Monday, March 26, 2007

Riwayat Hidup Ustaz Habib (Kanak2)

Sy dilahirkan di Kg Sg Baru Simpang Tiga Pengkalan Chepa Kota Bharu Kelantan pd 1hb Januari 1973. Arwah bapa sy bernama Hj Ali b. Awang dan Arwah ibu sy bernama Hjh Rukayyah bt Mansor. Sy mempunyai 6 org adik beradik. Kakak sy yg sulung bernama Rosmawati yg berkelulusan PHD dlm bidang Hadis dan bekerja sendiri sebgi penulis buku2 agama, telah berkahwin dgn Abd Latiff dan mempunyai 8 org cahayamata. Yg kedua ialah arwah abg sy Mohd Hattai yg telah meninggal kerana sakit buah pinggang semasa berumur 30 thn, beliau merupakan lulusan sarjana muda bahasa arab dr UIA dan pernah mengajar di sebuah sek men agama di Kelantan, beliau pernah berkahwin dgn Syamsiyyah yg sekrg sedang mengajar bahasa arab di SMA Maahad Muhammadi Prmpn KB Kel. Yg ketiga kakak sy Aizan, sekrg sedang melanjutkan pengajian PHD dlm bidang Tamadun Islam di Wales UK, telah berkahwin dgn Abd Razak dan mempunyai 2 org putera. Sy anak yg keempat, berkelulusan sarjana muda pendidikan Islam UM dan sarjana dlm bidang pendidikan bahasa arab UKM, telah berkahwin dgn Sarina dan mempunyai seorg putera dan seorg puteri. Sekrg sy sedang bercuti tanpa gaji kerana mengikut isteri melanjutkan pelajaran (PHD) di Univ Oxford UK, sek terakhir sy mengajar ialah SMK Cyberjaya di Selangor. Yg keempat ialah Mohd Aqbal yg telah berkahwin dgn sumiyanti dan baru menimang cahaya mata awal tahun ini. Yg bongsu Mohd Anas, beliau masih bujang dan tinggal bersama Mohd Aqbal di Kelantan, mrk berdua bekerja di Kelantan dan dua2 pernah belajar di Maahad Muhammadi lelaki K B kel sehingga tingkatan 6 dan mempunyai sijil agama dari UM.

Semasa zaman kanak2, sy selalu dipaksa oleh ibubapa, terutama abah sy utk bersolat 5 waktu di surau kat kg, tak kira mlm, siang dan subuh sy mesti bersolat berjemaah di surau. Abah mmg tegas orgnya, maklumlah dia bekas tentera, kalau tak pergi mmg kena la. ibu sy pulak, yg sy panggil 'che' bekas qariah di Kel, so che mmg menitikberatkan hal2 keagamaan, abah dan adik beradik sy semuanya pernah belajar mengaji dgnnya. sy sendiri belajar azan dan iqamah dgn che. Tp suara kami adik beradik tak sebagus suara che. Che ada bgtau yg dia mmg berdoa semasa mengandung agar anak2nya tdk masuk bertanding tilawah al-Quran, mungkin makbul doa itu maka jikalau suara kami bagus pun tetap tak sebagus dia. Tapi kami bersyukur dgn anugerahNYA yg lain yg mentaqdirkan kami adik beradik semuanya berpendidikan agama dan bersekolah di sekolah yg sama Maahad Muhammadi KB Kel.

Di surau inilah juga sy mendapat sahabat2 yg kekal hingga sekrg seperti adik beradik, wlpn tinggal berjauhan dan telah berkeluarga. Kami semuanya bersolat berjemaah di surau Kg Sg baru. Bukan setakat solat, kami juga makan dan minum di surau, masing2 membawa makanan dr rumah samada tghri ataupun malam. Kami juga tidur dan study sama2 di surau dan apabila subuh kami akan bergilir2 azan dan bersiap menanti jemaah dewasa yg dtg utk berjemaah. Kami lepak dan bermain di surau ini tak kira siang atau malam. Pernah juga apabila semua tidur di surau, tgh malam sahabat2 sy ni berpakat bgn tgh mlm dan meninggalkan sy seorg diri tidur dan mrk mengusik hantu dr luar surau, menyeramkan jugaklah masa tu. Kami juga sama2 belajar agama dr masjid dan surau setiap mlm dgn mengayuh basikal ke masjid dan surau sekitar Simpang Tiga Pengkalan Chepa itu.

Rutin kami ini sebenarnya rutin yg diajar oleh abah yg mmg setiap mlm membawa kami sekeluarga ke masjid dan surau dgn kereta datsun 120Ynya, kami sekeluarga seramai 8 org kdg2 nampak macam sardin bila berjalan, bergaduh dlm kereta sudah menjadi perkara biasa. Abah mmg mewajibkan kami sekeluarga mengikutnya ke mana shj dia ada kuliah dan ceramah agama. Abah dan che menjadi muslim yg mati sbgi pelajar agama, sy bersyukur dgn keadaan mrk, che juga sempat mengajar mengaji org dewasa di surau2 semasa hayatnya. Tetapi harapan dan doa abah dan che ialah utk melihat anak2nya belajar agama dan mengajar agama kpd masyarakat, sbb itulah kami dihantar ke Maahad Muhammadi dan akhirnya semua berkelulusan agama dan mampu menjadi imam dan mengajar agama. Sy rasa adik beradik sy merupakan generasi pertama yg mengajar agama dlm salasilah keluarga kami. Semoga generasi kedua dan seterusnya dr keluarga kami akan lebih berjaya dan hebat dr kami adik beradik.

Sy terlibat dgn aktiviti agama agak awal, sy dr sekolah rendah lg sudah bersolat 5 waktu berjemaah di surau dan masjid. Bermula darjah 5 sy sudah menjadi bilal di surau kg sy dan di Sek Keb Dato' Hashim, sek rendah sy. Sy mula menjadi imam semasa ting 1 di surau kg sy dan semasa ting 3 sy diberi kepercayaan oleh imam 1 Masjid Padang Bongor utk mengimamkan solat Isya' berjemaah, semasa itu abah pun ada menjadi makmum, sy boleh merasai perasaan puasnya abah masa tu bila dia berimamkan sy. Masjid ni terletak dekat dgn rmh sewa sy dan kawan2 semasa sy bersekolah di Maahad Muhammadi. Kebetulan pulak malam tu abah singgah utk menziarahi sy dan menghantar makanan. Peristiwa ini sy ingat smpi mati sbb ini kali pertama sy jadi imam di masjid dan abah yg tdk pernah solat di situ, ditaqdirkan Allah swt, mlm tu dia singgah dan anak dia pulak yg jadi imam, sy mmg tak perasan abah ada, cuma lps solat baru sy nampak abah. Alhamdulillah.

Sy juga seorg yg minat dgn nyanyian. Sbb itulah dr sek rendah, sek menengah, matrikulasi, universiti dan sekrg mengajar di sek men, sy tdk pernah meninggalkan aktiviti nasyid. Suara taklah bagus sgt, tp boleh la setakat nyanyi kat belakang tu. Sy masih ingat kali pertama sy menyanyi di depan org ramai, iaitu semasa darjah 6 di Sek Keb Dato' Hashim, di majlis perpisahan murid2 darjah 6 kelas sy iaitu kelas 6 kuning kelas terbaik utk darjah 6. Tp yg kelakarnya sy bukannya nyanyi lagu nasyid tp lagu Alleycats bertajuk Kerana Kau. Itulah lagu pertama sy. Lps tu sy mewakili sekolah men sy dlm pertandingan nasyid di kelantan dan terlibat dgn nasyid di U dan bila sy mengajar di mana2 pun sy akan menubuhkan kumpulan nasyid di kalangan pelajar2 sy dan membawa mrk menyertai pertandingan2 nasyid. Kalau di peringkat guru2, selalu juga sy membuat kumpulan nasyid dlm kursus2 guru dan membuat pentomin berlatarkan lagu2 nasyid. Pernah sekali pentomin nasyid yg sy arahkan di kalangan guru2 menang tempat pertama dlm majlis akhir di satu kursus kakitangan kerajaan di Hotel Seri Malaysia Port Dicksn N. Sembilan.

Banyak lg kisah masa kanak2 sy yg sy nak riwayatkan di sini, insyaAllah bila ada kelapangan sy sambung lg.............