik sekiranya sy tersilap dlm penulisan sy. Sekiranya ada perkara yg tdk memuaskan hati pembaca2 silalah beremail dgn sy di abu_hafiy@yahoo.com. InsyaAllah sy akan menjawab secara terperinci.

Yg baik itu dtg drNYA, yg silap, lemah dan kurang itu sy mohon ampun drNYA