Monday, May 21, 2007

Riwayat Hidup Ustaz Habib ( Remaja Siri 1)

Hari ni baru sy berkesempatan menulis lg, sibuk juga sy bulan ni dgn keluarga, masyarakat, kerja dan pelbagai prog keagamaan di Oxford. Maaf kpd semua pembaca. InsyaAllah sy akan teruskan penulisan ttg riwayat hidup sy. Kali ni zaman remaja sy pula.

Sy bukan berasal dr keluarga yg senang sgt, abah cuma seorg pesara askar yg tdk berpangkat dan che pula hanya meniaga pakaian secara kecil2an di pasar pagi dan kami juga pernah membuka restoran di Simpang 3 Peng. Chepa Kelantan. Che wlpn bekas qariah, tp dia tdk pernah mengambil upah jika diminta mengajar al-Quran di surau2. Sy masa remaja byk terlibat dlm membantu abah dan che dlm perniagaan mrk. Sewaktu tingkatan peralihan dan satu sy diminta oleh abah dan che utk berniaga pakaian di pasar pagi setiap hari dr jam 7 pagi sehingga 12 tengahari. Ini kerana abah dan che sibuk mengendalikan restoran yg beroperasi dr pagi hingga ke mlm. Sy ditugaskan utk menjaga perniagaan pakaian di pasar pagi kerana sy bersekolah disebelah ptg, oleh kerana itulah adik beradik lain dikecualikan kerana mrk semua bersekolah sesi pagi. Selepas habis mengemaskan perniagaan sy di pasar pd jam 12.30 tghri sy akan mengayuh basikal balik ke rumah utk mandi dan bersiap utk ke sekolah, dr rumah sy akan berbasikal dan singgah di restoran abah dan makan tghri sebelum berbasikal lg ke sekolah lebih kurang setgh jam berkayuh, berpeluh sakan jugalah sy bila smpi ke sek. 2 tahun jugaklah sy meneruskan rutin ini, sehinggalah abah dan che menutup restoran utk menunaikan fardhu haji di Mekah.

Apabila abah dan che pulang dr menunaikan haji mrk membuat keputusan utk menamatkan perniagaan restoran mrk dgn alasan abah merasakan mrk byk menghabiskan masa bekerja dan amat kurang masa utk agama. Maklumlah bila berniaga dr pagi smpi ke mlm mrk tdk ada masa utk ke surau dan utk mendengar kuliah2 agama dan masa beribadah juga kurang kerana kesibukan duniawi. Lalu mrk korbankan wang ringgit kerana agama. Ini keputusan yg amat sukar kerana restoran kami pd waktu itu antara restoran yg paling laku di kawasan tersebut dan mempunyai ramai pelanggan tetap. Tetapi ketegasan abah dan che dlm beragama amat sy kagumi. Namun kami sekeluarga masih meneruskan perniagaan pakaian di pasar pagi, jadi sy hanya membantu mrk diwaktu pagi dan tghri shj. Tetapi yg paling menarik perhatian sy sepanjang sy berniaga di pasar pagi bersendirian ialah setiap kali peperiksaan penggal markah sy amat baik dan sentiasa meningkat. Wlpn sy diarahkan oleh abah utk berniaga di pasar dan membantu mrk di restoran selepas balik dr sek. Biasanya sy mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja rumah yg disuruh oleh guru di pasar setiap pagi dan di waktu malam semasa membantu abah dan che di restoran apabila tiada pelanggan yg dtg.

Dlm memotivasikan sy yg mmg penat sepnjg hari abah selalu mengingatkan sy ttg keberkatan belajar. Dia bgtau keredhaan Allah swt dan keredhaan ibubapa merupakan perkara paling penting utk cemerlang dlm pelajaran dan hidup. Sy mmg akur dgn kata2 abah. Maklumlah sy bersekolah di sek agama, jadi risau sgt kalau tak berkat belajar dan risau sgt kalau tuhan dan ibubapa tak redha. Penat mmglah penat, merungut tu biasala sbgi seorg remaja tp sy akur kerana sy shj yg menjadi harapan mrk pd waktu itu kerana kakak2 dan abg sy berada dlm tahun peperiksaan besar pd waktu itu, jadi mrk terpaksa fokus kpd peperiksaan mrk.

Bila bercerita pasal zaman belajar ni ingin sy kongsikan sedikit tips ibubapa sy kpd pembaca. Mungkin boleh dicontohi mana yg dirasakan baik. Ibubapa sy mmg mewajibkan sy solat 5 waktu secara berjemaah di surau dan sentiasa membawa sy ke surau atau masjid yg ada kuliah maghrib di daerah kami. Abah menyusun jadual dgn baik iaitu setiap mlm kami akan ke masjid yg berbeza mengikut kuliah apa yg ingin kami pelajari. Dgn 7 mlm seminggu maknanya kami telah hadiri 7 kuliah maghrib seminggu dgn disiplin ilmu yg berbeza seperti fekah, tauhid, tasawwuf, hadis, tafsir al-Quran, bacaan al-Quran dan belajar solat dr kitab musolli. Ini rutin abah dan che yg sy ikuti. Tp apabila sy boleh berdikari, sy mengajak bbrp org sahabat sy utk sama2 berbasikal utk ke kuliah maghrib di tmpt yg abah dan che biasa belajar. Alhamdulillah kerana sahabat2 yg sentiasa bersama sy berbasikal ke kuliah maghrib setiap mlm semuanya berjaya dlm hidup masing2 dan hidup dgn cara Islam wlpn hanya sy seorg shj yg bergelar ustaz.

Bg abah rutin ini akan menambahkan ilmu dan keberkatan sy sebgi seorg pelajar. Kerana bg beliau keredhaan dan keberkatan Ilahi akan membantu dan memudahkan sy dlm pembelajaran. Mrk juga tdk pernah berhenti berdoa kpd anak2 agar berjaya dlm pembelajaran dan hidup. Che pulak biasanya setiap pagi akan mengambil segelas air dan membaca ayat2 suci al-Quran dan doa dan meminta sy utk minum seblm ke sekolah. Setiap kali musim peperiksaan abah dan che akan solat hajat dan mendoakan kejayaan sy. Sy juga akan menyediakan salinan jadual peperiksaan kpd mrk agar mrk boleh membawa ke tpmt kerja dan berzikir serta mendoakan sy semasa sy sedang menjawap peperiksaan dlm dewan peperiksaan. InsyaAllah cara begini sy rasa byk membantu sy semasa manghadapi masaalah semasa menjawab soalan2 peperiksaan, seolah2 sy dan ibubapa sama2 menjawab soalan. Bg sy apa yg mrk buat amat besar jika dibandingkan dgn tahap pendidikan mrk yg hanya pernah bersekolah rendah pd zaman dahulu. Tp semangat mrk kuat utk melihat kami menjadi seorg yg berkelulusan agama dan berjaya di dunia dan akhirat dgn keredhaan Allah swt.

Sy juga nak pesan kpd sesiapa yg bergelar anak jgnlah sesekali menyakiti hati ibubapa kerana kejayaan kita dlm hidup di dunia dan akhirat byk bergantung kpd keredhaan mrk. Sy semasa kecil mmg tak byk kerenah, sy risau kalau mrk marahkan sy, sbb itu sy memilih utk buat je apa yg abah dan che suruh. Sbb dari kecil lg sy sedar bhw apa shj yg ibubapa suruh selagi tdk melanggar syariat Allah maka ia wajib utk dipatuhi. Kalau tak buat maka berdosalah sy.

Sy juga dilatih oleh abah dan che utk menyumbang kpd agama dr kecil lg, oleh kerana abah mmg secara sukarela menjaga kebajikan surau kg sy, maka sy selalu diajak utk membantu beliau membersihkan surau dan membaiki jika ada sebrg kerosakan di surau, yg kelakarnya tp betul ialah abah selalu bg alasan kalau tolong abah kat surau nnti Allah tolong dlm peperiksaan. Betul jugak kan? Mmg tuhan tlg sy hingga sy berada ditahap ini. Sy juga selalu diajak oleh abah utk pergi bergotong royong dgn org kg utk membersihkan kubur. Sy ni kalau pembaca nak tahu mmg seorg yg amat penggeli, tak suka dgn kerja2 kotor dan penakut dgn hantu di zaman kanak2 dulu. Tp takut tuhan marah terpaksalah buat juga. Bercerita pasal hantu ni, mmg sy selalu dlm ketakutan apabila dipaksa oleh abah setiap pagi utk pergi ke surau utk membuka kunci surau, lampu dan seterusnya mengalunkan azan subuh, ngeri betul sy. Sy akan berlari sekuat hati smpi ke surau dan meraba membuka kunci surau dan meraba suis lampu dlm kegelapan, apabila dah cerah dgn cahaya lampu baru sy rasa lega dan selamat. Semasa mengalunkan azan pun sy akan sentiasa menoleh ke belakang, sehinggalah ada jemaah lain yg dtg, jgn ada hantu dtg sudahlah, hehe.

Sy juga dr sekolah rendah lg selalu ditugaskan menjadi bilal di kg dan sek rendah sy. Sy belajar azan ni dr che sendiri kerana dia mmg memiliki suara yg lunak sebgi seorg qariah. Gelihati sy bila mengingatkan kisah bilal ni, kerana sy dikira sebgi bilal yg kedua terbaik la, kerana ada seorg lg bilal yg lebih tua dr sy suaranya lebih sedap, jadi kalau dia taknak azan baru sy boleh azan, begitu juga dgn solat tarawih di bulan ramadhan sy boleh jadi bilal utk berselawat bila dia taknak atau dia tak dtg ke surau. Di sek rendah pun sy selalu diminta oleh ustaz yg bertugas utk azan zohor. Ada satu cerita azan yg sy nak kongsikan dgn pembaca, kisah ni kelakar juga la dan sy mmg ingat kisah ni smpi bila2. Ceritanya begini, pernah di satu mlm tu sy tidur dgn kawan2 di surau kg, ladi bila pukul 5 pagi semua bgn utk bersiap nak solat subuh, biasanya sy akan siap dululah sbb sy bilal yg kena laungkan azan, jadi, bila sy dah siap berwudhu' sy pun pergi ke pembesar suara utk azan, tiba2 dtg seorg pakcik yg berumur lebih kurang 60 thn masuk ke surau dan terus menunaikan solat sunat, sy belum azan subuh lg waktu tu. Tiba2 dtg idea sy dan sahabat2 yg lain utk buat lawak pagi2 subuh tu, apa yg kami buat ialah sy tak azan subuh pagi tu, kami telah memasang kaset azan yg mmg sedap didengar oleh seluruh org kg. Sesudah habis azan jemaah2 surau pun dtg dan semuanya agak terkejut dgn alunan suara azan yg begitu baik pd pagi subuh tersebut, jadi mrk bertanya sy siapa yg azan sedap sgt td. Sy dgn selambanya menunjukkan pakcik yg sedang solat sunat td, hehe. Kami semua buat 'cool' je dgn muka tak bersalah. Semua jemaah kehairanan sbb pakcik tu tak pernah azan kat surau kami. Padahal azan tu azan yg dirakamkan dr radio iaitu azan dr Masjid Negara Kuala Lumpur.


Di zaman remaja ini juga sy pernah mengkhatamkan al-Quran seorg remaja kg yg lebih dewasa dr sy. Masa tu sy di tingkatan 4 dan anak seorg jiran sy tingkatan 6 yg baru khatam al-Quran, seramai 10 org guru dan mrk yg mahir al-Quran dijemput termasuklah abah, jadi sy mmg tak yakin kerana sy masih remaja dan org lain semua dan dewasa sebaya abah, tp abah mmg pandai dia minta supaya sy hanya membaca ayat2 yg senang shj iaitu surah 4 Qul, lega sy. Pakcik jiran sy ni dia mmg suka ngan sy kerana dia selalu belajar mengaji dgn sy di surau selepas solat fardhu wlpn dia sudah pencen, sbb itulah dia tdk teragak2 utk meminta sy mengkhatamkan Quran anaknya, wlpn dia sedar sy masih budak hingusan. Anaknya juga merupakan sahabat baik sy sehingga kini.

Utk makluman pembaca abah kembali ke rahmatullah selepas sy selesai peperiksaan SPM, masa tu arwah abg sy pun masih menuntut di Mesir tp terpaksa pulang ke tanahair kerana ketdkmampuan kami slps abah meninggal, tp alhamdulillah dia dpt menyambung pelajarannya di UIAM. Apabila abah meninggal, sy belajar bgmn mengendalikan jenazah dan tahlil arwah. Semasa mengendalikan jenazah hingga ke liang lahat sy cuma memmbantu org2 kg dan imam yg menguruskan jenazah kerana sy masih budak2 lg. Itu pengalaman pertama sy dlm pengurusan jenazah. Tetapi sy bersyukur kerana imam membenarkan sy mengetuai sendiri majlis tahlil arwah abah di rumah kami. Bermula dr situlah sy selalu diamanahkan utk mengendalikan majlis tahlil arwah. Lgpun pada masa tu sy telah pun berada di Pra Akademi Islam Universiti Malaya dan masyarakat semakin yakin dgn kemampuan sy.

Pernah juga berlaku dizaman sy remaja sy diminta utk mengendalikan majlis tahlil pd pukul 3 pagi. Ceritanya begini. Pd suatu mlm tu sy berada dirumah waktu cuti semester, sy dikejutkan oleh org kg pd pukul 2 pagi kerana ada jiran sy yg cucunya meninggal di Pahang kerana kemalangan jalan raya, ibubapa arwah kanak2 tersebut ingin membawa arwah pulang dan mengebumikannya di kg kami di Kelantan, mrk kejutkan sy kerana imam takde waktu tu, tp mrk nak mengebumikan mayat mlm tu jugak, mrk taknak tunggu hingga pagi esok. Jadi terpaksala sy mengetuai solat jenazah berjemaah di rumah datuk dan nenek arwah, akhirnya jenazah dibawa ke kubur utk dikebumikan. Selepas jenazah dikebumikan sy pun mengetuai tahlil arwah terus di kawasan perkuburan tersebut, pukul 3 pagi di tanah perkuburan dgn pokok2 yg besar dlm kegelapan bertemankan lampu minyak tanah shj, tp org kg ramai masa tu, jadi sy tak takut la, hehe. Itulah sedikit pengalaman sy dlm berbakti kpd masyarakat dan agama.

InsyaAllah jika diberi kesempatan oleh Allah swt sy akan sambung kisah remaja sy dlm Remaja Siri 2.