Wednesday, March 14, 2007

Perkahwinan Dan Anak

Kali ni sy nak masukkan tazkirah sy di dua majlis yg terakhir yg sy hadiri. Pertama majlis perkahwinan dan Kedua Majlis harijadi di Oxford. Alhamdulillah kedua2 majlis berjalan dgn penuh keislaman, sempurna dan meriah. Terima kasih kpd penganjur2 kerana sudi memberi ruang kpd sy utk berkongsi sedikit ilmu.

"Selamat Pengantin baru kpd Rahayu & Alexander Amin"


Pertamanya sy nak mengulas mengenai perkahwinan. semua org nak kahwin, mana yg taknak kahwin tu mmg pelik la. melainkan mrk taknak kahwin kerana sbb2 yg tdk dpt dielakkan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku ". ( Riwayat Ibnu Majah ). Dan Perkahwinan juga boleh mengelakkan seseorg drpd melakukan zina. Allah telah berfirman : "Janganlah kalian mendekati zina, kerana zina adalah perbuatan yang buruk lagi kotor" (Qs. Al Israa' : 32). Jadi bg muda mudi yg berkeinginan utk berkahwin, kahwinlah kerana perkahwinan boleh mengelakkan mrk dr melakukan zina.


Manusia berkahwin atas byk sbb. Ada yg berkahwin kerana cinta, ada yg berkahwin kerana inginkan zuriat, ada yg kahwin kerana ibadah dan ada yg kahwin kerana nafsu serta ada yg kahwin kerana desakan ibubapa. Walau apa sebab sekalipun perkahwinan itu sah dan mendapat pahala selagi sbb perkahwinan bukan untuk menganiayai atau menzalimi seseorg dan bukan atas sbb2 yg diharamkan.


Tujuan sebenar perkahwinan adalah ibadah. Diikuti dgn tanggungjawab dan amanah. Ini yg muslim sekrg tak berapa faham. Mrk cuma faham perkahwinan itu secara zahir dan sepintas lalu. Mrk tdk melihat dr sudut Islam. Maka byklah berlaku perkara2 yg tdk diingini. Dlm Islam perkahwinan membawa maksud perkongsian segala2nya termasuklah dosa dan pahala. Suami bertanggungjawab sepenuhnya ke atas isteri dan anak2 samada dr sudut duniawi atau ukhrawi. Contohnya jika seseorg isteri tidak solat maka menjadi tugas suami utk menasihati dan memarahi isteri yg tdk solat, isteri yg solat kerana suruhan suaminya mendapat pahala kerana patuh pd arahan suami, cuma lg baik jika isteri solat ikhlas keranaNYA. Berdasarkan pengalaman sy dlm masyarakat, biasanya ramai isteri yg rajin solat tp suami yg bermasaalah dlm menunaikan kefardhuan ini. Jika inilah keadaannya maka isteri hendaklah sentiasa berdoa dan menasihati suami yg malas ini, semoga Allah swt menyedarkan suami. Begitu jugalah dgn tanggungjawab2 lain.


Dlm soal anak2 pun begitu. Suami atau ayah itu ibarat nakhoda kapal yg membawa anak2 kapalnya. Jika dia silap maka hanyut dan sesatlah semua. Setiap org bila berkahwin mrk inginkan anak utk menambahkan lg ceria rumahtangga, tp mrk tdk sedar akan tanggungjawab mrk dlm membesarkan anak2. Ramai ibubapa lebih risau ttg pembelajaran atau persekolahan anak2, tp tdk risau akan hubungan anak2 dgn Pencipta. Mrk boleh kejutkan anak2 pagi2 utk ke sekolah tp gagal utk kejutkan anak2 solat subuh. Mrk boleh hantar anak2 ke berbagai2 kelas tambahan tp tdk mampu utk hantar anak ke kelas2 agama. Ibubapa jarang memarahi anak2 melakukan dosa, mrk akan memarahi anak kerana malas belajar dan sbginya. Ibubapa juga jarang berfikir utk menguatkan aqidah anak2, mrk lbh byk berfikir agar anak mrk pandai dlm pelajaran. Bukannya semua itu tdk penting dlm Islam tp kita hendaklah meletakkan Allah swt dan Rasul saw sentiasa sbgi keutamaan kita dlm mendidik anak2. Sungguh menyedihkan.


Sy melihat byk sgt kepincangan dlm rumahtangga muslim sekrg. Puncanya tdk lain tdk bukan kerana kelemahan iman dan kekurangan pengetahuan ttg Islam. Sy menyeru umat Islam hari ni, marilah sama2 kita tingkatkanlah iman dgn amal ibadah dan tambahlah ilmu agama sebyk mungkin. Kerana hanya itu shj yg akan menyelamatkan kita dr neraka Allah swt. Dekatilah org2 soleh dan berilmu, dampingi mrk dan berkawanlah dgn mrk, insyaAllah kita tdk akan jauh drNYA. Masuklah kita dlm kumpulan yg soleh yg sentiasa meletakkan Islam sebgi keutamaan hidup dan usahakanlah diri utk mendekati masjid2 Allah swt, agar hati kita lembut dan terbuka dlm menerima nasihat2 agama dan seruanNYA. Usahakanlah!


Sy dan keluarga di Oxford ni pun rasa jauh sgt dgn Islam, selain di dlm rmh kami agak susah utk mencari suasana Islam seperti semasa di Malaysia, Kecuali di kalangan masyarakat Pakistan yg merupakan masyarakat majoriti Islam di sini. Sbb itulah sy ciptakan suasana dan kumpulan soleh di sini dgn mengadakan prog yaasin, tahlil dan tazkirah 3 minggu sekali dan kelas al-Quran utk kanak2 dan dewasa di rumah sy sekali seminggu. Alhamdulillah semuanya berjln dgn lancar dan sempurna dgn pertolongan rakan2 di sini. Cuma sy masih lg berangan2 utk mengadakan sambutan setiap kali tiba hari2 kebesaran Islam seperti Maalhijrah, Maulidur rasul, Isra' mikraj, Nuzul al-Quran dll. InsyaAllah sy juga akan cuba usahakan program Qiamullail di kalangan warga Malaysia di Oxford.

Sebagai guru agama di Malaysia sy sgt2 berharap kehadiran sy di sini dpt memberi sedikit sumbangan dgn berkongsi ilmu yg sedikit yg dianugerahkan olehNYA. Semoga rakan2 sy di sini dpt mengambil peluang yg terbuka luas ini. InsyaAllah.